Adab Ketika Menuntut Ilmu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

menuntut-ilmu1

PERTAMA kalam ini memohon maaf di atas kelewatan penerbitan artikel ini kerana masa tidak mengizinkan. Tetapi hari ini artikel ini selamat diterbitkan.

Sebenarnya artikel ini adalah permintaan seorang teman untuk ana menulis tentang adab ketika belajar ini. Mudah-mudahan dengan penerbitan artikel ini ianya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca terutamanaya kepada para pelajar.

Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan di akhirat. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Alaq ayat 1-4 yang bermaksud :

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam”.

Ayat di atas adalah ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Quran memerintahkan supaya membaca. Membaca di sini adalah bermaksud menuntut ilmu. Justeru itu, bagaimana pula dengan adab-adab ketika kita belajar ? Di sini terdapat beberapa perkara berkaitan adab ketika belajar, kebaikan dan keburukan mengabaikannya. Antaranya ialah :

Adab-adab Ketika Belajar

  • Membaca Doa Penerang Hati
  • Duduk dengan sopan
  • Mendengar penerangan guru dengan teliti
  • Berlumba-lumba untuk belajar
  • Sabar ketika belajar
  • Sentiasa mengulangkaji pelajaran
  • Menghormati guru anda
  • Mendisiplinkan diri

Kebaikan Menuruti Adab-adab Ketika Belajar

  • Mendapat keberkatan daripada Allah SWT
  • Anda akan disenangi guru dan rakan
  • Mudah memahami dan menerima ilmu yang diajar

Akibat Mengabaikan Adab Ketika Belajar

  • Tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT
  • Dibenci oleh guru dan rakan anda
  • Sukar memahami dan menerima ilmu yang diajar.

Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan ilmu di dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaallah kita akan menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Tanjong Manis, 05 Mei 2009
https://ibnismail.wordpress.com

Advertisements

4 Responses to Adab Ketika Menuntut Ilmu

  1. Muaz berkata:

    Salam…
    thanx for this article…Semoga mendapat barakah daripadaNYa.harapan yang tinggi untuk anak-anak didik supaya mendapat ilmu yg berkat.

    Like

  2. Mr. Nizam berkata:

    Tahniah atas ilmu yang dikongsikan….
    Saya akan panjangkannya….

    Like

  3. Rafiz Mohd Salleh berkata:

    Alhamdulillah..dapat juga saya dpt maklumat…mulai selasa (12 Januari 2010) semua guru di SMK Seri Intan, Kluang, Johor akan memberi tazkirah selama 10 – 15 min kpd para pelajar Islam sebelum memulakan P&P..Semoga dengan usaha ini dapat membantu para pelajar berjaya di Dunia mahupun di Akhirat…Insyaallah, Amin!

    Like

  4. Tanpa Nama berkata:

    salam.mohon izin untuk share bahan yg ada dlm ni

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: