Virus “Mat Rempit”: Punca dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

NSTHARI ini isu “Mat Rempit” kembali hangat diperkatakan sama ada melalui media massa atau media cetak. Isu ini kembali hangat sehangat isu wabak selsema babi yang kini mengemparkan seluruh dunia. Begitu juga dengan wabak “Mat Rempit” ini, mengganas sekaligus membimbangkan semua pihak.

Mat Rempit bukan setakat merempit, malah mereka juga turut terlibat dengan kegiatan-kegiatan jenayah lain seperti samseng jalan raya, kaki pukul, kaki mabuk, kaki rogol malah sanggup membunuh. Ini realiti yang berlaku di negara kita hari ini. Di mana beberapa hari yang lepas, akhbar metro harian telah menyiarkan seorang pemuda maut akibat dipukul sekumpulan “Mat Rempit”. Untuk baca sila KLIK di sini.

Sekarang gejala wabak “Mat Rempit” telah berada pada ranking pertama dalam liga jenayah remaja negara ini. Jika suatu ketika dahulu gejala “Bohsia dan Bohjan” menjadi isu hangat di media-media massa dan cetak. Tetapi gejala ini agak sepi diperkatakan walaupun gejala ini masih berleluasa.

Dengan menampilkan aksi-aksi ngeri yang menyeronokkan, “Mat Rempit” sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat kepuasan dan dipuji di atas keberanian yang ditonjolkan. Ini adalah pengakuan salah seorang “Mat Rempit” yang ana temui iaitu Zul (Bukan nama sebenar). Selain itu, mereka akan disajikan dengan bohsia-bohsia cantik sekiranya memenangi perlumbaan haram yang dianjurkan. Dapat tidur dan melakukan sex dengan perempuan tersebut. Aduhhh…Enak sekali tuh…Sedangkan perbuatan zina itu adalah dikeji dan dibenci oleh Allah SWT.

mat_rempit1

Justeru itu, apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja di negara in terlibat dengan gejala “Mat Rempit”? Adakah mereka ini ingin digelar sebagai “Mati Katak” atau “Sebagai pembunuh diri” ? Antara faktor-faktor yang menjadi punca wujudnya virus “Mat Rempit” ini ialah :

Perasaan ingin mencuba

Oleh sebab desakan naluri remaja yang suka mencuba dan tidak takut kepada resiko yang bakal ditempuh, mereka berani melakukan apa sahaja. Mereka ini mudah berasa seronok dan ingin mencuba apa-apa yang dipaparkan oleh media.

Terpengaruh dengan rakan

Pengaruh rakan sebaya juga banyak memainkan peranan di dalam menentukan pemilihan aktiviti yang gemar dilakukan oleh sekelompok remaja ini. Remaja mudah terikut-ikut dengan apa-apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka tanpa memikirkan resiko yang bakal ditempuhi.

Gaya hidup dan taraf pendidikan

Gaya hidup remaja itu sendiri juga merupakan pendorong gejala “Mat Rempit” ini berlaku. Kebanyakkan remaja yang berpendidikan rendah yang terlibat dalam kancah gejala “Mat Rempit” ini. Pergaulan mereka hanya terdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki pemikiran yang sama apatah lagi masing-masing memberi galakan ke arah negatif antara satu sama lain seperti cabar mencabar dan sebagainya. Keseronokan dan kepuasan merupakan tujuan utama dalam diri mereka.

Kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa

Kurangnya kasih sayang dan perhatian turut mempengaruhi tindakan serta sikap remaja. Apabila mereka merasa bosan, mereka akan mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar rumah bersama rakan-rakan yang lain. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang suka berleter tatkala mereka berada dirumah. Hal ini membuatkan diri meraka merasa bosan dengan sikap ibu bapa tersebut.

Dengan demikian, virus “Mat Rempit” harus dibendung dengan segera sebelum ia menjadi penyakit yang paling parah dalam masyarakat kita. Semua pihak harus memikirkan apakah cara yang paling terbaik untuk mengatasi gejala sosial ini. Jika ia tidak dibendung dengan segera, ditakuti ia akan menjadi virus yang paling merbahaya di negara ini. Kalau dahulu mereka hanya merempit, tetapi sekarang golongan ini semakin berani melakukan apa sahaja sehingga sanggup membunuh dan sebagainya. Seolah-olah mereka tidak takut kepada hukuman yang bakal diterima.

Maka di sini terdapat beberapa cara untuk mengatasi dan membendung virus “Mat Rempit” ini daripada terus menular dalam masyarakat. Antaranya ialah :

Peranan dan tanggungjawab ibu bapa

Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian yang secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak mereka agar mereka mersai diri mereka dikasihi dan dihargai. Jangan terus membiarkan anak-anak menjadi liar gara-gara kegagalan ibu bapa memberi perhatian secukupnya. Luangkan sedikit masa untuk bersama dengan anak-anak. Bertanyakan masalah, mendengar luahan dan rintihan hati mereka.

Penguatkuasakan undang-undang dengan lebih efektif

Penguatkuasa undang-undang memang perlu untuk membendung virus ini. Di sarankan ianya agar lebih tegas daripada undang-undang yang sedia ada. Jangan biarkan mereka berasa lali dan tidak kisah dengan hukuman yang bakal mereka terima.

Dekati mereka dengan berhemah dan hikmah

Dekatilah “Mat-mat Rempit” dengan berhemah dan hikmah. Mungkin dengan cara ini mereka akan berasa diri mereka dihargai. Kata-kata motivasi dan kaunseling juga diperlukan untuk membendung virus ini. Jangan terus memberi tekanan kepada mereka. Sepertimana kita ketahui zaman remaja memang penuh dengan tekanan dan gelora. Mereka sentiasa inginkan perhatian masyarakat. Oleh itu berinteraksilah secara matang dengan golongan remaja ini, jangan memperlakukan diri mereka seperti budak kecil.

Sebagai kesimpulannya, kita jangan terlalu menyalahkan dan menunding jari kepada golongan remaja. Sebaliknya kita sebagai individu dewasa, bantulah golongan ini dengan profesional dan matang. Dekatilah mereka agar mereka merasakan diri mereka dihargai dan tidak tersisih daripada masyarakat.

Tanjong Manis, 07 Mei 2009
https://ibnismail.wordpress.com

64 Responses to Virus “Mat Rempit”: Punca dan Cara Mengatasinya

  1. tri berkata:

    mau aku kliping artikel ini…

    Like

  2. mia berkata:

    NO KOMEN..PAPEPON AKU OKEY JEWE NGAN BOHSIA OR MAT REMPIT..

    Like

  3. reha berkata:

    akue pun stju pndpat ko tntg mat rempit nie………..x smue jahat….ade y skdar nak lpas tension jek…….

    Like

  4. zz berkata:

    lol

    Like

  5. mazlan berkata:

    mat rempit bodo

    ****KAM : Yuppp…****

    Like

  6. zass berkata:

    kekeke..

    Like

  7. minah berkata:

    haish.. aku setuju..

    Like

  8. Eid berkata:

    Mat rempit sudah seakan2 menjadi budaya remaja melayu.. jika kita tidak mengatasinya
    kesannya kepada generasi akan datang amat la teruk..

    Like

  9. Bikir Perak berkata:

    Lagi satu projek Kerajaan Umngok hari kehari pertambahan yang luas biasa…kejayaannya.

    Bila kita hanya di hidang setiap hari dengan lauk pauk hiburan, keseronokan taraf melampau….Sedangkan ubat penahan antibiotik tak di suntik..

    Inilah natijah hasil kejayaan berganda Kerajaan Barisan Nasional Ngok di 1 Malaysia 1 Isreal.

    Like

  10. khaireen berkata:

    Segala keburukan datangnya dari kejahilan manusia itu sendiri.Penyakit gejala sosial punya yang paling tepat adalah keluarga. Biarpun anak alim ulama sendiri, jika gagal dalam mendidik kesannya amat buruk. Kepada pemberi komen, nyatakan komen yang membina. Disebalik kata-kata kita , yang runtuh adalah bangsa Melayu. Apakah kita yakin jika kerajaan bertukar ganti gejala sosial ini akan tamat? Jika benar mengapa isu mat rempit dan bohsia kini hangat di kelantan?Jika benarlah kerajaan puncanya dan kerajaan baru mampu menyelesaikan isu ini, haruslah kita memilih kerajaan yang baru. Sedangkah syaitan telah bersumpah akan menggoda anak cucu Adam hingga kiamat.Jika tidak, mengapa orang Melayu yang beragama Islam kini terjebak dalam politik kotor yang tiada penghujung.. Sibuk mencari kesalahan orang lain sehinggakan bakti kepada masyarakat hilang.Natijahnya, Allah turunkan pelbagai penyakit..kepada yang merasakan mereka terbaik mengapa tidak cari jalan penyelesaian? ntah..ntah yang berhujah pun makan anak sendiri….? dunia dah akhir zaman…..

    Like

  11. Narisah binti Yusoff berkata:

    aku sebenarnya kadang-kadang tidak menyalahkan 100% pada mat rempit atas perbuatan mereka itu.SEtiap manusia ini apabila hndk mlakukan ssutu akn ada pybbnya.Oleh itu,kita sbbnarya mgkaji sebab yg meybbkn remaja semkin suka mnjd mat rempit bkan hanya mnunding jari pda mat rempit semata2…

    Like

  12. suhanyaa berkata:

    tentang mat rempit???memang sah kes mat rempit semakin hari semakin teruk…harap semua pihak mengambil tindakan terhadap isu ini..!!!

    Like

  13. azizirahmat berkata:

    Gua sebabai bekas mat rempit berasa setuju dengan penulis ,baik dan buruk itu datangnya dari rumah cara kami mendapat didikan menentukan akhlak kami. Lagi satu kami juga tidak sepatutnya dimarah seperti budak kecil, jika kami dilayan begitu kami berasa tidak puas hati mula memberontak. pihak berkuasa juga tidak berhak untuk memaki hamun kami,sebaiknya mereka harus menjalankan tugas mereka dengan berhemah bukan bertindak kasr dengan orang awam.

    Like

  14. alia syakirah berkata:

    lebih mengecewakan budak2 yang merempit nih di kalang orang melayu sendiri.
    saya sangat malu apa bila mendengar orang berkata “mana hilangnya budaya sopan santun kite”.

    ****KAM : Em hilang bersama pengaruh penjajah alaf baru (minda) anak muda agar mereka terus tenggelam dan karam bersama kapal-kapal kebaratan yang tidak mempunyai matlamat hidup…****

    Like

  15. Mat dan minah rempit harus bertaubat kerana kerajaa Syurga sudah dekat. Harus anda fikir bahawa kehidupan kita di dunia hanyalah sementara. semua yang kita tanggung hanyalah sementara. Tetapi, kehidupan di Syugawi dan Neraka adalah KEKAL………… fikir-fikir dan renung-renungkanlah

    Like

  16. asian muslim berkata:

    terima kasih kerana menyumbang sedikit maklumat kepada saya untuk ujian lisan esok…huhu..
    sbnyk sdikit sbelum saya out sya ingin meningalkan sedikit comment disini..
    bagi pandangan saya,harus berubah jikalau terjebak dgn perkara ini,kerajaan sudah bnyk memmodalkan belanja untuk membenteras gejala ini,tmbahn pula dng ekonomi kita yg sudah goyah..
    bak pepatah untuk mat rempit”bertaubat la kamu,kerana rumah kata pergi kubur kata mari”
    saya harap mintaf maaf kpda sesiapa jika saya telah melakukan ksilapan.

    (asian muslim)

    Like

  17. FABREGAS berkata:

    MAT REMPIT,INDIVIDU TAK BERTAMADUN.kURANG DIDIKAN AGAMA DAN PERASAAN BAGUS,!!!!! BUAT ALA-ALA SUPERMAN KONON,LAST-LAST MATI KATAK. ADA YANG ANTI POLIS,DAH MAMPUS,POLIS JUGAK YANG TOLONG!!! APE CHER?????? LEN KALI NAK TUNJUK HEBAT,PEGI MEREMPIT KAT TEMPAT LAIN!!!! KAT TEPI KUBUR KE,BIA INGAT MATI!!!

    Like

  18. rock punkssss berkata:

    MAT REMPIT NIE MEMANG TERLEBIH GILERR SAMPAI SANGGUP MERAGUT AND ‘JADI MALAYKAT
    CABUT NYAWA ORG X SLAH

    Like

  19. er berkata:

    mlau kki mat rmpit taih babi…bgus p jhnm…

    Like

  20. lala berkata:

    semua mat rempit poyo ja la

    Like

  21. aliaz berkata:

    astarfirullah….apa nak jadi dengan melayu sekarang

    Like

  22. yuki berkata:

    gud ideas.!

    Like

  23. yuki berkata:

    comel arh owg utan yng naik motor uh..tpi naper x pkai topi keledar…haha..kantoi suda..

    Like

  24. faiez berkata:

    gile

    Like

  25. dawiyah berkata:

    aduhhhhhh,……..knp mat rempit ni menjd2………….Islam or agama len mzti sgt x menyukai org2 cam meke n melarang sekeras2 yg mungkin p’buatan yg x baik ni……..bukan setakat agama malu,but negara juga dipandang serong olh negara len………..mahu kh kte,negara len pandang serong kt negara kte?????pasti semua x mahu…….sye b’harap masyarakat kte membuka minda n b’pandangan jauh………………..fikir2 apa yg bakal terjd kalo kte buat jahat………kte diberikn otak utk berfikir…..gunalh sebaik2nya……mau b’lumba,,,negara kte tlh memberikn banyak kemudahan…….b’lumbalh di litar lumba………….so x membahayakn org lenn…………………

    Like

  26. comel berkata:

    hahahhaaa…..Klaw NAK LEPASKAN TENSION DGN MEREMPIT,BAIK TAK PAYAH LARH WEYH,,T JATUH,TAMBAH TENSION IBU DAN AYAH KORANGGG..HAHHAHAHA

    Like

  27. arezim berkata:

    jgn jadi cm aq mat rempit ….. skung aq ptah tangan…huhuhu….dh x guna nk menyesal skarang….isk…isk…

    Like

  28. Tanpa Nama berkata:

    MENGAROT R REMPIT2 NI!!!!!!

    Like

  29. Tanpa Nama berkata:

    K ASSALAMUALAIKUM

    Like

  30. amy berkata:

    salam…2 la..gejala mat rempit semakin hari,semakin membimbngkan…kdng2 usaha kite xdi endahkn dan kita pula yg dimaki smula…ape nk jd la…:(

    Like

  31. Tanpa Nama berkata:

    harus memberi hukuman yang berat kepada mat rempit

    Like

  32. ebiqer berkata:

    ramai bercakap menggunakan mulut, tetapi tidak ramai bercakap menggunakan mulut dan otak.

    Like

  33. Tanpa Nama berkata:

    sye pun sbgai remaja tkut gak trpgrh tpi sye tetap akn kuatkn jati diri agar tidak mudah tumbang pada nafsu…..HIDUP MELAYU…MERDEKA DRPD REMPIT….HIDUP ISLAM…ILUVISLAM .dokn sye mnjd anak bgsa melayu yg berguna..INSYAALLAH..lupelak nak gi komen …gudx2 thank ..u…

    Like

  34. sally berkata:

    betul2…bleh x sy ambil mklumat untuk krja skolah sy..?hehe

    Like

  35. tanpa nama berkata:

    memang betul banyak gejala rempit sering berlaku, tapi kadang 2 cara ibubapa mendidik pun kadang salah macam mane nak bendung . susah kalau tak ade yang ade betul menjaga anak kan .kalau kena saman katenye polis yg salah sedang anak nyer yg salahkan. nak tahu kat banting pun ade mat rempit lagi lagi kawasan jalan yg tak ade keta ,kalau kul 12 tengah malam mula lah rempit nyer

    Like

  36. BENCI REMPIT berkata:

    mat rempit ni mcm bunuh diri laa…terselit bwh tayar kreta pastu bru kene himpit dgn tanah ..
    dkt akhirat,ko tanggung laa .. hidup kt dunia ingat org takot dgn ko…kat akhirat ko tgk sndri.ko hebat ke x… 😛

    Like

  37. eyda muar berkata:

    rempit ni dh x de krja lain ker…..pstu klo dh accident bru nk tobat …….klo dibri pluang kdua….

    Like

  38. Tanpa Nama berkata:

    mana bley hidup tanpa dengar bunyi moto&awe cantik………..nikmat dunia tuuuuuu.

    Like

  39. Naim berkata:

    Amat berguna bagi semua umat manusia

    Like

  40. BlUeS bArU berkata:

    aKu K.R.M
    K-> KOMUNITI
    R-> REMPIT
    M-> MALAYSIA

    Like

  41. BlUeS bArU berkata:

    😛

    Like

  42. BlUeS bArU berkata:

    -.-

    Like

  43. Tanpa Nama berkata:

    🙂

    Like

  44. noah ringer berkata:

    so just forget about this activity… this is one of the ways to the hell…

    Like

  45. amrie kmb berkata:

    ambil iktibar

    Like

  46. Tanpa Nama berkata:

    a

    Like

  47. siti mahirah berkata:

    Bagi saya,isu ini perlu sdh lma dperktakan,tapi x smua mat rempit jahat ada yg wat kje amal dan kerja keras.jgnla,kita mghukum mrka kita hnya mnsia biasa yg x smpurna apa yg kita lakukan adalah brdoa spya kmbli ke pgkal jalan.walaupun saya bnci golongn ini, tapi sya adkla wat kslpn.

    Like

  48. kotak pensel berkata:

    sgt bgus..ok..siap kje sek !

    Like

  49. Tanpa Nama berkata:

    very agree

    Like

  50. Tanpa Nama berkata:

    Oooo

    Like

  51. Tanpa Nama berkata:

    no comment

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada khaireen Batal balasan