Final Piala FA : KELANTAN Vs SELANGOR

PASUKAN MANAKAH PILIHAN ANDA ?


Assalamualaikum wbt…

MENARIK untuk diperkatakan pada pagi ini ialah tentang perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil antara pasukan Kelantan dan Selangor pada malam ini. Di mana pasukan Kelantan buat pertama kalinya beraksi dalam perlawanan akhir piala tersebut setelah menunggu selama 39 tahun. Kejayaan memasuki perlawanan akhir ini sudah pastinya memberi 1001 makna bagi pemain-pemain pasukan Kelantan dan juga para peminat pasukan tersebut.

Ana percaya dan yakin bahawa kedua-dua pasukan tersebut telah pun membuat persiapan sama ada dari segi mental dan fizikal untuk beraksi pada malam ini. Pelbagai perancangan dan starategi telah diatur oleh jurulatih dan pengurus pasukan masing-masing untuk meraih kejuaraan pada malam ini.

Apa yang menarik di sini adalah kedua-dua pasukan telah dijanjikan dengan ganjaran yang lumayan oleh kedua-dua pengurusan pasukan tersebut. Bagi pasukan Kelantan, mereka bakal menerima ganjaran berupa lawatan ke Old Trafford dan juga wang tunai RM30,000 untuk pasukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan jika berjaya menjulang Piala FA malam ini. Manakala kerajaan Selangor juga telah menjanjikan insentif kepada Pasukan mereka sekiranya berjaya menjulang piala FA tersebut iaitu sekurang-kurangnya RM15,000 kepada setiap pemain. Amat lumayan sekali bagi kedua-dua pasukan.

Diharap kepada kedua-dua pasukan yang akan beraksi pada malam ini, bermainlah dengan penuh semangat kesukanan. Bukan buruan ganjaran semata-mata. Ganjaran sedemikian adalah sebagai perangsang semangat bagi kedua-dua pasukan agar menampilkan permainan yang terbaik dan berkualiti pada malam ini.

Diingatkan juga kepada penyokong-penyokong kedua-dua pasukan sokonglah pasukan anda secara profesional dan jangan terlalu taksub sehingga tercetusnya ketidakpuas hatian serta berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Kepada yang berdekatan dengan stadium dan sekitar KL turunlah beramai-ramai untuk memberi sokongan padu kepada pasukan anda. Kedatangan anda bertambah gamat lagi Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini. Bagi ana terpaksalah tengok kat TV jer malam ni. Tak sempat nak beli tiket flight. He2…

Sebelum perlawan bermula pada malam ini, bagi ramalan anda pasukan manakah yang bakal menjulang Piala FA pada malam ini, Kelantan atau Selangor ? Dan pasukan manakah pilihan anda?

Kepada penyokong-penyokong klate…Sebelum masuk Stadium tu..Hafal dulu lagu kat atas tu…Kasi gamat lagi Stadium tuh…He he he…

Tanjong Manis, 25 April 2009
https://ibnismail.wordpress.com

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 25 April 2009, in BICARA SUKAN. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. tahniahla,,,red giant…expecially nasriq baharommm…… your first try…do your best……..

  1. Pingback: Final Piala FA : KELANTAN Vs SELANGOR Video

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: