Ayam Cucuk…Halal atau Haram ?

HALALKAH AYAM YANG ANDA MAKAN ?

ayam-cucuk

Foto dipetik : Harian Metro

AL-KISAH ayam cucuk ini sebenarnya pernah didedahkan beberapa tahun yang lalu. Tetapi hari ini sekali lagi kisah yang sama terbongkar ekoran penyerbuan yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sekitar Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, awal pagi semalam. Hasil serbuan itu, pihak JAIS menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syara’.

Persoalan yang timbul di sini ialah halalkah ayam yang kita makan hari ini ? Lebih mengejutkan apabila 38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.

Dalam operasi jam 3.30 pagi semalam dan berakhir tiga jam kemudian itu membabitkan Jais, Jabatan Mufti Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Alam Sekitar. Turut sama dalam operasi itu Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.

Pegawai Jais, Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pemeriksaan ke atas premis terbabit mendapati ayam itu tidak disembelih dengan betul, tetapi ia diproses sebelum di jual di pasar di sekitar Lembah Klang. Ada ayam itu cuma dicucuk lehernya dan ada juga yang disembelih tidak mengikut hukum syarak.

Selain itu, pemeriksaan juga mendapati pusat penyembelihan ini juga turut mencampur aduk ayam yang hendak dijual kepada orang bukan Islam sekali gus menyebabkan ia tidak halal. Malah, beberapa tin kosong minuman keras turut ditemui di sekitar premis terbabit.

Perbuatan seperti ini juga boleh menjatuhkan maruah Islam dan dipandang hina kerana Islam mementingkan kebersihan kepada penganutnya. Tetapi yang menghairankan di sini ialah premis tersebut mendapat tanda logo halal yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Difahamkan juga pusat penyembelihan itu mendapat bimbingan daripada Jakim mengenai cara penyembelihan yang betul.

Justeru itu, hal ini jangan dipandang remeh. Semua pihak harus prihatin kerana ia melibatkan makanan yang bakal menjadi darah daging kita. Mungkin juga banyak tempat lagi yang menjalankan operasi yang sama. Oleh itu, sekiranya ada keraguan dan kemusykilan, laporlah kepada pihak yang bertanggungjawab supaya perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

smile45
Kalam Abu Musaddad / Jumaat 20 Mac 2009
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 20 Mac 2009, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Pelajaran buat semua … jangan samapi terjeabk memakan ayam tak halal

  2. Pasar Borong Selayang kene tak??

    Patut dibuat selalu benda ni.. Halal dan Haram ni penting.. Makan Haram jadi darah daging..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: