Pengorbananmu Wahai Si Ibu dan Si Bapa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

si bapaAKU terlupa pada 21 Jun lepas merupakan “hari bapa” sedunia. Aku menerima SMS dari seorang kawan baik semasa sekolah dulu, SMSnya berbunyi “Hang tak ucap selamat hari bapa ke kat ayah hang hari ni ?”. Aku berfikir… Hari ni hari bapa ke ? Di situlah baru aku ingat rupa-rupanya tarikh 21 Jun tu hari bapa. He..he he… Lucu rasanya… Kerana bagi aku setiap hari adalah hari untuk ibu dan ayahku…

Apa yang aku lihat dan perhati, sambutan hari bapa taklah sehebat dan semeriah sambutan hari ibu.. Kenapa ya..? Adakah si bapa tak sehebat si ibu ? Apakah pengorbanan si bapa tidak sebesar pengorbanan si ibu ? Kesian si bapa…he he he… Orang kata pengorbanan si ibu lebih besar daripada si bapa kerana si ibu bertaruh nyawa untuk melahirkan kita di dunia ini. Si bapa tidak merasa keperitan yang ditanggung si ibu. Benarkah dakwaan ini ?

Aku rasa persoalan-persoalan di atas anda sendiri bisa menjawabnya. Bagi aku dakwaan sebegitu adalah kurang tepat, kerana keduanya sama ada si bapa dan si ibu adalah sama hebat dan sama besar pengorbanannya terhadap kita. Mereka sama-sama membesarkan kita sihingga dewasa kini dan mengenali seluruh alam ini dengan penuh kasih sayang mereka. Adalah tidak adil bagi kita sekiranya mempersoalkan pengorbanan mereka.

Si bapa bersusah payah dan sanggup bergadai nyawa untuk mencari rezeki demi sesuap nasi untuk anak-anak dan isteri mereka. Mereka juga sanggup meredah lautan, gunung-ganang dan bukit-bukau untuk mendapatkan wang sebagai perbelanjaan dan memenuhi keperluan keluarga. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi melihat keluarga mereka hidup bahagia seperti keluarga orang lain.

Bukan setakat itu sahaja, si bapa juga menjadi pemimpin, memberi pendidikan dan perlindungan terhadap keluarganya. Mereka memimpin si ibu dan anak-anak agar menjadi manusia yang taat kepada suruhan dan perintah Allah SWT dan mencintai Rasulullah SAW. Sejak hari pertama kita lahir ke dunia ini lagi mereka mengajar kita dengan kalimah tauhid dengan laungan azan yang shahdu menusuk ke halwa telinga si anak. Mereka mengajar kita membaca, mengaji al-Quran dan solat. Begitu besar tanggungjawab si bapa yang telah di amanahkan oleh Allah SWT kepadanya.

selain itu, si bapa juga tidak pernah mengungkit apa yang telah di berikan kepada kita sama ada dari segi tenaga dan wang ringgit. Malah anak-anak yang sering mengungkit itu dan ini. Dahla duit jarang-jarang dikirim, bertanya khabar jauh sekali. Apabila sedikit memberi, dah mula mengungkit itu dan ini.

Manakala pengorbanan si ibu pula, sewaktu mengandung sembilan bulan, saat inilah dugaan dan cabaran yang hebat perlu ditempuhi oleh seorang ibu. Kepenatan dan kelelahan tiada siapa yang tahu. Hanya si ibulah yang merasainya. Namun semua itu dilaluinya dengan penuh kesabaran.

Semasa hendak melahirkan kita, mereka bertaruh nyawa dan keperitan yang amat sangat perlu dilalui oleh si ibu. Apabila kita dilahirkan, mereka akan menjaga dan membelai kita dengan penuh kasih sayang. Seekor nyamuk pun tidak boleh gigit tubuh kita. Begitu prihatin mereka menjaga kita. Mashaallah…Adakah kita sudah lupa ?

Tetapi apa yang terjadi sekarang zaman ini, anak-anak (tidak semua) sewenang-wenangnya mengherdik, memaki hamum, dan menghina ibu bapa. Malah ada yang sanggup membunuh ibu bapa mereka sendiri. Ada juga yang tidak sanggup menjaga ibu bapa mereka semasa keduanya sudah tua. Jalan yang terbaik untuk anak-anak adalah menghantar kedua ibu bapa mereka ke rumah-rumah orang tua. Alasan mereka ialah tidak ada masa kerana kesibukan kerja dan sebagainya.

Islam juga telah mengajar kepada kita bagaimana berbakti kepada kedua ibu bapa. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra’: 23-24)

Ayat al-Quran di atas mengajar manusia bagaimana melayani dan mentaati orang tua (ibu bapa). Tetapi sejauh mana ketaatan itu?

Apa pandangan dan pendapat pembaca ?

Tanjong Manis, Selasa 23 Jun 2009 / 30 Jumad Thani 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 23 Jun 2009, in Tazkirah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: