TAHNIAH!! Red Giants

26 April 2009

PIALA FA MILIK SELANGOR

SELANGOR sekali lagi muncul sebagai juara Piala FA selepas menewaskan Kelantan menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

piala-fa-selangor

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit permainan sebenar. Ini merupakan kali kelima Selangor merangkul kejuaraan Piala FA sejak mula dipertandingkan pada 1990.

Setelah tamat 30 minit masa tambahan, kedua-dua pasukan masih gagal mencari gol penentuan yang akhirnya terpaksa menentukan kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti.

Tuah dan pengalaman nyata milik Selangor apabila dua pemain Kelantan iaitu Indra Putra dan Zairul Fitree Ishak gagal menyempurnakan sepakan penalti manakala semua empat pemain Selangor berjaya menyempurnakannya untuk keputusan 4-1.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Final Piala FA : KELANTAN Vs SELANGOR

25 April 2009

PASUKAN MANAKAH PILIHAN ANDA ?


Assalamualaikum wbt…

MENARIK untuk diperkatakan pada pagi ini ialah tentang perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil antara pasukan Kelantan dan Selangor pada malam ini. Di mana pasukan Kelantan buat pertama kalinya beraksi dalam perlawanan akhir piala tersebut setelah menunggu selama 39 tahun. Kejayaan memasuki perlawanan akhir ini sudah pastinya memberi 1001 makna bagi pemain-pemain pasukan Kelantan dan juga para peminat pasukan tersebut.

Ana percaya dan yakin bahawa kedua-dua pasukan tersebut telah pun membuat persiapan sama ada dari segi mental dan fizikal untuk beraksi pada malam ini. Pelbagai perancangan dan starategi telah diatur oleh jurulatih dan pengurus pasukan masing-masing untuk meraih kejuaraan pada malam ini.

Apa yang menarik di sini adalah kedua-dua pasukan telah dijanjikan dengan ganjaran yang lumayan oleh kedua-dua pengurusan pasukan tersebut. Bagi pasukan Kelantan, mereka bakal menerima ganjaran berupa lawatan ke Old Trafford dan juga wang tunai RM30,000 untuk pasukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan jika berjaya menjulang Piala FA malam ini. Manakala kerajaan Selangor juga telah menjanjikan insentif kepada Pasukan mereka sekiranya berjaya menjulang piala FA tersebut iaitu sekurang-kurangnya RM15,000 kepada setiap pemain. Amat lumayan sekali bagi kedua-dua pasukan.

Baca baki entri ini »


TIPS MEMBERI PENGHARGAAN

25 April 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

SALAM hormat buat semua pengunjung Kalam Abu Musaddad kerana masih setia dan sudi menjadi pembaca setia di laman ini. Hari ini kalam ini ingin membicarakan tentang “Bagaimana untuk memberi penghargaan kepada mereka yang kita sayangi di dalam kehidupan kita”.

Dalam kehidupan ini banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk memberikan penghargaan dan juga sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja. Biasanya kita terlalu memikirkan bagaimanakah caranya untuk memberi penghargaan tersebut kepada seseorang itu dan apakah yang sepatutnya kita berikan. Adakah ianya berupa hadiah atau sekadar ucapan?

Pada kebiasaanya bila disebut sahaja memberi penghargaan, maka terlintaslah difikiran kita ianya mesti berupa pemberian “hadiah”. Kadang-kadang seseorang itu terpaksa berhutang semata-mata untuk membeli hadiah untuk diberikan kepada orang tersayang seperti hadiah hari lahir dan sebagainya.

Baca baki entri ini »


Mengapa Saya Mesti Meniru Gaya Hidup Barat?

21 April 2009

DI ZAMAN pembangunan teknologi maklumat yang canggih, dunia telah menjadi global. Melalui arus globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa pensejagatan budaya dalam kehidupan individu.

bersekedudukanSecara tidak langsung arus tersebut berjaya memperkenalkan gaya hidup barat kepada seluruh dunia. Gaya hidup tersebut seperti pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan, berpeleseran di tempat-tempat hiburan pub dan disko, cara berpakaian yang mendedahkan aurat, fesyen rambut, meminum arak, mengedar dadah, menjadi samseng, pembuli dan lain-lain budaya yang boleh meruntuhkan akhlak serta menghakiskan imej budaya timur yang kita warisi sejak zaman berzaman. Bahkan budaya tersebut bertentangan dengan ajaran Islam yang murni.

Bagi sesetengah individu yang lemah imannya, serta cetek pengetahuan dan pendidikan agama, nescaya mudah terpengaruh dengan gaya hidup tersebut. Tanpa mereka berfikir, serta membuat penilaian secara rasional, maka mereka akan meniru gaya hidup tersebut.

Baca baki entri ini »


Antara Ilmu dan Harta

20 April 2009

RENUNGKANLAH kata-kata Saidina Ali bin Abu Talib di bawah ini….

  1. Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun.
  2. Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya.
  3. Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
  4. Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.
  5. Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut.
  6. Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab.
  7. Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang.
  8. Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati.
  9. Orang berilmu mengakui dirinya hamba Allah SWT, sedangkan orang berharta mengakui dirinya pemilik.
Tanjong Manis, 20 April 2009
https://ibnismail.wordpress.com

Menunggu Kelahiran Cahaya Mata

19 April 2009

ALHAMDULILLAH puji dan syukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan pada petang ini untuk mencoretkan sesuatu dilaman ini sebagai perkongsian bersama. Memandangkan beberapa hari kalam ini tidak berbicara. Almaklumlah sibuk dengan tugas dan tanggngjawab yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.

Namun begitu, ana cuba meluangkan sedikit masa untuk berkongsi kegembiraan ini bersama pengunjung setia yang budiman kerana tidak lama lagi orang baru akan hadir dalam hidup ana sekeluarga. Tak sabar rasanya menunggu kelahiran ini…

Kami sangat bersyukur kepada-MU Ya Allah kerana akan mengurniakan cahaya mata kepada kami, walaupun masih di dalam kandungan ibunya, tetapi hidup kami sudah merasai kehadirannya… Terima kasih Allah SWT di atas rezeki yang diberikan kepada kami sekeluarga. Tak sabar rasanya untuk melihat cahaya mata anugerah Allah SWT itu…

Ana percaya mana-mana ibu bapa di dunia ini pasti akan merasa gembira dan bersyukur kerana Allah SWT telah menganugerahkan cahaya mata dalam hidup mereka. Begitu juga dengan kami. Tak sabar rasanya untuk melihat si dia yang bakal dilahirkan nanti…

Baca baki entri ini »


AWARD 1/09 – ANDA SEORANG YANG HEBAT

13 April 2009

ALHAMDULILLAH tiada kata-kata indah yang layak diucapkan selain puji dan syukur kepada Allah SWT kerana hari ini blog Kalam Abu Musaddad menerima AWARD yang amat terkesan sekali dihati sanubari ini.

Apa yang membuatkan hati ini terharu dan tersentuh ialah AWARD ini diberikan oleh seorang GURU yang sangat ana hormati dan amat sanjungi iaitu Ustazah Siti Fatimah Ahmad menerusi laman blog beliau LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI. Beliau adalah seorang pensyarah di Institut Perguruan Rajang, Sarawak. Dan kini telah menyambung pengajian peringkat MA di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ini adalah penyataan PENGHARGAAN di LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI kepada ana :

Baca baki entri ini »