Monthly Archives: Jun 2009

Pengorbananmu Wahai Si Ibu dan Si Bapa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

si bapaAKU terlupa pada 21 Jun lepas merupakan “hari bapa” sedunia. Aku menerima SMS dari seorang kawan baik semasa sekolah dulu, SMSnya berbunyi “Hang tak ucap selamat hari bapa ke kat ayah hang hari ni ?”. Aku berfikir… Hari ni hari bapa ke ? Di situlah baru aku ingat rupa-rupanya tarikh 21 Jun tu hari bapa. He..he he… Lucu rasanya… Kerana bagi aku setiap hari adalah hari untuk ibu dan ayahku…

Apa yang aku lihat dan perhati, sambutan hari bapa taklah sehebat dan semeriah sambutan hari ibu.. Kenapa ya..? Adakah si bapa tak sehebat si ibu ? Apakah pengorbanan si bapa tidak sebesar pengorbanan si ibu ? Kesian si bapa…he he he… Orang kata pengorbanan si ibu lebih besar daripada si bapa kerana si ibu bertaruh nyawa untuk melahirkan kita di dunia ini. Si bapa tidak merasa keperitan yang ditanggung si ibu. Benarkah dakwaan ini ?

Aku rasa persoalan-persoalan di atas anda sendiri bisa menjawabnya. Bagi aku dakwaan sebegitu adalah kurang tepat, kerana keduanya sama ada si bapa dan si ibu adalah sama hebat dan sama besar pengorbanannya terhadap kita. Mereka sama-sama membesarkan kita sihingga dewasa kini dan mengenali seluruh alam ini dengan penuh kasih sayang mereka. Adalah tidak adil bagi kita sekiranya mempersoalkan pengorbanan mereka.

Read the rest of this entry

Influenza A (H1N1) Kini Menyerang Sekolah dan Langkah-langkah Mengatasinya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

HARI ini semua sekolah diminta memantau tanda-tanda penyakit selesema babi atau Influenza A(H1N1) seperti demam panas dan selesema bagi mengelak jangkitan tempatan wabak itu di kalangan pelajar dan warga sekolah masing-masing.

Terdapat dua buah sekolah di Lembah Klang, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson dan Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 2, telah diarah tutup selama seminggu mulai semalam dan hari ini kerana masing-masing mempunyai satu kes jangkitan tempatan H1N1.

Manakala empat sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Seksyen 9 Shah Alam; Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama: Sekolah Menengah Wangsa Maju; dan Sri Chempaka International School; pula masing-masing diarah menutup satu kelas selepas kes H1N1 disahkan.

Read the rest of this entry

Antara Manusia, Malaikat dan Syaitan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA :

Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ….
Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini…awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia – Nak makan, laparlah ??
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah….
Syaitan – Ahh, tak payahla… dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan – Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Read the rest of this entry

Jururawat Hayun Bayi Macam Kucing

bayi ALOR STAR: “Depa (mereka) ‘hayun’ anak saya macam kucing, macam mana tulang paha kiri dan kanan anak saya tak patah. Ini kerana depa pegang kaki dan kepala bukannya mengendong badan bayi saya,” dakwa Noor Amiza Baddaruldin yang kecewa dengan jururawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, yang didakwanya cuai.

Noor Amiza, 28, mendakwa anak sulungnya, Putri Nur Damia Danisha Noor Hairy yang berusia 13 hari, sering menangis kerana kesakitan akibat kejadian itu.

“Saya bersalin pada 2 Jun lalu pada jam 4.06 pagi di hospital berkenaan secara normal. Selepas selamat bersalin, jururawat datang sambil memegang bayi di kaki dan kepala sambil menghayun-hayunkannya seperti kucing.

“Jururawat terbabit mahu menunjukkan jantina anak saya sambil berkata ‘hei anak awak kecil’ dan pada masa sama, dia menghayunkan anak saya,” dakwanya ketika ditemui dirumah bapanya di Titi Gajah di sini, semalam.

Menurutnya, selepas dua hari bersalin, dia hairan kerana anaknya sering menangis, tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

“Saya menyangka anak kami mahukan susu atau kembung perut, tetapi terkejut apabila X-Ray mendapati tulang kedua-dua pahanya patah.

“Saya kesal kerana kecuaian jururawat menyebabkan anak kami terpaksa menanggung derita. Kami tidak sampai hati melihatnya menangis kerana menahan kesakitan,” dakwanya.

Read the rest of this entry

NUTP Bantah Cadangan KPM Memanjangkan Tempoh Pengajian KPLI

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) daripada setahun kepada 18 bulan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata tempoh setahun sudah memadai kerana pelatih terbabit sebelum ini sudah menghabiskan masa empat tahun di universiti. “Jika kita fikir secara logik mereka sudah belajar bertahun-tahun di universiti. Kalau dicampur dengan tempoh belajar pada peringkat KPLI jika ia dilanjutkan, hampir enam tahun baru mereka dapat merasa gaji,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata pihaknya kini pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu dan paling awal ia akan dilaksanakan pada pengambilan Januari depan.

Read the rest of this entry

KPLI : Dipanjangkan Tempoh Pengajian 18 bulan

BENARKAH DAKWAAN TEMPOH SETAHUN KURANG BERKESAN LAHIR GURU BERKUALITI??

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selama enam bulan kepada setahun enam bulan, bermula pengambilan Januari 2010.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak selain mengakui tempoh yang diamalkan selama ini kurang berkesan bagi melahirkan guru berkualiti.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu sebelum membentangkannya bagi tindakan kementerian.

“Paling awal pelaksanaan lanjutan tempoh pengajian itu adalah bagi pengambilan Januari 2010. Memang jika boleh nak dilaksanakan segera, tetapi untuk tahun ini amat mustahil kerana pengambilan akan datang adalah pada Julai tahun ini.

Read the rest of this entry

Selamat Kembali…

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

WAH!!!! Sedar tak sedar musim cuti sekolah sudah di penghujungnya. Mungkin pelajar-pelajar sudah bersiap sedia untuk kembali semula ke sekolah masing-masing setelah 2 minggu bercuti. Tidak terkecuali juga bagi insan yang bergelar guru untuk menyambung kembali tugas rasmi yang dipertanggungjawab dan di amanahkan untuk mendidik anak bangsa. Pastinya kembali dengan semangat dan azam baru untuk bertugas di sekolah masing-masing.

Bagi guru semenanjung yang mengajar di Sabah dan Sarawak, pastinya amat berat untuk meninggalkan kampung halaman dan orang tersayang. Namun apakah daya, demi tugas dan tanggungjawab terpaksa berkorban jua. Ada di antara mereka terpaksa berpisah dengan ibu bapa, suami, isteri, anak-anak dan sanak saudara yang lain untuk kembali ke bumi Borneo ini.

Begitu juga dengan ana, kali ini ana kembali ke sini seorang diri tanpa orang tersayang (isteri). Bujang kembalilah jawabnya..he he he..Ana terpaksa meninggalkan isteri yang tengah sarat pregnant dan beberapa bulan lagi untuk bersalin. Kalau ikutkan hati amat berat untuk meninggalkan beliau kerana disaat ini beliau sangat-sangat memerlukan perhatian daripada seorang suami. Namun ana amat kagum dengan beliau kerana telah meredhai dan merestui ana pulang ke sini walaupun dengan berlinangan air mata. Ana sampai di Tanjong Manis pada 12 Jun 2009 (Jumaat) pada jam 03.30 petang. Pengorbanan beliau hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

Read the rest of this entry

Si Gadis Melampau Menerima Azab Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

SEORANG sahabat telah mengirim email kepada ana meminta supaya kisah teladan ini disiarkan di laman blog ini untuk dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua pembaca yang budiman.

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.

“Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Read the rest of this entry

Pesta Gawai : “Gayu Guru Gerai Nyaman”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

iban1KETIKA mula-mula ana sampai kat bumi kenyalang ni dulu bila tengok slogan ni “Gayu Guru Gerai Nyamai” ingatkan slogan atau tema hari guru ditulis dalam bahasa Iban ke, melanau ke, bidayuk ke… Sebab ada perkataan “guru” dalam slogan tu. Ternyata sangkaan ana meleset. Rupa-rupanya itu adalah ucapan untuk sambutan hari gawai buat kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak.

Hari ini (Isnin) bertarikh 1 hb Jun 2009 adalah merupakan salah satu hari keramaian di Sarawak sehingga diberikan public holiday di Bumi Kenyalang ini iaitu sambutan pesta gawai. Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi.

Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak ‘arak beras’, dan bersuka-ria.

Read the rest of this entry