Benarkah Nordin Mohd Top TERBUNUH ?

TEMANGGUNG: Suspek pengganas paling dikehendaki di Asia, Noordin Mohd Top dilaporkan terbunuh dalam pertempuran 17 jam di sebuah kampung di Jawa Tengah yang berakhir jam 9.20 pagi waktu tempatan, semalam apabila polis menyerbu ke dalam rumah persembunyiannya.

nordin 1

Foto dipetik : Berita Harian (RUMAH persembunyian Noordin di sebuah kampung di Jawa Tengah selepas diserbu skuad elit antipengganas polis Indonesia, semalam)

Stesen televisyen tempatan melaporkan warga Malaysia itu yang disyaki dalang serangan bom ke atas dua hotel milik firma Amerika Syarikat di Jakarta bulan lalu, dibunuh di dalam bilik air rumah terbabit di sebuah perkampungan sawah padi selepas pertempuran yang panjang menggunakan bom dan senjata api.

Polis masih tidak mahu mengesahkan identiti suspek yang ditembak mati itu sehingga ujian DNA dilakukan. Unit khas polis antipengganas sebelum itu mengepung rumah diduduki suspek selepas solat Jumaat kelmarin, berikutan penangkapan tiga suspek pengganas lain di bandar berhampiran.

nordin 2

Foto dipetik : Berita Harian (POLIS mengusung keluar mayat Noordin selepas serbuan, semalam)

Polis turut menggunakan robot kawalan jauh memasuki rumah itu bagi membuat pemeriksaan jika ada bom disembunyikan.

Sejurus selepas itu pegawai yang memakai jaket kalis peluru menyerbu ke dalam rumah terbabit dan melepaskan tembakan jarak dekat, manakala yang lain melepaskan tembakan bertalu-talu dari sebalik bukit di belakangnya.

Serangan bunuh diri ke atas hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta, menyebabkan sembilan orang terbunuh, kebanyakannya warga asing dan berlaku empat tahun selepas serangan pengganas sebelum itu di Indonesia, negara paling ramai penduduk Islam di dunia.

nordin 4

Foto dipetik : KOSMO! (MEREKA melepaskan tembakan menerusi tingkap bilik rumah yang menjadi persembunyian Noordin di Temanggung, Jawa Tengah.)

Noordin juga dipercayai memainkan peranan penting dalam empat siri pengeboman di Indonesia sejak 2002, termasuk serangan ke atas kelab malam di Pulau Bali yang menyebabkan 202 orang terbunuh, kebanyakannya warga asing.

Dalam operasi berasingan, polis menangkap lima orang disyaki anggota kumpulan serpihan Jemaah Islamiah yang dipimpin Noordin dan kematian dua orang direkrut untuk menjadi pengebom bunuh diri di sebuah rumah di Bekasi, di luar Jakarta semalam.

nordin 5

Foto dipetik : KOSMO! (DUA anggota polis berpakaian preman mengumpulkan bahan bukti dari rumah yang penuh dengan kesan tembakan dalam serangan yang mengorbankan Noordin semalam)

Turut ditemui di rumah itu ialah bahan letupan seberat 500 kilogram. Ketua Polis Republik Indonesia, Bambang Hendarso Danuri, berkata kumpulan itu merancang menyasarkan serangan mereka terhadap rumah milik peribadi Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang berhampiran.

“Presiden kita ialah sasaran mereka,” beliau memberitahu wartawan. Seorang daripada suspek ditahan memberitahu polis mereka merancang untuk meletupkan sebuah lori kecil yang membawa bahan letupan berhampiran rumah peribadi presiden itu menjelang akhir bulan. – AP/AFP

Sumber Berita : Berita Harian Online.

Tanjong Manis, Sarawak.
AHAD : 09 Ogos 2009 / 18 Sha’ban 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com
email : ustaz_tgmanis@yahoo.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 9 Ogos 2009, in BICARA GLOBAL, Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Masih kabur mengenai hukum mengebom bunuh diri. Arwah Nordin mungkin ada alasan kukuh mengenai status/dalil/hukum tindakan sedemikian rupa berdasarkan pemahaman tertentu. Wallahua’lam

  2. Namun pada pendapat saya, tindakan mengebom bunuh diri tetap satu perbuatan ‘bunuh diri’ (suicidal) yang diharamkan. Wallahua’lam. (ngeri memikirkan bagaimana manusia islam yang waras sanggup melakukannya)- sekadar komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: