Mahu Murtad Kerana Dihina

KENAPA MURTAD JADI PILIHAN ???

TERSENTUH hati ini bila membaca kisah 11 beranak di Kampung Jaya Gading Kuantan, Pahang, yang dilaporkan oleh Harian Metro hari ini dikatakan nekad mahu keluar Islam sebagai jalan terakhir membebaskan diri daripada belenggu derita akibat tidak tahan dengan kejian dan cacian masyarakat setempat gara-gara mereka adalah keluarga miskin. Klik di sini untuk baca.

Adakah ini jalan yang terbaik buat keluarga ini ? Adakah dengan cara murtad boleh menyelesaikan segala masalah ? Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Azmah, sepertimana yang dilaporkan oleh Harian Metro, dia dan suami, Rahim, 40, begitu nekad sekali untuk mengambil keputusan menukar agama kerana tidak sanggup sering menjadi bahan cacian dan penghinaan masyarakat, malah sembilan anak mereka juga turut menjadi mangsa buli rakan sekampung.

“Saya kecewa dan tak tahu apa salah keluarga kami hingga ada kaki buli anak saya tergamak memotong saluran paip yang menyalurkan air dari surau berhampiran ke rumah kami selain melemparkan batu ke cermin,” luah Asmah ibu kepada sembilan anak berusia antara lima bulan hingga 14 tahun.

Menceritakan semula tindakan itu, Azmah berkata, pendapatan suami sebagai pencari besi buruk tidak seberapa. Menurutnya, keperitan hidup mereka pernah mendapat perhatian kerajaan apabila memberikan sebuah rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Jaya Gading.

Bagaimanapun, rumah PPRT yang didiami sejak dua tahun lalu itu tiada bekalan air menyebabkan mereka terpaksa menyambung saluran paip dari surau berhampiran.

“Namun, tindakan itu tidak disenangi penduduk setempat sebelum remaja nakal memotong paip dan membuang kepala paip ke dalam tangki najis surau.

“Bukan itu saja, saya sebelum ini sudah membuat tujuh laporan polis sejak 2007 kerana anak saya sering dibuli serta diugut penduduk yang mahu mengancam keselamatan mereka, “ katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, keluarga berkenaan sudah pergi ke sebuah gereja, namun dihalang pengawal keselamatan yang meminta datang semalam.

Berikutan itu, keluarga berkenaan bimbang pulang ke rumah dan bermalam dalam kereta di tepi sebuah gereja di Jalan Gambut, di sini.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu diselamatkan seorang pemandu bas ekspres, Sheikh Anuar Sheikh Abdullah, 38, yang kemudian menghubungi Harian Metro.

Ketika ditemui, keluarga terbabit pada mulanya cuba mengelak ditemu bual dan mahu beredar dari sebuah restoran tetapi berjaya dipujuk beberapa wakil media sebelum menunggu ketibaan pegawai Majlis Agama Islam Pahang (Maip).

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Maip, Nik Ibrahim Nik Abdullah, berkata beliau akan memberi bimbingan dan kaunseling kepada keluarga terbabit dalam usaha memujuk mereka supaya membatalkan niat mahu menukar agama.

Menurutnya, pihaknya begitu terkejut apabila dimaklumkan kes berkenaan dan akan cuba membantu menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit.

Oleh itu, diharap kepada pihak MAIP selamatkanlah keluarga ini daripada membuat tindakan yang merosakkan akidah itu.

Sementara itu pula, marilah kita bermuhasabah diri dan bertanya kepada diri kita, adakah kerana kemiskinan dan kekurangan hidup, dia (keluarga Asmah) harus dihina dan dicaci ? Malah disisihkan daripada masyarakat ? Kalau kita benar-benar orang yang beriman, bukan hinaan dan cacian yang diberikan kepada keluarga miskin ini malah bantuan kita hulurkan untuk meringankan beban penderitaan keluarga ini.

Ajaran Islam telah mengajar kita supaya tolong-menolong antara satu sama lain dalam kehidupan bermasyarakat. Bukannya saling mencaci dan menghina antara satu sama lain.

Ingat ! Hari ini kita megah mencaci orang lain, mungkin suatu hari nanti kita pula akan dicaci. Muhasabahlah…

smile46
Kalam Abu Musaddad / 24 Mac 2009
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 24 Mac 2009, in Keluarga dan Masyarakat. Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. Salam. Apabila pihak berwajib tidak melaksanakan tugas dengan siddiq, dengan amanah, dengan tabligh dan fatanah maka inilah yang akan berlaku. Ini kes yang dapat dikesan ,yang tidak dapat dikesan bagaimanan pula? Banyak wang zakat di kutip saban tahun tetapi kemana perginya? Ramai pegawai di pejabat tak turun padang ke? Takkan nak nanti semua orang datang sendiri isi borang atau online kot? Ramai yang tidak tahu tanggungjawab masing-masing. bagi pihak yang nak murtad ni pula masalah kurang didikan dan kefahamanlah ni. Suruh kursus kahwin tapi tak pergi ataupun ripu kot. Itu sebab tak faham. maaf kerana menyebuk di sini.

  2. Ass…
    salam kenal

    iya juga ya kenapa gitu???

  3. kemiskinan, penghinaan membuat mereka putus asa. pihak bertanggungjawab kenalah pantau perkara ini. jgn sampai ada pihak lain yang ambil kesempatan memurtadkan lagi keluarga ini. Rancangan Bersamamu TV3, Sayang Disayang RTM mungkin boleh membantu ! tengok2 kanlah…. mereka perlu bimbingan

  4. Inilah umat islam melayu yang kononnya mulia, sembahyang lima waktu, puasa tak tinggal. Tetapi hati lebih keji daripada yahudi zionis kerana sekurang-kurangnya zoinis mengutamakan kepentingan saudaranya sendiri. Ingatlah bahawa amalan yang ikhlas membentuk keperibadian yang mulia. Dan tanda-tanda amalan itu adalah ikhlas, hatinya penuh kasih sayang kepada Allah, kepada sesama manusia (dalam peperangan pun tak boleh bunuh orang yang menyerah kalah walaupun pada asalnya dia menentang islam), kepada makhluk2 lain di dunia ini. Fikirkanlah.

  5. Sebenarnya saya pun dah malas dengan perangai melayu islam ni tapi tak sampai nak murtad lagi la. mungkin teruk jugak diaorang tu kena pasal tu yang jadi sampai camtu. Entahlah moga-moga masyarakat kita sedar yang kita tak pernah berhenti dari bergaduh sesama sendiri tapi bila jumpa bangsa asing kita takut terketar-ketar.

  6. Good day.
    Saya nak tanya 1 saja.
    KENAPA ORNAG ISLAM TIDAK DIBENARKAN TUKAR AGAMA?

    bagi pendapat saya, kite tidak perlu PAKSA seseorang itu supaya
    mengikut kehendeak kita.

    kerana, saya sendiri ingin tukar agama.
    Terdapat beribi-ribu alangan.
    nampak nya saya di-paksa untuk kekal dalam islam.

    Tiada relaan dari saya..

    Saya minta saudara boleh bantu saya.

    TQ

  7. fatimah binti mohamad

    salam cikgu,,,, sy juga berasal dari sekolah yang sama dengan cikgu…..cikgu mg asal kuala balah ker…sy dari bukit tok ali…tahniah cikgu dengan kewujudan blog ini,,, mg bermanfaat

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Ye ker..Sek. Men. Agama (Arab) Raudhah Al-Nazirin ek..Ya..Mmg ana berasal Kuala Balah. Syukran kerana sudi menjadi tetamu di blog ini. Harap berkunjung lagi deh…he he he…****

  8. fatimah binti mohamad

    salam angoor….
    hidayah Allah kita kena cari,,,kn usaha untuk mendapatkannya..bila kita sudah diberi hidayah kita perlu bersyukur dan sanantiasa menjaganya kerana bukan semua orang bertuah untuk hidup di dalam islam….kita hayati islam baru rasa nikmatnya hidup dalam islam dan jangan hanya islam pada baka kerana kalau hanya islam pada nama mg xda maknya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: