Manfaat Masa : Bersih Kawasan Rumah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

perumahanPerumahan PUSAKA Tanjong Manis

SEMALAM sambil minum petang dan berbual-bual kat warung pak wardut, “apa kata esok kita pergi memancing…” saran seorang kawan yang minum bersama ketika itu. “Dah lama kita tak pergi memancing ni….eloklah esok cuti…” Sambung beliau.

“Emm…Ana tak boleh pergila…Isteri kat rumah kurang sihat..” Jawab ana. Menolak pelawaannya.

Memandangkan isteri ana sekarang ini sudah masuk bulan ke 6 pregnant, tak sedap hati nak tinggal dia kat umah sorang-sorang, tambahan pula dia sering mengadu sakit-sakit dan lengguh-lengguh badan.

Minggu lepas dah pergi klinik tanya doktor apa masalahnya, risau jugak melihat keadaannya sekarang ini. Doktor cakap tak ada apa-apa masalah.

“Biasalah kandungan semakin membesar sebab tu ada rasa lengguh-lengguh… Ustaz jangan risaulah, isteri ustaz ok-ok jer…” Kata doktor Zul.

“Alhamdulillah..Syukurlah kalau tidak ada apa-apa masalah, terima kasih…” Ucap ana kepada doktor Zul.

Walaupun hari ini tak jadi pergi memancing, ana mengambil keputusan agar masa rileks hujung minggu ni tak menjadi sia-sia, elok juga kalau membersih kawasan sekitar rumah. Ada juga manfaatnya, memandangkan sebulan lebih tak mencuci longkang kat tepi rumah ni. Air dah mula bertakung. Takut nanti menjadi sarang penghuning yang tidak diundang pulak. Risau jugak takut menjadi istana “Pok Mut Aedes”(nyamuk aedes).

Oleh itu, pagi-pagi lagi dah turun membersih longkang, potong rumput dan sebagainya. Buat la ape yang patut supaya kawasan rumah menjadi bersih. Alhamdulillah hampir satu jam ana bergelumbang dengan air longkang tersebut akhirnya selesai jugak hajat ana hari ini. Tenang jer mata memandang. He he he….

Biasanya dua minggu sekali ana bersih kawasan rumah ini. Tetapi walaupun hari minggu masa tak mengizinkan sejak akhir-akhir ini. Tetapi hari ini alhamdulillah, baru ada masa dan kesempatan, so gunakan masa yang terluang ini sebaik mungkin.

Apabila semua kawasan sudah selesai dibersihkan, terdengar pula suara seorang pempuan memanggil ana….

“Abang…Mai la naik minum dulu…Rehatla dulu..Lepas ni sambung balik….”

Rupa-rupanya isteri ana yang panggil, suruh minum dan berehat….Aduhhhh…”Baik sugguh isteri aku nih…Beruntung aku dapat pempuan seperti dia..” Bisik ana dalam hati.

“Nak sambung apa lagi..semuanya dah clear….he he he….” Jawab ana sambil membasuh tangan di paip sebelah rumah.

Manakala apa pula aktiviti anda hujung minggu ni ? berkelah, melancong, shoping, memancing, gotong-royong dan apa sahaja aktiviti anda lakukan, biarlah ianya memberi faedah dan manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat. Jangan sia-siakan masa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Di mana Rasulullah SAW ada bersabda :

“Rebutlah 5 perkara sebelum kamu didatangi 5 perkara lain: masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa hidupmu sebelum mati..”

Tanjong Manis, 23 Mei 2009 / 28 Jumad Awal 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 23 Mei 2009, in Tentang Aku. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. assalamualaikum cikgu… wah rajin ye cikgu mengemas kawasan rumah.. kak aida kalau ada kelapangan mmg tu lah keje yg akak suka buat. cuci kereta tiap2 minggu. walaupun duduk kawasan rumah teres, tp rumah sebelah yg kosong tu boleh kemaskan.. kalau lalang tinggi x sedap mata memandang. lagipun dpt aktiviti2 mcm ni boleh mengeluarkan peluh. x payah gi jogging… badan pun sihat ! gambar tu rumah penginapan cikgu ke.. cantik ye !

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Takde keje kak, buatlah ape yang patut…he he…Ya betul tu…cuci longkang tepi umah pun bleh kuar peluh jugak…he he he…Em gambar tu adalah kawasan perumahan tempat ana tinggal…dekat jer ngan sekolah…ada masa datanglah sarawak…he he he….****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: