Ancaman Selsema Babi dan Peringatan Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

SALAM silatulrahim buat semua pembaca Kalam Abu Musaddad, “SELAMAT BERCUTI SEMPENA HARI PEKERJA” hari ini kepada semua sahabat-sahabat yang singgah dilaman ini. Hari ini dunia sekali lagi dikejutkan dengan ancaman wabak penyakit yang berbahaya iaitu wabak selsema babi. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan pelbagai ancaman wabak penyakit seperti wabak selsema burung, denggi, JE, HIV dan chikungunnya.

Wabak Selsema Babi adalah kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi. Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988. Sehingga kini seramai 159 orang disahkan meninggal dunia dan dianggarkan lebih 1,300 orang sebagai pengidap. Manakala negara-negara yang kini terlibat dengan wabak selsema babi ini ialah Mexico, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia.

Wabak ini dikatakan ia mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Antara kesan yang dapat dikenal pasti apabila seseorang itu terkena wabak ini ialah :

  • Apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius
  • Sakit badan
  • Batuk
  • Berhingus
  • Bersin
  • Sesak nafas
  • Hilang selera makan
  • Muntah, dan cirit birit

Kini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran kepada semua negara agar mengambil langkah tegas mengawal penularan wabak ini. Jika kita perhalusi ancaman ini, adakah ini sebagai peringatan daripada Allah SWT ? Di dalam al-Quran banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah SWT dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat. Di antara kesengsaraan di dunia ialah seperti bencana alam, peperangan, kemalangan, dan serangan wabak penyakit. Fikir sejenak…

Selain itu juga, di dalam al-Quran juga ada memperingati tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia. Justeru itu, timbul di sini persoalan yang perlu difikir bersama iaitu apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?. Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?. Menurut pengkaji, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al- maidah : ayat 3 :

Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”

Berdasarkan ayat tersebut, jelas bahawa Allah SWT mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah azza wa jalla dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit.

Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya. Kalam ini mengharapkan adanya usaha yang terancang pihak kerajaan dalam menguatkuasakan pengharaman ke atas perkara-perkara yang jelas ditegah oleh Allah SWT.

Tanjong Manis, 01 Mei 2009
https://ibnismail.wordpress.com

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 1 Mei 2009, in Bicara Agama, Tazkirah. Bookmark the permalink. 13 Komen.

  1. Salam ziarah. Mungkin ini dapat membantu kita diwaktu gawat sekarang.

    Rancangan “Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net” kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA…

  2. apa tidak ada perancangan untuk membunuh semua babi di malaysia ni?pengemar daging babi di tukar dengan daging lembu kerbau dan ayam..itulah peringatan dari Allah…..harap2 selepas ini negara malaysia ni bebas dari binatang haram yang bernama babi ni. Yalah kita tahu itupun makhluk ciptaan Allah jugak..tetapi kalau terlalu banyak sangat ..banyak buruknya…..
    dulu sudah ada virus nipah, je dan berkaitan dengan babi…
    kepada yg bukan muslim tukarlah menu anda dari daging babi ke daging yang lebih selamat..pk2lah….

  3. Salam…

    Saya setuju dgn pndapat Nuriman..babi x sptutnya ditempatkan di Malaysia cos majoriti rkyat mlsia adalah Islam..saya sarankan agar kita sama2 mnjaga ksihatan dan kbrsihan diri serta kwsan persekitaran untuk mncegah dripda ancaman selsema babi…

  4. saya menyokong penuh pendapat anda ini adalah amaran Allah terhadap umat manusia supaya mennghayati laranganya menjauhi amala maksiat serta berada dalam keadaan bersih dari zahir dan batin serta rohani dan jasmani………..mesti ada sebab diharamkan benda yang haram….

    terima kasih atas info yang di berikan. segala yang baik akan di balas baik..

    assalamualaikum dan salam sejahtera. jumpa lai

    wassalam

  5. BAEK BNUH BLAKOW BABI2 DI MALAYSIA…MENCEMARKAN ALAM SEMULA JADI JAH..AKU SOKONG 100% NURIMAN GHOYAK,….

  6. Salam…
    kepada Nuriman, dan semua yang minta dibunuh babi kerana isu ini… mungkin tak perlu di cadang untuk bunuh babi semua tuh.. yer pun makhluk Allah. Yer tak mintak lahir di dunia dan menjadi penyebab banyak2 virus penyakit berkaitan dengannyer. Kenapa tidak menyingkap disebalik hikmah pengharaman itu?? Kenapa tidak kita sebagai manusia yang muslim, yang begitu berbangga kerana tidak makan babi memandang ini sebagai satu wadah baru utk menunjukkan kemurniaan Islam.. kalau babi itu perlu dibunuh, monyet adalah makhluk pertama yang perlu dibunuh.. kerana yer penyebab AIDS yang masih lagi tiada penawarnya..
    Tak tahula nk cakap ape lg… Nafsu yang salah, makhluk Allah menjadi mangsa…
    Hinakah babi itu???
    ‘Memegang babi lebih baik dari pegang yang bukan mahram’ (tapi, taklah suh suke2 jer pi pegang babi)..anologi mcm tuhlaaa
    kerana Allah menyediakan cara untuk bersuci jika terkena babi…

    Ntahlaa…sedih rasa hati ini, ingatlah….babi makhluk Allah. Kebencian kita padanya, seolah-olah kita membenci ciptaan Allah. Keinginan kita untuk menghapuskan dia dari muka bumi ini ibarat melawan sunnahtullah. Kalau nk hapus dari bumi Malaysia, nk campak babi tuh ke mana??? negara lain tuh tak da muslim ka???? apa? ingat Malaysia ni negara yang suci sangat ka??? babi tuh pun menumpang di bumi Allah. Kita nie menumpang jer kat Malaysia nie.. bila2 masa Allah boleh hilangkan Malaysia dari peta dunia.. nk wat banjir?nak terbalik? Na’uzibillah..
    Maaf na, emosi sikit. yerlaa semua duk pk cam tuh…

  7. Salam…
    kepada Nuriman, dan semua yang minta dibunuh babi kerana isu ini… mungkin tak perlu di cadang untuk bunuh babi semua tuh.. yer pun makhluk Allah. Yer tak mintak lahir di dunia dan menjadi penyebab banyak2 virus penyakit berkaitan dengannyer. Kenapa tidak menyingkap disebalik hikmah pengharaman itu?? Kenapa tidak kita sebagai manusia yang muslim, yang begitu berbangga kerana tidak makan babi memandang ini sebagai satu wadah baru utk menunjukkan kemurniaan Islam.. kalau babi itu perlu dibunuh, monyet adalah makhluk pertama yang perlu dibunuh.. kerana yer penyebab AIDS yang masih lagi tiada penawarnya..
    Tak tahula nk cakap ape lg… Nafsu yang salah, makhluk Allah menjadi mangsa…
    Hinakah babi itu???
    ‘Memegang babi lebih baik dari pegang yang bukan mahram’ (tapi, taklah suh suke2 jer pi pegang babi)..anologi mcm tuhlaaa
    kerana Allah menyediakan cara untuk bersuci jika terkena babi…

    Ntahlaa…sedih rasa hati ini, ingatlah….babi makhluk Allah. Kebencian kita padanya, seolah-olah kita membenci ciptaan Allah. Keinginan kita untuk menghapuskan dia dari muka bumi ini ibarat melawan sunnahtullah. Kalau nk hapus dari bumi Malaysia, nk campak babi tuh ke mana??? negara lain tuh tak da muslim ka???? apa? ingat Malaysia ni negara yang suci sangat ka??? babi tuh pun menumpang di bumi Allah. Kita nie menumpang jer kat Malaysia nie.. bila2 masa Allah boleh hilangkan Malaysia dari peta dunia.. nk wat banjir?nak terbalik? Na’uzibillah..
    Maaf na, emosi sikit. yerlaa semua duk pk cam tuh…

  8. Apa laaaa..kal0 babi jadi isu, knapa xttup smua psat hburan..sana pn ada bnda haram..

  9. salam…. hhhmm saya dpt tahu dr cerita org2 lama..ttg asal usul babi adalah pada zaman nabi Nuh a.s,sewaktu diatas bahtera kesemua najis manusia dan haiwan bergelimpangan dan siapa pun tidak tahu jalan penyelesaian maka Nabi Nuh a.s berdoa kepada Allah swt supaya menurunkan apa2 dari langit untuk membersihkan najis2 tersebut..doa Nabi Nuh a.s dimakbulkan Allah maka turunlah babi untuk memakan kesemua najis tersebut..hhmm bayangkanlah bagaimana kotornya binatang yg bernama babi itu..klu saya tersilap minta maaf ini setakat cerita org2 lama yg mnyampaikan kepada saya..lagi satu betul ke kesemua makanan kita bersih dari bahan babi?
    Kalau betul2 perihatin…jagalah anak cucu kita dari makanan syubahah amin..telah lama umat islam ditipu bangunlah dari mimpi yg indah..maklumat lanjut dapatkan buku Halal Haram keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAPP) dan juga laman web PPIM satu2nya persatuan pengguna yg amat perihatin ttg makanan utk org islam..maaf sekali lg andai kurang disenangi.wassalam

    ****KAM : Wsalam…Terima kasih berkunjung ke blog ana..info yang menarik, dapat sama2 kongsi ilmu….Ya…kita hendaklah menjauhi perkara2 yang syubhah dan kotor terutama pada makanan kerana ia menjadi darah daging kita…mudah2an kita semua dilindungi Allah WT….****

  10. MEmang setuju dengan komen sedara, dah Allah haramkan haramla usahla nak bela dalam ladang tercanggih ker, apa ke, ni Allah bagi peringatan kepada semua manusia kan ALLAH yang jadikan babi tu jadi ia adalah ujian kepada manusia ….moraL of the happening is don’t rare pigs, swine,
    do’nt eat pigs (sekarang nih pelbagai bangsa dah pekena masakan guna banda haram tue) ……
    don’t add benda2 dari babi di dalam makanan, minuman, dan barang kegunaan harian… baca le buku HALAL HARAM keluaran Persatuan pengguna Pulau pinang….
    ALLAH haramkan apa2 benda yang haram tu sebab benda tu tak elok untuk manusia..arak judi, babi, zina semua nye merosakkan keturunan manusia so nak bela manusia ke nak bela babi???

  11. Mana peranan pemimpin2 Islam di Malaysia yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam tapi menjadi pusat penternakan babi untuk dibekalkan kepada negara jiran terutama Singapura yang pemimpinnya bukan Islam tapi pandai,bijak tidak mengadakan sebarang pusat penternakan di negaranya sendiri walaupun Lee Kwan Yew pun stiap hari makan b….. bersama penduduk majoritinya Cina.

  12. setuju 1000% dgn SITI Hajjar Hassan. babi tu ciptaan Tuhan, sama seperti kita ciptaan Tuhan juga. Walaupun babi tu dianggap Haram tapi ia x berdosa, manusia yg diberi akal fikiranlah yg lebih berdosa dan menjalani kehidupan haram walaupun tidak makan babi. Jadi jangan salahkan babi atas alasan Halal dan HARAM !

  13. setiap bala yang Allah turunkan sumernyer untuk peringatan kepada umat islam yang ingkar kepader-Nya,jadi babi atou sumer binatang kat dunier nie tok saloh cumer Allah tok datangkan setiap peringatan-Nya diatas kesalahan kiter melalui manusia.ader peingatan Allah datangkan melalui bencaner alang,ader melalui manusier sniri…aaa bab nie kener faham memolek.tidok…. mender guner ader binatang kat dunier nie.sumer ciptaan Allah ader gunernyer walaupon babi.Dia datangkan melalui babi antare hikmohnyer orang kapir banyok peluk Islam dalam maser samer peringatan untuk umat Islam yang banyok melakukan doser…jager2 tanper peringatan bebentok baler seperti nie tandernyer Allah dah tak ingat kiter.Allah beri peringatan tander sayang pader kiter takut kiter terjerumus dalam neraker ciptaan-Nya.. sniri.Tengok betaper sayang nyer Allah pader kiter.dah abih terok dah doser bemaharajerleler kat ataeih muker bumi nie tapi masih Dia beri peringatan dan tangguhkan kiamat…………………………………………………………..sayangnyer Allah pader kiter….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: