Jururawat Hayun Bayi Macam Kucing

bayi ALOR STAR: “Depa (mereka) ‘hayun’ anak saya macam kucing, macam mana tulang paha kiri dan kanan anak saya tak patah. Ini kerana depa pegang kaki dan kepala bukannya mengendong badan bayi saya,” dakwa Noor Amiza Baddaruldin yang kecewa dengan jururawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, yang didakwanya cuai.

Noor Amiza, 28, mendakwa anak sulungnya, Putri Nur Damia Danisha Noor Hairy yang berusia 13 hari, sering menangis kerana kesakitan akibat kejadian itu.

“Saya bersalin pada 2 Jun lalu pada jam 4.06 pagi di hospital berkenaan secara normal. Selepas selamat bersalin, jururawat datang sambil memegang bayi di kaki dan kepala sambil menghayun-hayunkannya seperti kucing.

“Jururawat terbabit mahu menunjukkan jantina anak saya sambil berkata ‘hei anak awak kecil’ dan pada masa sama, dia menghayunkan anak saya,” dakwanya ketika ditemui dirumah bapanya di Titi Gajah di sini, semalam.

Menurutnya, selepas dua hari bersalin, dia hairan kerana anaknya sering menangis, tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

“Saya menyangka anak kami mahukan susu atau kembung perut, tetapi terkejut apabila X-Ray mendapati tulang kedua-dua pahanya patah.

“Saya kesal kerana kecuaian jururawat menyebabkan anak kami terpaksa menanggung derita. Kami tidak sampai hati melihatnya menangis kerana menahan kesakitan,” dakwanya.

Suaminya, Noor Hairy Baharom, 28, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star tiga hari lalu.

Menurut Noor Amiza, dia dan suaminya yang juga peniaga, sedih dengan kejadian malang menimpa anak mereka yang menghadapi risiko kecacatan jika kedua-dua kakinya tidak sembuh sepenuhnya.

Beliau berkata, dia yang tidak berpuas hati dengan tindakan jururawat berkenaan merujuk perkara itu kepada doktor pakar HSB bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung prosedur menyambut kelahiran dan cara memegang bayi dengan betul.

“Saya dan suami terkejut dengan jawapan doktor pakar yang menyatakan ada kemungkinan tulang paha kedua-dua kaki anak saya patah disebabkan jururawat memegang cara yang tidak betul iaitu memegang kedua-dua kaki dan kepala tanpa memegang badan.

“Pada mulanya saya tidak berpuas hati kerana pihak hospital seolah-olah cuba menutup punca kesalahan mereka dengan menyatakan tulang paha kaki anak saya patah ketika dalam perut,” dakwanya.

Bagaimanapun, dakwanya, penjelasan yang diterima kemudian amat mengecewakan mereka.

“Saya juga bercadang mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu,” katanya.

Apa pandangan pembaca ?

SUMBER BERITA : Harian Metro

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 15 Jun 2009, in Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. kalau orang kerdil seperti kita yang buat aduan,semua kes hanya jadi laporan semata-mata tapi jika anak2 menteri atau vvip…..insya Allah…tindakan segera di ambil.Yang miskin,susah dan tak berkuasa memang tak dapat perhatian kalau kita ni tak berkuasa.Adat keadaan di Malaysia…kalau nak dapat tindakan segera…panggil orang TV3 atau media TV…baru ada tindakan.

    ****KAM : Yang kaya bertambah kaya..yang miskin bertambah miskin…Yang berkuasa makin berkuasa, yang lemah bertambah lemah…Fikir2kanlah….****

  2. apa kata kita hayon jururawat tu pulak…. biar di rasa !!

  3. Anak sy juga jd kaki sbelah tk ok,(tulang kaki kt pinggul terkeluar) tk thu mana punca, kalu dgr ckp doktor katanye sejak lahir jgak. Mana ada doktor nk mengaku kesilapan,kt kena terima dgn redha kerana ada hikmah disebaliknya, tk bleh nk slh sesapa. anak ku dh ditakdirkan begitu.

  4. sedih mmg sedih nak nak bila dia memakai simen umur bru setahun jagung, ada juga anggap ini adalah antara balasan dosa lampau tp pe pe pun kena terima hakikat sebenar. semasa mengandung dh scan semua doktor ckp beby dlm keadaan baik.
    sedih sgt bila tgok anak kesayangan tk bleh berjalan. paling sedih bila doktor bagitahu tulang yang terkeluar itu tidak berjaya setelah 3 bulan kakinye bersimen. jd sy mengerti perasaan mereka.

  5. sy tumpng simpati….ksiannya tgk keadaan bayi 2…nurse 2 la..dh la tulang bayi 2 lembut lg..pnggng la bdn skli..

  6. serius gile…. ada ke pattut dia bt mcm 2 dekat budak baru lahir, memang kalau x dapat tidakan undang2 memang serius bodo gile……gua panas beb!!!

  7. where is our nursing quality???? nurses pls dont spoil our nursing carier….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: