Mengapa Saya Mesti Meniru Gaya Hidup Barat?

DI ZAMAN pembangunan teknologi maklumat yang canggih, dunia telah menjadi global. Melalui arus globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa pensejagatan budaya dalam kehidupan individu.

bersekedudukanSecara tidak langsung arus tersebut berjaya memperkenalkan gaya hidup barat kepada seluruh dunia. Gaya hidup tersebut seperti pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan, berpeleseran di tempat-tempat hiburan pub dan disko, cara berpakaian yang mendedahkan aurat, fesyen rambut, meminum arak, mengedar dadah, menjadi samseng, pembuli dan lain-lain budaya yang boleh meruntuhkan akhlak serta menghakiskan imej budaya timur yang kita warisi sejak zaman berzaman. Bahkan budaya tersebut bertentangan dengan ajaran Islam yang murni.

Bagi sesetengah individu yang lemah imannya, serta cetek pengetahuan dan pendidikan agama, nescaya mudah terpengaruh dengan gaya hidup tersebut. Tanpa mereka berfikir, serta membuat penilaian secara rasional, maka mereka akan meniru gaya hidup tersebut.

Mereka juga menganggap apa yang datang dari barat, yang telah diperkenalkan oleh media massa itu adalah suatu pembaharuan dan suatu pemodenan yang perlu diikuti supaya mereka tidak dianggap ketinggalan.

Di samping itu ada pula tabiat segelintir individu terutamanya pelajar yang ingin menarik perhatian orang ramai. Pernahkah anda bertanya serta berfikir dalam diri sendiri : “MENGAPA SAYA MESTI MENIRU GAYA HIDUP TERSEBUT?? SEDANGKAN SAYA BERAGAMA ISLAM. TIDAKKAH SAYA MALU KEPADA KEPADA ALLAH SWT DAN ORANG RAMAI YANG MELIHAT SAYA DENGAN KEADAAN YANG TIDAK SENONOH ??”

Tahukah anda bahawa sifat malu itu sebahagian daripada iman. Mafhum Hadis Rasulullah SAW :

“Malu itu sebahagian daripada iman.” (Riwayat Al-Bukhari)

Sifat malu menurut hadis di atas adalah malu kepada Allah SWT apabila melakukan maksiat. Jika sekiranya kita tidak memiliki sifat malu di dalam sanubari maka kita akan mudah terpengaruh dengan gaya hidup barat yang boleh meruntuhkan akhlak.

Tanjong Manis, 21 April 2009
https://ibnismail.wordpress.com

2 Responses to Mengapa Saya Mesti Meniru Gaya Hidup Barat?

  1. Jangan meniru-niru kecuali apa yang dilakukan Rasulullah …

    ****KAM : Ya..Betul tu Pak…Tetapi banyak yang haru biru sekarang ni…He2****

    Like

  2. Kalau kita mengikuti suatu kaum tanpa ilmu yang benar pandangan Islam, maka tunggu kehancuranya.

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada Ersis Warmansyah Abbas Batal balasan