Awasi Anak-anak Musim Cuti Sekolah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

WAHHHHH….Tanpa disedari musim cuti sekolah kembali lagi. Yang pastinya anak-anaklah insan yang paling happy bila cuti sekolah bermula. Almaklumlah mereka tak susah-susah mengalas beg pergi sekolah setiap pagi lagi. Tambahan pula ujian penggal pertama baru sahaja berakhir. Ini menambahkan mereka begitu teruja untuk menikmati dan menghayati musim cuti ini.

Bagi insan guru pula, ada yang sudah pulang ke kampung halaman untuk berjumpa kedua ibu bapa dan sanak saudara setelah sekian lama tidak berjumpa mata demi tugas dan tanggungjawab. Malah ada juga yang terpaksa menghadiri kursus dalam musim cuti sekolah ini. Apa pun aktiviti yang dilakukan biarlah berfaedah dan berkualiti. Jangan membazir masa dan peluang yang diberikan oleh Yang Maha Berkuasa kepada kita.

Manakala para ibu bapa pula dinasihatkan supaya awasi dan prihatin terhadap keselamatan anak-anak. Kemalangan sering terjadi dan meningkat pada musim cuti sekolah ini yang melibatkan kanak-kanak kerana segala aktiviti yang dilakukan secara tidak terancang dan di luar kawalan.

Ana percaya ramai juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan dan kelas tuisyen dalam musim cuti sekolah ini. Oleh itu, pastikan anak-anak selamat pergi dan juga selamat kembali ke rumah setelah selesai kelas tersebut. Pada zaman ini macam-macam boleh berlaku, jenayah culik, rogol dan sebagainya. Jangan pula “nasi sudah menjadi bubur” baru nak beringat dan bertindak.

Walaupun terdapat ibu bapa yang menghantar anak-anak ke kelas tambahan dan tuisyen atau pun kem motivasi, tetapi jumlahnya tidak ramai berbanding dengan mereka yang menghabiskan masa cuti secara tidak berkualiti. Masa mereka hanya habis begitu sahaja terutama dikedai-kedai internet untuk bermain games, melepak di pusat membeli belah dan dijalanan sebagai “Mat Rempit @ Samseng Jalanan”.

Oleh itu, para ibu bapa dinasihati supaya prihatin dan memainkan peranan penting serta tanggungjawab bagi membendung anak-anak khususnya pelajar sekolah daripada terjebat dengan gejala-gejala yang tidak sihat yang boleh merugikan masa depan mereka.

Bercakap pasal cuti, insyaAllah 02 Jun 2009 (selasa) ana akan pulang ke kampung tercinta bersama isteri di satu daerah terpencil di Kelantan. Dengan ini, sebagai makluman kepada pengunjung setia Kalam Abu Musaddad, mungkin kalam ini akan turut bercuti buat sementara waktu. Oleh itu, di kesempatan ini ana ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya selama kalam ini berbicara ada yang tersentuh hati dan aper-aper ajelah…he he he… Akhir kalam “Selamat Bercuti” semua…

Tanjong Manis, Ahad 31 Mei 2009 / 09 Jumad Thani 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 31 Mei 2009, in Motivasi. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Selamat bercuti cikgu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: