MERDEKA : Jangan Cemari Kemuliaan Ramadhan

31 Ogos 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

merdekarb1

KEMULIAAN. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang bertamu di laman ini pada ketika ini sebagai pembuka bicara. Kini detik 12 malam yang ditunggu telah pun berlalu. Maka genaplah negara kita mencapai kemerdeka selama 52 tahun. Tema pada tahun ini ialah “1Malaysia : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Di fahamkan tiada sambutan meriah pada tahun ini bagi menghormati bulan mulia, bulan ramadhan. Pada kebiasaannya, apabila tibanya detik 12 malam, maka seluruh ibu kota terutamanya sekitar bandar Kuala Lumpur akan dipenuhi dan diterangi dengan percikan bunga api yang berwarna warni.

Kata Pak Menteri, sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini akan disambut secara sederhana sahaja bagi menghormati bulan ramadhan dan kebimbangan penularan wabak H1N1. Jadi sambutan itu dijangka akan berlangsung selama 40 minit sahaja. Betul juga kata Pak Menteri, kita sebagai umat Islam hendaklah menghormati kemuliaan bulan ramadhan. Jangan cemari kemuliaan ramadhan dengan melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

Baca baki entri ini »

Advertisements

RAMADHAN : Jaga Adab dan Kesucian “Masjid”

30 Ogos 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

AKHLAK. Apabila tibanya musim bulan ramadhan, maka boleh dikatakan seluruh masjid atau surau setiap pelusuk kampung dan bandar hampir penuh dengan kehadiran para jamaah untuk menunaikan solat insyak dan solat terawih secara berjamaah. Dengan demikian, apabila berada di dalam masjid atau di kawasan masjid, kita hendaklah menjaga adab-adab dan kesucian “masjid”. Perkara ini bukan khusus kepada kanak-kanak sahaja, malah kepada orang dewasa.

Pada kebiasaannya, pihak AJK masjid cuma melarang kepada kanak-kanak sahaja supaya “jangan buat bising dan sebagainya”, ketika para jamaah menunaikan solat. Almaklumlah kanak-kanak ni nakal dan tak dengar nasihat. Tetapi mereka tidak pula memperingati juga kepada golongan “tua bangka” yang suka bersembang kosong sambil menghisap rokok di kawasan masjid. Sepatutnya pihak AJK lebih peka tehadap perkara ini bagi menjaga kesucian “Baitullah”. Di kawasan masjid bukanlah tempat menghisap rokok, malah apa yang KAM perhatikan, ada sesetengah masjid tidak meletakkan label “dilarang merokok” di kawasan masjid. Yang ada hanyalah “Kepada kanak-kanak, diharap jangan buat bising ketika ibu bapa sedang menunaikan solat terawih”.

Baca baki entri ini »


RAMADHAN : Martabat Puasa

29 Ogos 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ISTIMEWA. Alhamdulillah setiap tahun Allah SWT memberi kesempatan yang istimewa kepada hamba-hamba-NYA. Kesempatan itu adalah berkaitan dengan kelebihan dan fadhilat ramadhan yang banyak di bulan rahmat, bulan suci ramadhan. Secara fitrahnya apabila datangnya bulan ramadhan, maka hati akan melonjak, roh akan bersinar dan bercahaya serta manusia siap untuk menjadi insan yang bertaqwa.

Di bulan suci ramadhan, Allah SWT telah menfardukan kepada hamba-NYA ibadah puasa. Kefarduan ini telah ditetapkan sepertimana Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat : 183 yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Sabda Rasulullah SAW :

“Islam itu dibina atas lima perkara: Mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya; mendirikan solat; menunaikan zakat; menunaikan haji ke baitullah; dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Baca baki entri ini »


AL-FATIHAH : Buat Allahyarham Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh

28 Ogos 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

dr ismail

TAKZIAH. Pada pagi jumaat yang diberkati ini, KAM mengambil kesempatan untuk mengucapkan Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang telah kembali ke rahmatullah semalam akibat serangan jantung semoga tabahkan hati dan banyak-banyak bersabar di atas pemergiannya.

Pemergian tokoh akademik dan ekonomi negara hari ini adalah satu kehilangan besar dan tiada gantinya kerana pengorbanan Allahyarham yang tidak terhitung dalam mengangkat martabat dunia pendidikan, membantu memacu ekonomi negara dan membela nasib golongan orang kurang upaya (OKU). Bagi KAM, Allahyarham adalah insan yang sangat dikagumi, walaupun kekurangan diri, namun itu bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.

Baca baki entri ini »


Menjelang Subuh

27 Ogos 2009

ASYIK. Dinihari yang dingin. Udara segar, tubuh kesejukan. Angin berdesik sepoi-sepoi bahasa. Fikiran semakin bersinar. Mengeluarkan buah fikiran jitu. Jari jemari rancak mengungkapkan seberapa rangkap tulisan minda. Agar menjadi kalam bacaan pengunjung. Pengunjung malam atau siang. Semuanya sahabat.

Ketika subuh menjelang, setelah bermunajat kepada Yang Kuasa, Memohon keampunan dan kerahmatan, dari segala noda dan dosa, agar hidup sentiasa diredhai, dimurah rezeki, disenangi segala urusan, agar diri sentiasa dekat dengan-NYA, menjadi hamba kepada Yang Pemurah, yang menciptakan tujuh petala langgit dan bumi, menjadikan siang dan malam, Bukanya menjadi hamba kepada manusia, bukan hamba kepada nafsu, bukan juga hamba kepada syaitan, hidup menjadi lebih bererti. Tahu matlamat dan arah. Semuanya menuju kepada Sang Pencipta, agar bahagia di negeri akhirat.

Baca baki entri ini »


Menghayati Erti Kemerdekaan Sebenar Menurut Islam

25 Ogos 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

merdeka02MERDEKA. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan 52 tahun kemerdekaan negara ini. Kini negara kita Malaysia telah menjadi sebuah negara maju di mata dunia. Namun disebalik 52 tahun mengecapi dan menikmati kemerdekaan, masih ada masyarakat di negara ini terutama generasi muda (tidak semua) yang masih belum memahami dan memenuhi erti kemerdekaan sebenar menurut Islam.

Ya. Apabila kita berbicara tentang erti kemerdekaan, mungkin setiap individu mempunyai pandangan berbeza dan kefahaman masing-masing. Secara umumnya, kemenangan menghadapi penjajah dianggap sebagai suatu kejayaan besar dan mutlak bagi melambangkan erti kemerdekaan sesebuah negara. Namun demikian, pengertian kemerdekaan sebenarnya adalah sangat luas serta tidak hanya terikat kepada pembebasan sebuah negara dari cengkaman kuasa asing.

Kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin. Umat yang merdeka, mereka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Baca baki entri ini »


Jenazah Ulama Harum Selepas 26 Tahun Ditanam

23 Ogos 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MASYAALLAH. Jenazah seorang ulama di Indonesia, Kiai Abdullah H. Mukmin yang meninggal dunia pada 22 Oktober 1983 berbau wangi manakala kain kapannya masih elok ketika kuburnya digali untuk dipindahkan ke tempat lain di Tangerang, Jakarta, baru-baru ini.

kubur kiai abdullah

Foto dipetik : Kosmo! (Kubur Kiai Abdullah di Tangerang, Jakarta)

Menurut sebuah akhbar semalam, mayat Kiai Abdullah tidak reput dan masih berada dalam keadaan baik sama seperti ketika ditanam 26 tahun lalu.

Baca baki entri ini »