Antara Ilmu dan Harta

RENUNGKANLAH kata-kata Saidina Ali bin Abu Talib di bawah ini….

  1. Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun.
  2. Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya.
  3. Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
  4. Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.
  5. Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut.
  6. Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab.
  7. Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang.
  8. Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati.
  9. Orang berilmu mengakui dirinya hamba Allah SWT, sedangkan orang berharta mengakui dirinya pemilik.
Tanjong Manis, 20 April 2009
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 20 April 2009, in Bicara Agama. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Siti Fatimah Ahmad

    Assalaamu’alaikum…

    Apabila kita sudah mengetahui tentang penting dan mulianya seseorang itu dengan ilmu yang dimilikinya….maka, jangan tunggu lagi…ayuhlah mencari ilmu kerana ilmu itu perlu didatangi bukan mendatangi kita. Berkatnya ilmu dicari dengan memuliakan penyebar ilmu tersebut. Meletakkan guru pada kedudukan terhormat menjadikan ilmu kita semakin berkat dan diredhai Allah swt.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: