Guna Daging Babi Rekrut Ahli Baru

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

SALAM silatulrahim buat semua teman-teman yang selalu mengunjungi laman blog ini. Sejak dua mejak ini KAM terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian. Masa sangat mencemburui KAM buat masa ini. Alhamdulillah hari ini KAM dapat meluangkan sedikit masa untuk berbicara bersama dengan teman-teman diluar sana.

Sejak kebelakangan ini, nama khinzir atau babi menjadi begitu popular diseluruh pelusuk dunia. Bukan setakat popular, malah haiwan ini juga ditakuti dan digeruni oleh penghuning dunia ekoran menularnya penyakit yang boleh membawa maut iaitu “selsema babi atau H1N1”. Negara kita juga tidak terlepas daripada penularan wabak ini. Sehingga kini sudah beratus kes “selsema babi” sudah dikesan dinegara ini.

Apa yang KAM ingin kongsikan bersama teman-teman hari ini bukan berkaitan dengan penyakit berbahaya ini, sebab dalam artikel sebelum ini telah pun dibincangkan dilaman blog ini yang bertajuk “Selsema babi dan peringatan Allah”.

Apa yang KAM ingin dikongsikan pada hari ini ialah berhubung dengan laporan Harian Metro kelmarin (Selasa-07 Julai 2009) yang bertajuk : “Sumpah Babi / Baiah Jijik Klon Pekida”.

KUALA LUMPUR: Segelintir individu yang mendakwa menganggotai pertubuhan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menjalankan upacara baiah (perakuan sumpah setia) pelik dan jijik untuk merekrut ahli baru, termasuk menggunakan daging babi.

Setakat ini, hanya ada 295 Ayahanda di seluruh negara dan Sabah mencatatkan angka terkecil iaitu tujuh, manakala Melaka mempunyai Ayahanda teramai iaitu 64 orang.

Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof, mendedahkan individu terbabit sebenarnya bukan ahli Pekida, tetapi menggunakan nama pertubuhan itu untuk keuntungan diri sendiri, termasuk menjual nama mereka kepada golongan tertentu.

“Mereka sanggup menggadaikan maruah Pekida dengan mendakwa boleh dijadikan pengawal peribadi dan mengambil upah melakukan kegiatan tidak berhemah dan tidak bermoral seperti membelasah atau menculik orang.

“Kami mendapat maklumat seperti itu dalam proses pemutihan ahli sejak awal tahun ini hingga sekarang. Mereka yang sukar dikesan dianggap anggota klon Pekida yang mengetahui selok-belok pentadbiran dan pergerakan Pekida,” katanya.

Beliau menjelaskan, proses menjadi ahli Pekida dijalankan secara berakhlak berbanding Pekida klon yang menggunakan cara yang pelik dan jijik.

Antara yang dikesan Pekida ada kumpulan menggunakan daging babi untuk upacara merekrut ahli baru.

“Seseorang ahli baru perlu merangkak di bawah meja dengan di atasnya dipenuhi daging babi. Selepas merangkak, dia akan disuruh menyembah patung Buddha sambil memegang colok dibakar.

“Lebih teruk, rekrut itu diwajibkan toreh tapak tangan dengan pisau hingga mengeluarkan darah sebelum minum darah yang mengalir itu,” katanya.

Darah itu kemudian akan dicampur dengan arak sebelum diminum sebagai syarat menganggotai kumpulan itu.

Jamaluddin berkata, pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan terbabit walaupun mengetahui mereka menyelewengkan nama Pekida.

“Tindakan undang-undang hanya boleh dilaksanakan polis dan majlis agama Islam negeri. Kami hanya menyalurkan maklumat,” katanya yang mendakwa ramai orang menyamar mendapatkan gelaran tertentu dalam Pekida seperti Ayahanda dan Abang Long.

Katanya, dengan menggunakan gelaran seperti itu, mereka akan dihormati dan digeruni masyarakat setempat termasuk ahli perniagaan.

Dalam Pekida, beliau menjelaskan ada tiga peringkat iaitu Pekida daerah akan mencadangkan nama tertentu sebagai Ayahanda kepada peringkat negeri untuk diluluskan sebelum disahkan Pekida pusat.

Apa kejadahnya manusia hari ini khususnya yang beragama Islam yang sangup melakukan perbuatan-perbuatan keji dan terkutuk yang jelasnya ditegah oleh agama Islam. Perbuatan seperti yang dilaporkan di atas adalah boleh memesongkan akidah dan terjerumus kepada perbuatan syirik (menyekutukan Allah).

Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah an-Nisa’ ayat 116 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”

Ayat al-Quran di atas menerangkan kepada kita bahawa Allah SWT melarang keras perbuatan mempersekutukanNYA dengan sesuatu. Dan sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut dia ternyata telah sesat sebenar-benarnya. Maka bertaubatlah mudah-mudahan Allah SWT mengampuni segala dosa.

Selain itu, memakan daging babi dan meminum darah adalah perbuatan yang diharamkan di dalam ajaran Islam. Ini jelas sepertimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nahl ayat 115 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Oleh itu, KAM berharap kepada pihak berkuasa yang bertangunjawab khususnya Majlis Agama Islam Negeri supaya membuat siasatan tentang perkara ini. Agar ianya tidak merebak di dalam masyarakat sepertimana merebaknya wabak selsema babi. Apa pandangan / pendapat pembaca tentang isu ini ?

Tanjong Manis, 08 Julai 2009 / 15 Rejab 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 8 Julai 2009, in BICARA AKIDAH, Isu Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: