11 Mesra Rakyat diumum Najib Sempena 100 Hari Sebagai PM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

mesra rakyatFoto dipetik : Kosmo!

SEMALAM (Sabtu 11 Julai 2009) Datuk Seri Najib Razak menyambut 100 hari beliau sebagai Perdana Menteri. Ketika berucap pada majlis ‘Seratus Hari Najib Bersama Rakyat 11 Julai 2009’ di Dewan Pameran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), beliau telah mengumumkan “11 hadiah mesra rakyat” sempena genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri. Antaranya ialah :

1. Diskaun tol : Pengguna Smart Tag dan Touch n’ Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, dapat diskaun 20 peratus.

2. Rumah rakyat: 44,000 rumah rakyat untuk dijual kepada penyewa di Wilayah Persekutuan.

3. Lesen penjaja : Peniaga kecil di Wilayah Persekutuan diberi potongan 50 peratus untuk perbaharui lesen.

4. Permit teksi : 3,000 lagi permit teksi untuk individu ditambah dalam masa tiga bulan akan datang.

5. Cegah jenayah : Langkah drastik bagi kurangkan jenayah dan rasuah diumumkan penghujung bulan ini.

6. Daftar kelahiran : Permohonan di Sabah dan Sarawak dipermudahkan. Baki permohonan akan diselesaikan sedikit masa lagi.

7. Jalan luar bandar : Pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak ditambah dalam tempoh RMK-10.

8. Bekalan air dan elektrik : Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah Dan Sarawak. Perincian diumumkan akhir bulan ini.

9. Latihan motosikal : Kadar bayaran latihan tunggang motosikal 250cc ke bawah dikurangkan kepada RM211 mulai 1 September.

10. Tambah peruntukan : Peruntukan Tekun Nasional ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda India.

11. Unit amanah : Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz 10 bilion unit akan diperkenalkan.

Tanjong Manis, 12 Julai 2009 / 19 Rejab 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 12 Julai 2009, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Nampaknya seolah-olah pimpinan tertinggi negara mempamirkan kepintaran beliau dalam strategi ekonomi. 11 hadiah diberikan kemudian DUIT BAYARANNYA dikutip semula melalui kenaikan harga tambang bas dan teksi bermula 1 Ogos dan kenaikan harga petrol pada 1 Sept. nanti!
    TAHNIAH!!! 1Malaysia!!!

    ****KAM : Ha ha ha ha ha…..****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: