Bukan Semuanya Gelap

ALANGKAH gelapnya alam ini. Sejak aku lahir, aku sentiasa mengimpikan cahaya. Namun, pemandangan aku tetap gelap. Walaupun demikian, aku tidak sesekali menyalahkan takdir. Aku terima suratan ini dengan putih hati.

“Hai orang buta, ke tepilah!!!”

Ahhh…Manusia, cubalah memahami orang-orang seperti aku! Bukankah aku tidak nampak!!

“Ke tepi Pak Cik.” Tiba-tiba tanganku ditarik orang. Aku mengikut sahaja. “Pak Cik hendak ke mana ?”

“Ke Selayang, Pak Cik tak tahu nak naik bas yang mana satu.”

“Bas Rapid nombor 11, Pak Cik. Biar saya tahankan.”

Walaupun ada kalangan manusia tidak berperikemanusiaan, tetapi masih ada yang berbudi bahasa. Aku tidak akan naik darah atau pun mengeluarkan bahasa kesat.

“Terima kasih,” ujarku sebelum masuk ke perut bas. Di dalam bas, ada seseorang membawaku ke tempat duduk. Bas bergerak. Pemandanganku tetap gelap. Tidak lama kemudian, aku tiba ditempat yang dituju. Tempat ini ialah tempat tinggal anakku dan inilah pertama kali aku ke sini.

Aku berdiri tercegak, mengharapkan ada orang yang membantuku.

“Abah!!!” Tiba-tiba aku terdengar pangilan dan aku dipeluk. Langkahku betul-betul langkah kanan.

“Bagaimana abah boleh sampai ke sini ?” Tanya anakku.

Aku tidak segera menjawab. Aku hanya tersenyum, bukan semuanya gelap……

Menurut pandangan pembaca sekalian, apakan pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah teladan di atas…Jomm kongsi bersama…

Tanjong Manis, 06 Mei 2009
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 6 Mei 2009, in Kisah Teladan. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: