Perokok Lebih Hina Daripada Lembu

APA KATA TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT :

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

perokokBerkata Tuan Guru lagi, amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu Kota Bharu, Kelantan.

Tuan Guru juga berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat. Beliau juga mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.

Sumber ini dipetik : Berita Harian.

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 28 Mac 2009, in BICARA KESIHATAN, Isu Semasa. Bookmark the permalink. 7 Komen.

  1. Saya adalah perokok dan telah terjebak dgn rokok ketika saya masih di bangku sekolah rendah. Bagi saya adalah tidak adil kepada orang seperti saya bila tuan guru melabelkan perokok sebagai lembu kerana ini akan menambahkan kebencian masyarakat kepada perokok. Seperti yang saya tahu rokok mempunyai nikotin yang merupakan sejenis dadah yang amat kuat ketagihannya. Di waktu sekolah rendah manakan seorang kanak2 tahu akan perkara ini. terdorong sifat ingin mencuba saya telah menjadi perokok hingga hari ini. Pendek kata, golongan ‘mulia’ seperti tuan guru haruslah membantu golongan yang hina seperti kami ini untuk bangkit dan sama2 menolong sesama islam bukan menyisihkan saudara seagama sendiri. Memang benar kata orang tua2 mencaci lebih mudah daripada membantu. Pada saya tindakan tuan guru itu tidak mendatangkan kebaikan kepada saya malah saya berasa marah akan keangkuhan seorang yang bergelar ulama dan menyebabkan saya tawar hati untuk berhenti merokok.Fikirkanlah.

    ***KAM : Bagi pandangan saya, tujuan Tuan Guru mengeluarkan kenyataan tersebut bukannya berniat untuk menyisihkan mana2 perokok, tetapi itu sebagai nasihat dan peringatan kepada perokok. Yelah..Apabila letak jer rokok kat mulut, pasti sesiapa yang baca artikel di atas teringat “LEMBU”, jadi kalau hisap jugak tak tahu nak cakapla..he he he…Saya percaya agak susah untuk berenti merokok, tapi cubalah berusaha kearah itu k…Kepada kekawan yang ade tips untuk berhenti merokok, jom mai kita kongsi bersama…***

  2. Dah tau merokok bahaya pun nak hisap juga. Entah apa-apa diorang nih.
    Bile tegur naik angin la pulak….

  3. Assalamualaikum,
    Nak tanya KAM adakah anda sendiri sudah berhenti daripada merokok? Kerana setahu setahu ana enta dulu seorang pun perokok juga. Andai sudah berhenti, bolehlah enta perturunkan tips yang enta lakukan untuk berhenti daripada merokok sehingga berjaya?……….ini kawan lama…schoolmate…roomate…

  4. sudah tahu haram hisap rokok lagi..
    bila orang kata macam lembu marah..
    tp bukan ke x de otak dah kata haram buat lagi..

    kepada perokok tu sedarlah..
    macam² alasan guna.
    haram tetap haram..
    hendak marah la, boikot la apa la..
    nnt kena barah tanggung sendiri..
    padan muka…

  5. Sepatutnyer kalu dah tgk umat byk ketagih rokok..sepatutnye dier sbg role model..menasihat n usaha ntuk mengubah keadaan..bknnyer menghina dan samakan mereka ngan binatang or sebagainya..lgpun rokok bukan directly diharamkan dlm Al-Quran…jadi kalu nk ubah tu pelan2 lah usaha…camnie ke nk jadi pemimpin?…x payahlah

  6. firdaus bin abdul laja

    kepada perokok yang suda gian terhadap aktiviti yang tidak bermoral ini, tanyalah kepada diri anda! apakah merokok itu baik untuk diri anda? kepada keluarga, dan juga kepada masyarakat umum lainnya?,,,bukannya tok guru memperkatakan anda tidak baik,,,,dan memangla pada al-quran tidak “direckly di haramkan merokok,,,,akan tetapi pada hakikatnya apa yang dikatakan buruk itu tetap buruk,,,,saya rasa anda sendiri sedar(bagi yang merokok) akan jijiknya perlakuan anda lakukan……demi kepentingan bersama,,,,sama-sama kita membanteras kegiatan ini…..meskipun sukar akan tetapi segalanya bermula terhadap diri kita…..jika anda mahukan kebahagian di dunia dan akhirat…..katakan tidak kepada merokok!!!!!!!!!!!!!!!

  7. kenapa labelkan perokok camtu..
    patut labelkan kerajaan tu,yg buat duit dr duti tax..
    kalau dah tahu rokok tu perosak, kenapa dia kasi masuk..
    cam dah tau susu melamin dr cina tu racun, apsal die boleh stopkan..
    kenapa tak stopkan rokok..
    kenapa…
    kerana rokok adalah dadah yg dihalalkan oleh golongan2 yahudi..
    dan kerajaan kita pn mempergunakan cakap rokok rosak kesihatan la ape la..atas alasan nak naikkan duti tax,dan kaut keuntungan..

    saya pn pelik..
    berapa ramai doktor isap okok..
    diamerika semua..dimalaysia pn ada ramai..
    adakan betul rokok penyebab penyakit2 tersebut.

    saya jumpa doktor kawan saya,
    dia cakap rokok bukan teruk sangat..
    yg teruk adalah cara hidup org malaysia+ cara pemakanan kita di malaysia..

    makan makanan berminyak semua,balik rumah bukan nak bersenam..
    tau melepak2 kedai minum2 atau tido atau tengok astro..tu jek keje..
    tu masalah utama penyebab penyakit2 kronik tu..

    kalau bab bayi lahir tak cukup bln tu mmg la..
    alkohol pn penyebab..rokok pn penyebab..ape2 bende mengarut masuk dlm perut pn penyebab..

    tp masalah utama, kenapa kerajaan tak berhentikan sahaja kalau dah tahu bende tu membawa mudarat kepada rakyat….KENAPA?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: