Menunggu Kelahiran Cahaya Mata

ALHAMDULILLAH puji dan syukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan pada petang ini untuk mencoretkan sesuatu dilaman ini sebagai perkongsian bersama. Memandangkan beberapa hari kalam ini tidak berbicara. Almaklumlah sibuk dengan tugas dan tanggngjawab yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.

Namun begitu, ana cuba meluangkan sedikit masa untuk berkongsi kegembiraan ini bersama pengunjung setia yang budiman kerana tidak lama lagi orang baru akan hadir dalam hidup ana sekeluarga. Tak sabar rasanya menunggu kelahiran ini…

Kami sangat bersyukur kepada-MU Ya Allah kerana akan mengurniakan cahaya mata kepada kami, walaupun masih di dalam kandungan ibunya, tetapi hidup kami sudah merasai kehadirannya… Terima kasih Allah SWT di atas rezeki yang diberikan kepada kami sekeluarga. Tak sabar rasanya untuk melihat cahaya mata anugerah Allah SWT itu…

Ana percaya mana-mana ibu bapa di dunia ini pasti akan merasa gembira dan bersyukur kerana Allah SWT telah menganugerahkan cahaya mata dalam hidup mereka. Begitu juga dengan kami. Tak sabar rasanya untuk melihat si dia yang bakal dilahirkan nanti…

Kini sudah memasuki bulan ke-4 zaujah ana pregnant, manakala menurut doktor, kemungkinan hujung bulan 9 ini zaujah ana akan bersalin. Lebih kurang 5 bulan lebih lagi terpaksa kami tunggu. Aduhhh…Lama sangat rasanya tu…he he he…Apa pun tetap kami bersabar untuk menyambut kehadiran orang baru dalam hidup kami.

Memang benarlah kata orang, menunggu itu adalah suatu penyiksaan. Tetapi bagi kami ini adalah satu ujian daripada Allah SWT untuk menguji dan mendidik hamba-hambanya supaya menjadi insan yang bersabar. Moga-moga baby di dalam kandungan ibunya itu sentiasa sihat walafiat.

Kelahiranmu amat dinantikan…Ayah dan ibumu sentiasa berdoa agar kelahiranmu nanti bisa menjadi penyeri rumahtangga kami. Harapan kami engkau bisa menjadi anak yang soleh/solehah, pencinta kepada ilmu dan menjadi pemimpin yang baik sama ada dalam keluarga ataupun masyarakat pada masa hadapan…Ameen..

Akhir Kalam ucapan penghargaan dan terima kasih buat zaujah (isteri) tercinta kerana dengan izin Allah SWT akan memberi cahaya mata buat diriku…Pengorbananmu, susah payahmu dan segala keperitan yang engkau lalui sepanjang tempoh kehamilan dan menunggu kelahiran ini amat aku kagumi dan hargai. Engkaulah wanita hebat di dunia ini. Kerana kasih sayangmu juga bisa mengoncangkan dunia.

Tanjong Manis, 19 April 2009
https://ibnismail.wordpress.com

Advertisements

3 Responses to Menunggu Kelahiran Cahaya Mata

  1. Siti Fatimah Ahmad berkata:

    TAHNIAH ! Ternyata akan bertambah ramai umat Muhammad untuk menyemarak keagungan Islam dan meninggikan syiarnya. Mudahan keluarga alwi diberkati Allah swt.

    ****KAM : Syukran jazilan….****

    Like

  2. aida berkata:

    alhamdulillah..semoga dengan kelahiran cahayamata itu akan bertambah seri rumahtangga cikgu. AMIN…
    maaf kak aida lama x jengok blog ni… sibuk. anak akak dpt masuk matrikulasi melaka (Londang) kursus sains. 9 Mei daftar… jumpa lagi nanti !

    Like

  3. aida berkata:

    Alhamdulillah… semoga dengan kehadiran orang baru itu akan bertambah seri lagi rumahtangga cikgu… AMIN..
    anak akak dpt kolej matrikulasi melaka.. 9 mei nanti daftar. dpt kursus sains, tp kak long x minat sains, nak tukar akaun pulak…

    ****KAM : Ameen…Tahniah untuk anak akak, semoga sucses sokmo anak beranak k…****

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: