TAHNIAH!! Red Giants

PIALA FA MILIK SELANGOR

SELANGOR sekali lagi muncul sebagai juara Piala FA selepas menewaskan Kelantan menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

piala-fa-selangor

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit permainan sebenar. Ini merupakan kali kelima Selangor merangkul kejuaraan Piala FA sejak mula dipertandingkan pada 1990.

Setelah tamat 30 minit masa tambahan, kedua-dua pasukan masih gagal mencari gol penentuan yang akhirnya terpaksa menentukan kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti.

Tuah dan pengalaman nyata milik Selangor apabila dua pemain Kelantan iaitu Indra Putra dan Zairul Fitree Ishak gagal menyempurnakan sepakan penalti manakala semua empat pemain Selangor berjaya menyempurnakannya untuk keputusan 4-1.

Namun pujian juga harus diberikan kepada pemain-pemain “The Red Warriors” kerana telah bermain dengan cemerlang untuk merebut kejuaraan terutama kepada penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail yang jelas mempamerkan kematangan di dalam permainannya walaupun merupakan penjaga pilihan kedua Kelantan pada awal musim. Tetapi tuah tidak menyebelahi mereka.

Secara peribadi, sebagai penyokong Kelantan ana sangat berpuas hati menonton perlawanan pada malam tadi. Kepada “THE RED WARRIORS” cuba lagi pada tahn hadapan. Bagaimana pula menurut pembaca ?

Tanjong Manis, 26 April 2009
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 26 April 2009, in BICARA SUKAN. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: