Michael Jackson dikebumi cara Islam

michael_jacksonMENURUT Sumber Berita Harian hari ini 03 Julai 2009 (Jumaat) melaporkan, keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam.

“Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya,” lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.

“Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam,” kata sumber itu.

Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya.

Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.

Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu.

Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki.

Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles.

Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.

Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam.

Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989. – Agensi

8 Responses to Michael Jackson dikebumi cara Islam

  1. Alhamdulillah kalau begitu..
    ada tokoh islam yang telah dipanggil oleh Allah SWt…
    kta juga turut bangga dan senang…
    Sebelumnya, assalamualaikum Pak…
    Bagaimana kabarnya disana?
    Disini alhamdulillah baik2 saja..

    ****KAM : Waalaikummussalam Wbt…Em alhamdulillah sihat2 aje…sekarang ni agak busy dengan kerja…Nafi’ gi mana di sana ? Harap2 semuanya ok2 aje ek..****

    Like

  2. Alhamdulillah saya disini baek2 aja..
    hehehehe…
    memang bapak sedang kerja apa Pak disna?
    saya tunggu di blog saya..

    Like

  3. umie berkata:

    alhamdullillah allah lebih maha berkuasa dan mengetahui

    Like

  4. manatuhanallah berkata:

    ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!

    Tenang-tenangkan diri…
    Sila layari manatuhanallah.wordpress.com/

    Setelah layari, sila buat aduan kpd jabatan agama atau pihak berwajib sebelum membuat sebarang penilaian…

    – Terima Kasih

    Krulayar

    Like

  5. Kuda Perang berkata:

    Alhamdulillah syukur kepadaNYA…mudahan2 benarlah perkhabaran bahawa Ikon Pop Dunia itu meninggal dalam keadaan Islam.
    Semoga kebenaran itu menjadi pendorong kepada jutaan peminatnya di seluruh dunia turut menjejaki langkahnya mendekati dan mengenali Islam sebenar. Marilah kita berusaha untuk memperkenalkan Islam kepada saudara2 kita yang masih belum merasai nikmatnya menganut agama Samawi terakhir ini. Gunalah pelbagai pendekatan atau apa sahaja metodologi penyampaian kepada mereka. Pernah seorang sahabat non-muslim merungut bahawa sepanjang hidupnya tidak pernah ada seorang pun kenalannya yang Muslim mengajaknya memeluk Islam, namun akhirnya dia memeluk agama suci ini diatas inisiatifnya sendiri. Katanya jika kaum sebangsanya diperkenalkan dengan Islam sebenar dan ada pihak yang mengajak kepada Islam tidak mustahil ramai dari kalangan mereka menerima Islam sebagai agama anutan…Qualuhu SAW; Ballighu ‘anni walau aayah…au kama qaal.

    Like

  6. keldai berkata:

    individu islam sendiri tak mencerminkan islam adalah satu pegangan yang dapat dijadikan ikon untuk kehidupan. islam adalah satu cara hidup{pegangan} bukan hanya luaran atau luahan kata2 atau sekadar keturunan

    Like

  7. Kuda Perang berkata:

    Individu yang tidak mencerminkan Islam itu sebenarnya ialah mereka yang keturunan sahaja Islam, tetapi tiada penghayatan terhadap Islam. Tiada penghayatan agama puncanya kerana diri kekurangan ilmu agama..bukan sahaja kurang bahkan sangat cetek ilmu agama.. dalam perkara asas sahaja pun ramai yang tidak faham!!! Nama sahaja Islam tapi penampilan serupa sahaja dengan saudara-saudara yang amsih belum Islam..KP cakap bukan mengata orang tapi cakap tentang diri sendiri dan juga orang lain yang yang ada disekeliling KP yang KP perhatikan. Jadi pengajaran yang mesti kita ambil ialah kita kenalah belajar ilmu agama, dalami ilmu Islam, dan amalkan Islam sebenar. Islam bukan sekadar nak pada nama sahaja, bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah, bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat atau menunaikan ibadah haji semata-mata tetapi segala-gala gerak kerja aktiviti hidup mestilah mengikut Islam. Segalanya ada diajar dalam Islam. Bila dikata segalanya ada diajar dalam Islam tentu ada yang bertanya apadia segala yang diajar tu? Hah apa lagi…jawapannya sudah tentu BELAJARLAH BARU TAHU! Carilah guru!

    Like

  8. protaz al-ahkam berkata:

    Jom kita http://manatuhanallah.blogspot.com/ . Kita nilai betul ke ajarn ni.

    Like

Tinggalkan komen