Influenza A (H1N1) Kini Menyerang Sekolah dan Langkah-langkah Mengatasinya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

HARI ini semua sekolah diminta memantau tanda-tanda penyakit selesema babi atau Influenza A(H1N1) seperti demam panas dan selesema bagi mengelak jangkitan tempatan wabak itu di kalangan pelajar dan warga sekolah masing-masing.

Terdapat dua buah sekolah di Lembah Klang, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson dan Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 2, telah diarah tutup selama seminggu mulai semalam dan hari ini kerana masing-masing mempunyai satu kes jangkitan tempatan H1N1.

Manakala empat sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Seksyen 9 Shah Alam; Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama: Sekolah Menengah Wangsa Maju; dan Sri Chempaka International School; pula masing-masing diarah menutup satu kelas selepas kes H1N1 disahkan.

Langkah-langkah Mengatasinya :

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, antara langkah segera yang perlu diambil oleh pihak pengurusan sekolah jika berdepan dengan masalah ini ialah :

  • Merujuk kes itu kepada hospital berdekatan untuk tindakan kuarantin mangsa dan keluarga.
  • Pihak sekolah perlu menghubungi keluarga pelajar atau warga sekolah berkenaan dengan segera dan menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
  • Pengurusan sekolah juga diminta membantu pihak hospital untuk mengenal pasti individu yang pernah berhubung dengan pesakit berkenaan selain memastikan persekitaran sekolah masing-masing terutama tandas, bilik darjah, kantin dan asrama, sentiasa bersih.
  • Tidak keterlaluan juga sekiranya pihak pengurusan berkemampuan mengambil suhu badan pelajar dan warga sekolah setiap hari kerana dengan cara ini dapat mengesan perubahan awal kesihatan pelajar dan warga sekolah dan seterusnya tindakan segera, termasuk menghantar mereka ke hospital, dapat dilakukan segera.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya tidak panik kerana semua langkah proaktif yang diambil pihak sekolah adalah langkah berjaga-jaga sahaja dan ia adalah dengan nasihat Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan. Sementara itu semua aktiviti sekolah termasuk kokurikulum adalah berjalan seperti biasa.

Tanjong Manis, Isnin 22 Jun 2009 / 29 Jumad Thani 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 22 Jun 2009, in BICARA KESIHATAN, Isu Semasa. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Salam…

    Saya ada PROTECUR-100 untuk mencegah H1N1 menyerang kita.

    Check it out!!!

    I AM PREPARED BUT IS MY BODY PREPARED?
    Klik disini: http://rosssafinahor.blogspot.com

    Sebarkanlah mesej ini… insyaallah ia dapat membantu kita semua terutamanya kepada student yang ingin menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM…
    Tkasih…
    FIGHT H1N1 WITH PROTECUR-100!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: