Monthly Archives: Mei 2009

Awasi Anak-anak Musim Cuti Sekolah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

WAHHHHH….Tanpa disedari musim cuti sekolah kembali lagi. Yang pastinya anak-anaklah insan yang paling happy bila cuti sekolah bermula. Almaklumlah mereka tak susah-susah mengalas beg pergi sekolah setiap pagi lagi. Tambahan pula ujian penggal pertama baru sahaja berakhir. Ini menambahkan mereka begitu teruja untuk menikmati dan menghayati musim cuti ini.

Bagi insan guru pula, ada yang sudah pulang ke kampung halaman untuk berjumpa kedua ibu bapa dan sanak saudara setelah sekian lama tidak berjumpa mata demi tugas dan tanggungjawab. Malah ada juga yang terpaksa menghadiri kursus dalam musim cuti sekolah ini. Apa pun aktiviti yang dilakukan biarlah berfaedah dan berkualiti. Jangan membazir masa dan peluang yang diberikan oleh Yang Maha Berkuasa kepada kita.

Manakala para ibu bapa pula dinasihatkan supaya awasi dan prihatin terhadap keselamatan anak-anak. Kemalangan sering terjadi dan meningkat pada musim cuti sekolah ini yang melibatkan kanak-kanak kerana segala aktiviti yang dilakukan secara tidak terancang dan di luar kawalan.

Read the rest of this entry

Sifat Sabar Menurut Cendekiawan Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

sabar

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah. Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.

Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja’ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut ‘dabtun nafs’ dan lawannya ‘al-batr’.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Read the rest of this entry

Sampai Bilakah ??

Dalam kesepian malam,

Aku berfikir dan merenung panjang,

Tentang kehidupan remaja zaman kini

Sampai bilakah remaja-remaja ini bergelumbang,

Pada irama kehidupan yang menyesatkan.

Sampai bilakah remaja ini terus hanyut,

Dalam kehidupan acuan kebarat-baratan

Sedangkan orang kita,

Hidup penuh dengan adab dan susilanya.

Read the rest of this entry

Ciri-ciri Guru Yang Disanjungi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

APAKAH CIRI-CIRI GURU YANG DISANJUNGI ?

insan guru1

Tanjong Manis, 24 Mei 2009 / 29 Jumad Awal 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

Manfaat Masa : Bersih Kawasan Rumah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

perumahanPerumahan PUSAKA Tanjong Manis

SEMALAM sambil minum petang dan berbual-bual kat warung pak wardut, “apa kata esok kita pergi memancing…” saran seorang kawan yang minum bersama ketika itu. “Dah lama kita tak pergi memancing ni….eloklah esok cuti…” Sambung beliau.

“Emm…Ana tak boleh pergila…Isteri kat rumah kurang sihat..” Jawab ana. Menolak pelawaannya.

Memandangkan isteri ana sekarang ini sudah masuk bulan ke 6 pregnant, tak sedap hati nak tinggal dia kat umah sorang-sorang, tambahan pula dia sering mengadu sakit-sakit dan lengguh-lengguh badan.

Minggu lepas dah pergi klinik tanya doktor apa masalahnya, risau jugak melihat keadaannya sekarang ini. Doktor cakap tak ada apa-apa masalah.

“Biasalah kandungan semakin membesar sebab tu ada rasa lengguh-lengguh… Ustaz jangan risaulah, isteri ustaz ok-ok jer…” Kata doktor Zul.

“Alhamdulillah..Syukurlah kalau tidak ada apa-apa masalah, terima kasih…” Ucap ana kepada doktor Zul.

Walaupun hari ini tak jadi pergi memancing, ana mengambil keputusan agar masa rileks hujung minggu ni tak menjadi sia-sia, elok juga kalau membersih kawasan sekitar rumah. Ada juga manfaatnya, memandangkan sebulan lebih tak mencuci longkang kat tepi rumah ni. Air dah mula bertakung. Takut nanti menjadi sarang penghuning yang tidak diundang pulak. Risau jugak takut menjadi istana “Pok Mut Aedes”(nyamuk aedes).

Read the rest of this entry

Assalamualaikum Cikgu!!

“ASSALAMUALAIKUM CIKGU!” Itulah di antara kata-kata hikmat yang diucapkan kepada guru setiap hari. Kata-kata tersebut dilafazkan sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan erti kata yang lain, sebagai seorang murid perlu sentiasa menghormati guru tidak kira di mana sahaja berada.

Menghormati guru sama seperti kita menghormati kedua ibu bapa kita. Guru berada bersama murid selama hampir enam jam sehari. Jumlah ini tidak termasuk waktu menjalankan aktiviti ko-kurikulum.

Guru bukan sahaja menjalankan tugas untuk mengajar tetapi mempunyai berbagai tanggungjawab yang lain. Antaranya ialah :

Read the rest of this entry

Keistimewaan dan Khasiat Budu Kelantan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

buduBUDU merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur khsusnya masyarakat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih ummmp lagi campur dengan tempoyak durian. Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan…

Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu. Di Sarawak sekarang ni pun dah ada budu.

Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.

Read the rest of this entry

Hari Guru 2009 : Penghargaan dan Insentif Kepada Pendidik

TAMBAHAN 2,141 KUOTA JAWATAN GURU DAN PENGETUA CEMERLANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

hari guruFoto dipetik : Berita Harian

tamadun_islam

SEMPENA Perasmian Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-38 pada tahun ini (2009) bertema “Guru Pembina Negara Bangsa” yang diadakan di Taman Tamadun Islam (Islamic Civilization Park), Pulau Wan Man, Terengganu kelmarin (Sabtu 16 Mei 2009), terdapat beberapa perkara yang telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan juga merangkap Menteri Pelajaran ialah :

Read the rest of this entry

Selamat Hari Guru 2009: “Guru Pembina Negara Bangsa”

GURU…JASAMU SENTIASA DIKENANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

2009_KPM_49_4732_6104

TARIKH 16 MEI adalah dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Setiap tahun, sambutan Hari Guru diadakan bagi meraikan dan menghargai warga pendidik yang bertungkus-lumus menabur jasa dan bakti demi memastikan anak bangsa berjaya.

Bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa”, Hari Guru ke-38 tahun ini disambut dengan kemuncaknya di peringkat kebangsaan yang bakal diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Read the rest of this entry

Hebatnya Insan Yang Bergelar Ibu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

selamat_hari_ibu

SETIAP 10 MEI, merupakan hari istimewa buat wanita yang bergelar ibu. Hari ini seluruh dunia menyambut dan meraikan hari ibu bagi memberi penghargaan kepada wanita yang bergelar ibu.

Apa pun panggilan terhadap wanita ini, ummi, mama, dan emak yang dipanggil oleh anak-anak, namun peranan dan tanggungjawab yang dipikul adalah sama. Proses mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak ditunaikan sebaik mungkin. Semuanya dilakukan bagi memastikan anak-anak menjadi individu berguna pada keluarga, negara, bangsa dan agama.

Dengan ini ucapan “SELAMAT HARI IBU” buat ibu tersayang HANISAH BT MOHD NOR dan isteri tercinta ZAKIAH BT ABDUL RAHIM yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Sabda Rasulullah SAW : “Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu”. Manakala sahabat juga pernah bertanya kepada Rasulullah SAW : Siapakah yang perlu ditaati ? Maka Nabi menjawab “IBu” sebanyak 3 kali ulangan dan barulah nama “Ayah”. Masyaallah. Istimewa dan hebatnya insan yang bergelar ibu.

Read the rest of this entry

Apa Rahsia Disebalik Senyuman dan Ketawa Anda

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

senyum1

DI SETIAP pagi, matahari mula menampakkan dirinya dan ia tidak lupa untuk melakar senyuman manis dengan sinar cahayanya yang dapat memberi rahmat dan manfaat kepada seluruh alam ini. Begitu juga dengan manusia, Allah SWT menganugerahkan senyuman, maka lakarkanlah senyuman selalu sebagai tanda bersyukur di atas anugerah itu. Hidup ini menjadi lebih indah dan berseri sekiranya kita tidak kedekut dan sentiasa melakar senyuman terutamanya kepada orang-orang tersayang dan dekat dengan kita iaitu ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, jiran tetangga dan kawan-kawan.Bayangkan hidup ini tanpa senyuman atau ketawa, adakah kehidupan ini menjadi indah ?

Islam juga mengalakkan kita senyum. Sabda Rasulullah SAW : “Senyum itu adalah sedekah”. Hadis ini memberi motivasi kepada kita bahawasanya senyuman itu umpama kita bersedekah. Paling mudah dan senang untuk dilakukan. Tetapi tidak semua mengetahui apakah rahsia disebalik senyuman itu terutama dari segi kesihatan. Betul tak ?

Ya…Bila ditanya apakah kelebihan dan istimewanya senyuman anda itu ? Em ada yang menjawab, “ia boleh merapatkan dan mengeratkan hubungan silatulrahim sesama insan, menghilangkan steress dan sebagainya”. Jawapan yang diberi itu memang betul, tetapi tahukah anda senyuman juga boleh menjadi penawar terbaik pada kesihatan terutama kepada jantung kita.

Read the rest of this entry

Virus “Mat Rempit”: Punca dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

NSTHARI ini isu “Mat Rempit” kembali hangat diperkatakan sama ada melalui media massa atau media cetak. Isu ini kembali hangat sehangat isu wabak selsema babi yang kini mengemparkan seluruh dunia. Begitu juga dengan wabak “Mat Rempit” ini, mengganas sekaligus membimbangkan semua pihak.

Mat Rempit bukan setakat merempit, malah mereka juga turut terlibat dengan kegiatan-kegiatan jenayah lain seperti samseng jalan raya, kaki pukul, kaki mabuk, kaki rogol malah sanggup membunuh. Ini realiti yang berlaku di negara kita hari ini. Di mana beberapa hari yang lepas, akhbar metro harian telah menyiarkan seorang pemuda maut akibat dipukul sekumpulan “Mat Rempit”. Untuk baca sila KLIK di sini.

Sekarang gejala wabak “Mat Rempit” telah berada pada ranking pertama dalam liga jenayah remaja negara ini. Jika suatu ketika dahulu gejala “Bohsia dan Bohjan” menjadi isu hangat di media-media massa dan cetak. Tetapi gejala ini agak sepi diperkatakan walaupun gejala ini masih berleluasa.

Read the rest of this entry

Bukan Semuanya Gelap

ALANGKAH gelapnya alam ini. Sejak aku lahir, aku sentiasa mengimpikan cahaya. Namun, pemandangan aku tetap gelap. Walaupun demikian, aku tidak sesekali menyalahkan takdir. Aku terima suratan ini dengan putih hati.

“Hai orang buta, ke tepilah!!!”

Ahhh…Manusia, cubalah memahami orang-orang seperti aku! Bukankah aku tidak nampak!!

“Ke tepi Pak Cik.” Tiba-tiba tanganku ditarik orang. Aku mengikut sahaja. “Pak Cik hendak ke mana ?”

“Ke Selayang, Pak Cik tak tahu nak naik bas yang mana satu.”

“Bas Rapid nombor 11, Pak Cik. Biar saya tahankan.”

Walaupun ada kalangan manusia tidak berperikemanusiaan, tetapi masih ada yang berbudi bahasa. Aku tidak akan naik darah atau pun mengeluarkan bahasa kesat.

Read the rest of this entry

Adab Ketika Menuntut Ilmu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

menuntut-ilmu1

PERTAMA kalam ini memohon maaf di atas kelewatan penerbitan artikel ini kerana masa tidak mengizinkan. Tetapi hari ini artikel ini selamat diterbitkan.

Sebenarnya artikel ini adalah permintaan seorang teman untuk ana menulis tentang adab ketika belajar ini. Mudah-mudahan dengan penerbitan artikel ini ianya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca terutamanaya kepada para pelajar.

Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan di akhirat. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Alaq ayat 1-4 yang bermaksud :

Read the rest of this entry

Bersyukur Kunci Kebahagiaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

SUDAHKAH anda bersyukur hari ini ? Sering kali kita terlupa untuk bersyukur atas apa yang telah kita terima dan nikmati dalam hidup ini. Hari ini kita dapat menikmati makanan dan minuman yang enak-enak, mempunyai keluarga bahagia, tempat tinggal yang selamat dan dianugerahkan kesihatan. Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang kurang bernasib baik ? Pasti hidup mereka serba kekurangan jika dibandingkan dengan kita. Betul tak ?

Jika difikirkan, bersyukur barangkali tidak memberikan impak yang jelas. Namun begitu tahukah anda, perbezaannya cukup luar biasa untuk jangka panjang.

Kajian oleh penyelidik dari Universiti George Mason, Virginia, Amerika Syarikat menyatakan bersyukur adalah kunci utama menuju kebahagiaan. Ia adalah ungkapan rasa terima kasih atas apa yang telah kita terima dan satu perkara penting untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

Read the rest of this entry

Ancaman Selsema Babi dan Peringatan Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

SALAM silatulrahim buat semua pembaca Kalam Abu Musaddad, “SELAMAT BERCUTI SEMPENA HARI PEKERJA” hari ini kepada semua sahabat-sahabat yang singgah dilaman ini. Hari ini dunia sekali lagi dikejutkan dengan ancaman wabak penyakit yang berbahaya iaitu wabak selsema babi. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan pelbagai ancaman wabak penyakit seperti wabak selsema burung, denggi, JE, HIV dan chikungunnya.

Wabak Selsema Babi adalah kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi. Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988. Sehingga kini seramai 159 orang disahkan meninggal dunia dan dianggarkan lebih 1,300 orang sebagai pengidap. Manakala negara-negara yang kini terlibat dengan wabak selsema babi ini ialah Mexico, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia.

Wabak ini dikatakan ia mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Antara kesan yang dapat dikenal pasti apabila seseorang itu terkena wabak ini ialah : Read the rest of this entry