Sampai Bilakah ??

Dalam kesepian malam,

Aku berfikir dan merenung panjang,

Tentang kehidupan remaja zaman kini

Sampai bilakah remaja-remaja ini bergelumbang,

Pada irama kehidupan yang menyesatkan.

Sampai bilakah remaja ini terus hanyut,

Dalam kehidupan acuan kebarat-baratan

Sedangkan orang kita,

Hidup penuh dengan adab dan susilanya.

Budaya barat menjadi ikutan

Para belia dan beliawanis,

Ada yang mula memperagakan tubuh gebu remaja,

Berpakaian umpama berbogel,

Jadi kaki dadah, kaki arak, kaki judi, kaki rempit, kaki rogol, kaki ragut dan kaki zina,

Di sana sini dan di mana-mana.

Adakah kerana pembangunan yang sedang rancak kini ?

Dan apakah cara hidup begini di katakan kemodenan dan kebebasan ?

Ahhhhh…Usah salahkan pembangunan itu,

Salahkan kepada perwatakan diri sendiri.

Wahai anak-anak remaja harapan negara,

Zaman ini…. Zaman mengejar ilmu,

Siang dan malam manusia mengejar dan mencari ilmu,

Untuk menjadi bekalan masa hadapan,

Sedangkan kita terus hanyut dan sengsara,

Oleh setiap teori kehidupan yang menyesatkan.

Sampai bila kita harus terus begini ?

Ayuhhhh !!! Bangkitlah wahai anak bangsaku,

Dari tidurmu yang lena lagi lalai,

Agar kita menjadi bangsa yang mulia.

Tanjong Manis, 26 Mei 2009 / 01 Jumad Thani 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

2 Responses to Sampai Bilakah ??

  1. en_me berkata:

    salamm chekgu ittewww.. me tumpang lalu jakkks

    Like

  2. aida berkata:

    assalamualaikum…. semoga cikgu boleh jadi pembimbing yang baik dalam membantu membentuk sahsiah diri pelajar…. tak terlewat untuk akak ucapkan ‘SELAMAT HARI GURU’ kpd semua warga pendidik diSK Tg Manis…

    ****KAM : Wsalam…InsyaAllah…Syukran jazilan…Em esok sambutan hari guru peringkat SK Tanjong Manis….****

    Like

Tinggalkan komen