Tarikh Rebat Tunai Dilanjutkan Sehingga 14 April Ini

KEPADA mana-mana pemilik kenderaan yang belum membuat tuntutan rebat tunai, kerajaan telah melanjutkan tarikh akhir sehingga 14 April ini tempoh tuntutan rebat tunai bagi subsidi petrol kepada pemilik kenderaan, yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac.

Pemilik kenderaan yang layak, adalah digalakkan memperbaharui cukai jalan kenderaan di mana-mana 691 pejabat pos di seluruh negara untuk membolehkan mereka menerima rebat tunai pada hari yang sama.

Pemilik kenderaan juga boleh membuat tuntutan melalui portal transaksi dalam talian Pos Malaysia PosOnline di www.posonline.com.my yang mempunyai kemudahan untuk memasukkan tuntutan rebat ke dalam akaun bank masing-masing.

Pada Jun tahun lalu, kerajaan mengumumkan pembayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan bagi mengurangkan beban orang ramai berikutan kenaikan harga petrol.

smile
Kalam Abu Musaddad /Jumaat 20 Mac 2009
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 20 Mac 2009, in Perkhidmatan. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Saya memperbaharui cukai jalan kereta pada 2/4/2009 yang mati dalam bulan Mac dan kereta ini memang belum mendapat rebat cukai lagi. Masalahnya, kerani Pejabat Pos Mentakab tersebut berkata tempoh lanjutan hanya untuk menerima rebat yang dihidupkan dalam bulan Mac dan jika memperbaharui dalam bulan april tidak akan mendapatnya apabila saya meminta untuk mengisi borang. Saya amat keliru dan musykil dengan kenyataan kerani tersebut.
    – Masih keliru.

    ****KAM : Setahu ana kita boleh membuat tuntutan bila2 masa selagi mana tarikh akhir untuk membuat tuntutan belum tamat. Berkaitan kenyataan kerani pos tu, ana tak pasti. Kot2 ada prosedur lain plak. Ana harap saudari Nurul trylah tanya kawan2 yang arif k….Syukran kerana lawat laman sederhana ini, lain kali ada masa lawat lagi deh…****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: