Selamat Kembali…

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

WAH!!!! Sedar tak sedar musim cuti sekolah sudah di penghujungnya. Mungkin pelajar-pelajar sudah bersiap sedia untuk kembali semula ke sekolah masing-masing setelah 2 minggu bercuti. Tidak terkecuali juga bagi insan yang bergelar guru untuk menyambung kembali tugas rasmi yang dipertanggungjawab dan di amanahkan untuk mendidik anak bangsa. Pastinya kembali dengan semangat dan azam baru untuk bertugas di sekolah masing-masing.

Bagi guru semenanjung yang mengajar di Sabah dan Sarawak, pastinya amat berat untuk meninggalkan kampung halaman dan orang tersayang. Namun apakah daya, demi tugas dan tanggungjawab terpaksa berkorban jua. Ada di antara mereka terpaksa berpisah dengan ibu bapa, suami, isteri, anak-anak dan sanak saudara yang lain untuk kembali ke bumi Borneo ini.

Begitu juga dengan ana, kali ini ana kembali ke sini seorang diri tanpa orang tersayang (isteri). Bujang kembalilah jawabnya..he he he..Ana terpaksa meninggalkan isteri yang tengah sarat pregnant dan beberapa bulan lagi untuk bersalin. Kalau ikutkan hati amat berat untuk meninggalkan beliau kerana disaat ini beliau sangat-sangat memerlukan perhatian daripada seorang suami. Namun ana amat kagum dengan beliau kerana telah meredhai dan merestui ana pulang ke sini walaupun dengan berlinangan air mata. Ana sampai di Tanjong Manis pada 12 Jun 2009 (Jumaat) pada jam 03.30 petang. Pengorbanan beliau hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

Mungkin ada di antara mereka (guru) yang senasib dengan ana. Tugas tetap tugas. Begitulah pengorbanan seorang guru untuk mendidik anak bangsa tidak kira di mana mereka ditempatkan. Ada juga guru-guru ini yang mengajar jauh di pedalaman sana. Untuk sampai ke tempat bertugas ada yang mengambil masa 2 3 hari. Walaupun jauh, langkah tetap dikayuh demi satu matlamat iaitu ingin melihat anak bangsa maju dan berjaya pada masa hadapan sama ada dunia dan juga akhirat.

Apa pun ana ingin mengucapkan “Selamat Kembali” ke sekolah kepada semua pelajar dan juga guru-guru seluruh negara untuk menyambung tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan dengan penuh dedikasi, semangat waja, bermotivasi dan keikhlasan. Semoga segala usaha dan pekerjaan yang kita lakukan mendapat keberkatan Ilahi.

Sekian.

Tanjong Manis, 13 Jun 2009 / 20 Jumad Thani 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 13 Jun 2009, in Tentang Aku. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: