Sekitar Kejohanan Olahraga SK. Tanjong Manis 2009

HARI ini tanggal 05 Mac 2009, SK. Tanjong Manis telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun dsci05332009. Alhamdulillah, walaupun kejohanan ini diadakan secara sederhana tetapi kemeriahan amat terasa dengan kehadiran para ibu bapa dan penduduk sekitar Bandar Baru Tanjong Manis. Kemeriahan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara para ibu bapa dan guru SK. Tanjong Manis.

Kejohanan olahraga ini dimulai dengan acara balapan iaitu 100m lelaki A/B, 80m lelaki C, 100m perempuan A/B dan 80m perempuan C. Kemudian acara balapan ini dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada upacara perasmian kejohanan.

Sebelum upacara perasmian bermula, dimulai dengan perbarisan lintas hormat oleh kontigen yang mengambil bahagian yang terdiri daripada kontigen dari rumah Venus (BIRU), kemudian kontigen rumah Neptune (HIJAU), diikuti oleh kontigen rumah Jupiter (KUNING) dan kontigen yang terakhir sekali ialah kontigen rumah Mars (MERAH).

perbarisanSemua kontigen mengambil tempat masing-masing.

kontigen-kuning

Kontigen rumah JUPITER

Setelah selesai perbarisan lintas hormat dan semua kontigen sudah mengambil tempat masing-masing, acara diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Mohd. Alwi dan diikuti dengan nyayian lagu “Negaraku” dan lagu “Sekolah”.

Kemudian ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK. Tanjong Manis iaitu Encik Sahbudin @ Sharaie bin Wet. Setelah selesai ucapan daripada Guru Besar, acara diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pegawai Pelajaran Daerah Daro, Encik Awet bin Gapor sekaligus merasmikan Kejohanan olahraga kali ke-6 SK. Tanjong Manis pada tahun ini.

perasmian

Encik Awet bin Gapor, Pegawai Pelajaran Daerah Daro telah merasmikan Kejohanan Olahraga SK. Tanjong Manis 2009

Kemudian bacaan ikrar kejohanan yang diketuai oleh adik Muhammad Khalish bin Adeni (Venus).

bacaan-ikrar-1Adik Muhammad Khalish sedang membaca ikrar kejohanan

Acara seterusnya ialah penyampaian cederahati kepada Encik Awet bin Gapor, Pegawai Pelajaran Daerah Daro tanda ingatan dan terima kasih kepada beliau kerana sudi hadir untuk merasmikan kejohanan kali ini.

cederahatiEncik Sahbudin, Guru Besar SK. Tanjong Manis sedang menyampaikan cederahati kepada Encik Awet bin Gapor, Pegawai Pelajaran Daerah Daro

Sebelum acara balapan diteruskan, para peserta dan hadirin dihiburkan oleh Penari-penari Cilik SK. Tanjong Manis dibawah asuhan dan didikan Pn. Norsah. TAHNIAH…. Persembahan yang mantap…Kami semua TERHIBUR….

penari-cilikPenari-penari Cilik SK. Tanjong Manis

Apabila semua sudah terhibur dan para peserta pun sudah kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan mereka bagi rumah masing-masing, acara balapan diteruskan lagi.

Di bawah ini adalah foto-foto menarik sekitar kejohanan :

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Setelah selesai acara murid, bagi memeriahkan lagi kejohanan olahraga kali ini, acara terbuka untuk ibu bapa juga diadakan oleh pihak penganjur untuk mewakili rumah anak mereka masing-masing. Antara acara yang dipertandingkan bagi acara terbuka ibu bapa ialah teropah gergasi, lari 4x100m campuran, sukaneka campuran dan tarik tali.

Di bawah ini adalah foto-foto yang sempat saya ambil untuk acara ibu bapa :

ibubapa-1 ibubapa-2 ibubapa-3 ibubapa-4 ibubapa-5 ibubapa-6 ibubapa-7 ibubapa-8 ibubapa-9

Setelah selesai semua acara, keputusan pertandingan diumumkan :

JOHAN KESELURUHAN : RUMAH JUPITER (KUNING)

NAIB JOHAN : RUMAH VENUS (BIRU)

TEMPAT KETIGA : RUMAH MARS (MERAH)

TEMPAT KEEMPAT : RUMAH NEPTUNE (HIJAU)

KONTIGEN TERBAIK : RUMAH JUPITER (KUNING)

RUMAH TERCANTIK : RUMAH NEPTUNE (HIJAU)

OLAHRAGAWAN 2009 : ADIK FATHIE dari RUMAH NEPTUNE (4 emas 1 gangsa)

OLAHRAGAWATI 2009 : ADIK ZULIA BT HOSEN dari RUMAH VENUS (4 emas 1 gangsa)

TAHNIAH RUMAH JUPITER!!!

jupiter jupiter-1 jupiter-2JOHAN PADA TAHUN INI….

kkk11
 
 
Kalam Abu Musaddad / Ahad 05 Mac 2009
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

One Response to Sekitar Kejohanan Olahraga SK. Tanjong Manis 2009

  1. mohamed hj hassan berkata:

    salam,
    tahniah jupiter…..semoga terus berjaya dalam semua bidang.
    mohamed hj hassan

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Emm terima kasih banyak2 di atas sokongan semua pihak….****

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: