Teknik Belajar Berkesan (Bahagian 2)

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

ALHAMDULILLAH segala puji dan syukur hanya layak bagi Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya sekali lagi kita dapat bersama pada kali ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat dan para pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi pada hari ini.

Sebelum ini, KAM telah menulis tentang “TeknikBelajar Berkesan (Bahagian 1)” khususnya kepada para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting sama ada UPSR, PMR, SPM dan STPM pada tahun ini. Diharap anda telah mengikuti dan mengamalkannya agar pembelajaran anda sedikit sebanyak memberi kesan yang positif.

Sehubungan dengan itu, hari ini KAM ingin berkongsi beberapa teknik lagi yang difikirkan sangat penting untuk para pelajar mengetahuinya. Antaranya ialah :

Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran

Untuk lebih memahami pengajaran yang diajar oleh guru semasa di dalam kelas, para pelajar digalakkan untuk membuat nota ringkas sendiri untuk semua mata pelajaran terutamanya mata pelajaran penting yang dianggap sukar. Nota ringkas amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahian mengingat dan memahami isi-isi penting yang terdapat di dalam sesuatu subjek itu.

Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu

Para pelajar juga hendaklah kreatif semasa membuat nota. Mereka boleh menggunakkan beberapa kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran. Ini bergantung kepada kemahiran pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, pelajar boleh membina peta minda yang efektif untuk memudahkan mengingati isi-isi penting yang terkandung di dalam mata pelajaran tersebut.

Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran

Mengadakan kumpulan perbincangan sangat digalakkan kerana ia dapat mewujudkan pelbagai idea dan percambahan ilmu. Hasil perbincangan yang dilakukan sangat berkesan dan memudahkan proses pembelajaran sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Namun pelajar diingatkan supaya mengadakan kumpulan perbincangan tidak lebih daripada 5 orang ahli sahaja. Sekiranya lebih daripada itu, menurut pengalaman KAM ia tidak berkesan kerana akan menganggu perbincangan tersebut kerana apabila ramai, perbincangan akan bertukar menjadi perbualan kosong. Hal ini akan merugikan kepada pelajar yang betul-betul ingin belajar.

Membuat rujukan daripada pelbagai bahan atau sumber

Bagi menambahkan pengetahuan tentang sesuatu topik yang diajar oleh guru, pelajar hendaklah membuat rujukan daripada pelbagai bahan dan sumber sama ada buku, majalah, surat khabar dan internet. Pada zaman IT kini, adalah sangat mudah bagi pelajar untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan tentang sesuatu topik yang dipelajari. Internet merupakan salah satu medium untuk mencari bahan-bahan rujukan ilmu yang mudah diperolehi oleh sesiapa sahaja. Segala maklumat hanya diperolehi dihujung jari anda sahaja. Tetapi perlu diingatkan juga, jangan anda tersalah menggunakkannya. Ia boleh member kesan positif sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Tetapi sebaliknya jika ia tidak digunakan dengan cara yang betul. Ia boleh memberi impak dan kesan negatif kepada pelajar tersebut jika disalahgunakan.

InsyaALLAH KAM akan sambung lagi pada bahagian 3 nanti. Mudah-mudahan apa yang dikongsi pada hari ini memberi sedikit manfaat kepada anda. Ameen….Wallahu A’lam…

Tanjong Manis, 15 Julai 2009 M / 22 Rejab 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 15 Julai 2009, in Motivasi. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. thanks buat tipsnya kayaknya bisa di coba neh

    ****KAM : Selamat mencuba….Good luck…****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: