Hebatnya Insan Yang Bergelar Ibu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

selamat_hari_ibu

SETIAP 10 MEI, merupakan hari istimewa buat wanita yang bergelar ibu. Hari ini seluruh dunia menyambut dan meraikan hari ibu bagi memberi penghargaan kepada wanita yang bergelar ibu.

Apa pun panggilan terhadap wanita ini, ummi, mama, dan emak yang dipanggil oleh anak-anak, namun peranan dan tanggungjawab yang dipikul adalah sama. Proses mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak ditunaikan sebaik mungkin. Semuanya dilakukan bagi memastikan anak-anak menjadi individu berguna pada keluarga, negara, bangsa dan agama.

Dengan ini ucapan “SELAMAT HARI IBU” buat ibu tersayang HANISAH BT MOHD NOR dan isteri tercinta ZAKIAH BT ABDUL RAHIM yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Sabda Rasulullah SAW : “Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu”. Manakala sahabat juga pernah bertanya kepada Rasulullah SAW : Siapakah yang perlu ditaati ? Maka Nabi menjawab “IBu” sebanyak 3 kali ulangan dan barulah nama “Ayah”. Masyaallah. Istimewa dan hebatnya insan yang bergelar ibu.

Lalu ana tujukan puisi ini untuk ibu tersayang. Puisi ini di ambil daripada blog Dunia Kecilku :

Pernah aku ditegur
Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarah
Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu
Katanya supaya aku pandai

Ibu…..
Pernah aku merajuk
Katanya aku manja
Pernah aku melawan
Katanya aku degil
Pernah aku menangis
Katanya aku lemah

Ibu…..
Setiap kali aku tersilap
Dia hukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat

Dan
Bila aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan
Ibu……
Dia senyum bila aku senyum
Dia ketawa bila aku ketawa

Namun…..
Tidak pernah aku lihat air mata dukamu
Mengalir di pipimu
Begitu kuatnya dirimu….

Ibu….
Aku sayang padamu…..

Tuhanku….
Aku bermohon padaMu
Sejahterakanlah dia
Selamanya…..
Tanjong Manis, 10 Mei 2009 Bersamaan 14 Jumad Awal 1430H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 10 Mei 2009, in Wanita Hari Ini. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Siti Fatimah Ahmad

    Assalaamu’alaikum….

    Tanpa ibu..tiada yang indah di dunia ini. tanpa bapa….dunia ini akan jadi lesu dan kaku. hargailah keduanya. Tanpa keduanya…tiadalah kita dan tiadalah berseri dunia fana yang cantik ini. Semoga menjadi anak yang soleh agar tenang damai si ibu dan ayah tika saat menjemput dalam damai abadi. Selamat hari Ibu.

  2. Ibu, ibu, engkaulah ratu hati kuu… – teringat iklan susu ducthlady zaman dulu2..

  3. Hargai & sayangi ibu….Jasa ibu tidak terbalas, kesakitan yang ditanggung tiada terperi, impian hanya melihat si anak berjaya dunia akhirat..itulah penawar hati ibu:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: