Mengenal Personaliti Melalui Tulisan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

42-17380786HARI ini KAM ingin berkongsi dengan kekawan semua berkaitan dengan rahsia melalui tulisan. Adakah anda seorang penulis ? Tahukah anda setiap tulisan yang ditulis itu dapat memberi gambaran personaliti seseorang.

KAM yakin ramai yang tidak ambil kisah tentang tulisannya yang ditulis. Ahhh…Asalkan orang lain dapat baca apa yang kita tulis, itu sudah mencukupi. Masalah tulisan cantik atau comot itu cerita lain.

Kalau kekawan nak tahu KAM belajar menulis sejak umur 5 tahun lagi. Ketika itu ayahlah menjadi guru dan dia mengajar KAM menulis huruf A, B, C dan juga huruf jawi Alif, Ba, Ta dan seterusnya. Selepas magrib apabila selesai mengaji al-Quran, pasti kedengaran suara ayah menyuruh KAM membaca dan menulis.

Ketika umur 5 tahunlah KAM sudah pandai menulis dan lancar membaca A, B, C hingga Z dan Alif, Ba, Ta hinggalah Ya. Ketika itu tiada siapa yang faham apa yang KAM tulis. Malah KAM sendiri pun tak faham apa yang ditulis…he he he…Kata ayah, ini sebagai persediaan awal bagi KAM untuk masuk kelas TADIKA nanti. Bila masuk sekolah nanti tangan dah jadi lembut dan tahu bagaimana nak pegang pensel. Terima kasih ayah.

KAM rasa kekawan pun ada sejarah masing-masing ketika belajar menulis dahulu. Kalau diingat kembali pasti tersenyum seorang diri. Lucu dengan tulisan macam ntahapatah…he he he…

Berhubung dengan rahsia melalui tulisan, menurut pakar motivasi terkenal yang tidak asing lagi dinegara kita iaitu Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di dalam blognya http://www.fadzilahkamsah.com/ ia terbahagi kepada dua kategori iaitu :

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat : Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. Maka dia adalah seorang yang sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.

ii. Tekanan yang ringan : Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. Dia adalah seorang yang kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat : Semua huruf ditulis dengan bulat. Dia adalah seorang yang emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif).

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper. Tulisan yang angular dan sharp. Dia adalah seorang yang rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical).

Kesimpulannya adalah melalui tulisan kita dapat mengetahui personaliti seseorang. Tulisan yang ditulis itu menterjemahkan apa yang ada pada diri kita. Adakah kita seorang yang ………..jika dilihat kepada kategori di atas, anda tergolong di dalam ketegori yang mana ??

Tanjong Manis, 09 Julai 2009 / 16 Rejab 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 9 Julai 2009, in Motivasi. Bookmark the permalink. 7 Komen.

  1. saya sangat berminat sama tulisan ustadz, bagus betul saya nilai

  2. boleh tak saya guna info ni utk presentation kat skola?

  3. boleh saya gunakan info ini utk presentation kat skola?

  4. boleh saya guna info ini untuk presentation kat skola?

  5. VIVIANIE BINTI JONI

    Terima kasih….atas perkongsian ini….

  6. terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: