Hari Guru 2009 : Penghargaan dan Insentif Kepada Pendidik

TAMBAHAN 2,141 KUOTA JAWATAN GURU DAN PENGETUA CEMERLANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

hari guruFoto dipetik : Berita Harian

tamadun_islam

SEMPENA Perasmian Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-38 pada tahun ini (2009) bertema “Guru Pembina Negara Bangsa” yang diadakan di Taman Tamadun Islam (Islamic Civilization Park), Pulau Wan Man, Terengganu kelmarin (Sabtu 16 Mei 2009), terdapat beberapa perkara yang telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan juga merangkap Menteri Pelajaran ialah :

  • Kerajaan meluluskan serta-merta tambahan 2,141 kuota jawatan guru dan pengetua cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di sekolah menengah di seluruh negara. Dengan penambahan kuota itu, perjawatan untuk guru dan pengetua cemerlang meningkat daripada 5,984 sebelumnya kepada 8,125 sekarang.
  • Kerajaan juga turut bersetuju untuk mewujudkan beberapa jawatan guru cemerlang bagi PPPS yang berkhidmat di sekolah rendah.
  • Selaras dengan hasrat mewujudkan masyarakat penyayang, kerajaan setuju memanjangkan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) kepada pasangan pegawai yang berkhidmat di sekolah pedalaman mulai 1 Mac 2009.
  • Bayaran insentif RM200 turut dibayar kepada Pembantu Pengurusan Murid yang bertugas di sekolah kebangsaan pendidikan khas dan program pendidikan khas integrasi di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Bayaran insentif itu dikebelakangkan sejak 1 Januari 2009.
  • Selaras hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu, selain mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan latihan perguruan berfokus bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Melayu, sementara latihan berfokus bahasa Inggeris akan dijalankan di empat IPGM terpilih.

Sebagai kesimpulannya, pertambahan kuota perjawatan itu adalah sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada guru dan kerajaan berharap insentif itu dapat mendorong mereka mengamalkan budaya kerja lebih cemerlang. Tidak dapat dinafikan bahawa kebajikan serta laluan kerjaya menjadi faktor utama motivasi guru untuk terus menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara.

Sumber Info : Berita Harian

Tanjong Manis, 17 Mei 2009 / 21 Jumad Awal 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 17 Mei 2009, in Isu Semasa, PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: