KAM : Penghargaan dan Terima Kasih Kepada 100,332 Pengunjung

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

http _ibnismail.wordpress.com_

ALHAMDULILLAH biarpun baru berusia setahun 6 bulan iaitu bermula pada 13 Feb 2008 sehingga hari ini 07 Ogos 2009 laman Kalam Abu Musaddad telah berjaya menarik seramai 100,332 pengunjung (setakat artikel ini ditulis). Oleh itu, tiada kata-kata indah untuk diucapkan kepada para pelawat / pengunjung setia laman ini selain ucapan jutaan penghargaan dan terima kasih kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada laman ini. Insyaallah selagi terdaya laman ini akan terus berbicara dengan kalam-kalam yang lebih menarik dan berinformasi bersama anda diluar sana.

Pada hari ini KAM juga ingin membuat sedikit analisis berkaitan laman blog ini. Di mana laman ini mempunyai 32 kategori yang merangkumi isu-isu semasa, berita pilihan, bicara agama, tazkirah, bicara akhlak, 1001 kisah teladan, motivasi dan sebagainya. Anda boleh lihat dibahagian tepi laman ini. Kemudian laman ini juga mempunyai 282 entri / posting artikel termasuk artikel ini, dan 661 komentar.

blogakuManakala melalui undian pembaca yang dilancarkan sejak 6 bulan yang lalu, laman ini mendapati status pengunjung / pelawat yang paling ramai adalah pelajar iaitu 56 % (121 votes), guru / pensyarah 23 % (50 votes), kakitangan awam sebanyak 11 % (24 votes), kakitangan swasta 4 % (9 votes), eksekutif 3 % (6 votes) dan lain-lain 2 % (5 votes).

Menurut pendapat pembaca melalui undian berhubung dengan laman KAM ini, sebanyak 76 % (227 votes) mengatakan laman ini adalah bagus. Manakala 11 % (33 votes) mengatakan “No Komen”, 11 % (32 votes) pula mengatakan membosankan. Dan 2 % (7 votes) bersepakat mengatakan tidak bagus.

Justeru itu, KAM (Kalam Abu Musaddad) ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada kekawan, teman-teman, tuan-tuan dan puan-puan, pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang sudi berkongsi dan melontarkan kritikan, komentar, pandangan dan cadangan untuk memantapkan dan memeriahkan lagi laman blog ini. SYUKRAN JAZILAN.

Segala yang tercatat di dalam laman blog ini adalah satu perkongsian ilmu yang ikhlas dari KAM. Mudah-mudahan ianya menjadi amal jariah buat KAM sendiri khususnya. Tanpa sokongan dan dorongan anda, mungkin kalam ini tidak petah berbicara sepertimana kepetahannya pada hari ini. Sokongan dan dorongan anda juga membuatkan KAM menjadi lebih bersemangat untuk berbicara dan terus berbicara melalui kalamnya.

Akhir sekali KAM berharap anda semua akan terus memberi sokongan terhadap kehadiran laman blog ini. selain itu juga, segala kritikan atau pun komentar dari anda amat dialu-alukan supaya laman ini menjadi lebih mantap dan berkualiti lagi. Sebelum mengakhiri kalam dan mengundur diri, sekali lagi KAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada anda semua kerana setia menjadikan laman ini tempat berkongsi ilmu dan pengalaman. Semoga anda semua dilindungi dan dirahmati Allah SWT selalu hendanya…..Ameen. Wallahu A’lam.

Sekian terima kasih.

Tanjong Manis, Sarawak.
07 Ogos 2009 / 16 Sha’ban 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

Advertisements

2 Responses to KAM : Penghargaan dan Terima Kasih Kepada 100,332 Pengunjung

  1. Siti Fatimah Ahmad berkata:

    Assalaamu’alaikum..

    Tahniah dan syabas atas kunjungan yang menakjubkan dalam tempoh yang begitu singkat. Ini membuktikan bahawa manusia memerlukan maklumat dan ilmu untuk pencerahan diri dan minda. Alhamdulillah..kita antara penulis yang berusaha membantu menyemaikan ilmu dan minat membaca dalam kalangan semua pelayar blog. Saya berbangga dengan Alwi…Salam mesra selalu.

    Like

  2. aida berkata:

    assalamualaikum…. tahniah cikgu. teruskan menulis !

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Syukran jazilan di atas sokongan….Insyaallah…****

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: