Teknik Belajar Berkesan (Bahagian 1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

belajar

PEPERIKSAAN hampir tiba, sama ada anda menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM semuanya adalah penting bagi menentukan masa depan anda. Peperiksaan inilah yang akan menguji sejauhmana kemampuan dan penerimaan anda dalam segala bidang ilmu yang diajar oleh guru.

Justeru itu, untuk mendapat ilmu yang berkesan dan cemerlang di dalam peperiksaan anda mesti mempunyai teknik-teknik berkesan. Adakah teknik pembelajaran yang anda lakukan sekarang berkesan ? Baiklah, di sini KAM ingin berkongsi beberapa teknik belajar yang berkesan untuk di amalkan oleh pelajar-pelajar khususnya yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini.

Antara teknij-teknik belajar yang berkesan ialah :

Berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru di dalam kelas

Pelajar-pelajar disarankan agar mereka betul-betul memberikan tumpuan kepada pengajaran yang diajar oleh guru semasa di dalam kelas. Memberi tumpuan kepada pengajaran yang diajar adalah sangat penting kerana apabila kita memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diajar oleh guru, ini akan memudahkan kepada kita untuk memahami subjek tersebut.

Ada di antara pelajar yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran yang diajar oleh guru. Mereka bermain-main dibelakang semasa guru mengajar. Ada juga pelajar yang suka menganggu pelajar lain semasa proses pembelajaran berlangsung seperti membuat bising, bercakap-cakap dan sebagainya semasa guru mengajar dihadapan. Perbuatan ini akan menyebabkan mereka tidak memahami sepenuhnya pengajaran yang diajar oleh guru. Perbuatan ini juga akan merugikan pelajar tersebut dan pelajar lain.

Sentiasa bertanya dan bersoal jawab dengan guru dalam hal-hal pembelajaran

Bertanya dan bersoal jawab adalah merupakan salah satu teknik belajar yang berkesan. Melalui pertanyaan dan bersoal jawab itu akan menyebabkan akan wujudnya satu perkongsian dan perkembangan ilmu dalam proses pembelajaran.

Selain itu, pelajar digalakkan supaya bertanya secara langsung kepada guru sekiranya kurang memahami apa yang diajar. Jangan bertangguh dan malu untuk bertanya. Apa yang KAM perhatikan, kebanyakkan pelajar adalah malu untuk bertanya kepada guru sekiranya mereka tidak memahami sesuatu subjek itu. Perasaan malu tersebut akan merugikan pelajar itu sendiri. Oleh itu, anda disarankan sekiranya berlaku kekeliruan dan tidak memahami apa yang diajar, maka hendak bertanya dan bersoal jawab agar proses pembelajaran tersebut dapat anda ikuti dengan berkesan.

Membaca setiap nota yang diberi oleh guru

Nota yang diberi oleh guru hendaklah disemak dan dibaca setiap selepas proses pembelajaran. Bukannya hanya menulis nota tetapi tidak membacanya kembali. Setiap nota yang diberi adalah sangat berguna kepada anda disaat peperiksaan hampir tiba. Oleh itu jangalah abaikan setiap nota yang diberi, hendaklah dibaca selalu agar anda dapat mengingati kembali apa yang diajar oleh guru setiap masa.

Membuat latihan-latihan yang diberi oleh guru

Apabila anda diberi latihan oleh guru, anda hendaklah menyiapkanya dengan segera sepertimana yang ditentukan oleh guru. Jangan bersikap “acuh tak acuh” apabila guru memberi latihan. Ada sesetengah pelajar, mereka tidak kisah siap atau tidak setiap latihan yang diberi oleh guru. Bagi mereka latihan itu tidak penting. Maka mereka mengabaikannya. Malah ada juga pelajar yang tidak pernah membawa buku latihan pun ke sekolah. Setiap latihan yang diberi oleh guru bukannya ntuk membebankan anda, malah untuk memahirkan diri anda apabila menjawab soalan terutamanya bagi subjek matematik.

Pelajar juga digalakkan untuk mencari latihan-latihan tambahan di dalam buku lain. Ini akan menambahkan lagi kemahiran mereka untuk menjawab sebarang soalan yang diajukan. Perbanyakkan membuat latihan setiap hari.

Memahami apa yang dibaca

Masalah yang sering menjadi keluhan pelajar-pelajar ialah sukar untuk memahami apa yang dibaca. Ada pelajar setelah membaca beberapa kali baru dapat memahami apa yang dibaca. Memang tidak dinafikan hal ini. Tetapi anda mesti mencari kaedah-kaedah yang membuatkan diri anda mudah dan senang untuk memahami sesuatu yang dibaca. Sebagai contoh, ada sesetengah pelajar mereka mencari masa yang sesuai untuk membaca. Ada pelajar membaca pada waktu hampir subuh. Setelah mereka bangun solat sunat tahajjut barulah mereka mula membaca. Dan kebanyakkan pakar mengatakan masa 1/3 malam inilah yang paling sesuai untuk mentalaah dan membaca kerana ia bebas daripada segala gangguan bising dan sebagainya. Diharap anda boleh mencubanya. InsyaALLAH.

Alhamdulillah KAM rasa cukup setakat ini dahulu buat kali ini tentang teknik-teknik belajar berkesan. InsyaALLAH jika diizinkan oleh ALLAH SWT akan bersambung lagi pada bahagian yang ke-2 nanti. Apa yang KAM harapkan semoga anda sebagai seorang pelajar agar dapat mengamalkan dan memperaktikkannya dari semasa ke semasa sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan penting dalam hidup anda. Wa’llahu A’lam.

Tanjong Manis, 13 Julai 2009 / 20 Rejab 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 13 Julai 2009, in Motivasi. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Nursyafiqah Talitti

    Mcm mna kalau kita belajar tapi tdk focus-focus

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: