Pihak Sekolah Diarah Rampas Telefon Bimbit

telefon

BERKUATKUASA hari ini, pelajar sekolah tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Pihak sekolah khususnya guru disiplin diarahkan supaya merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Antara sebab kenapa arahan merampas telefon bimbit ini hendaklah dilaksanakan ialah pergaduhan sering berlaku dikalangan pelajar akibat kehilangan telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka.

Selain itu, melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas seperti menghantar dan menerima sms atau gambar yang berunsur lucah. Ada juga bersms ketika proses p&p sedang berjalan. Ini akan menganggu pembelajaran dan menyebabkan pelajar tersebut hilang tumpuan ketika guru mengajar.

Apabila telefon pelajar dirampas, hanya ibu bapa pelajar tersebut sahaja yang boleh menuntutnya. Ibu bapa tidak perlu menyuruh anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah, kerana ibu bapa boleh menghubungi anak mereka melalui pihak sekolah.

Sekiranya berlaku kecemasan, pelajar juga boleh menggunakan telefon sekolah untuk menghubungi ibu bapa mereka. Sebagai ibu bapa, apa pandangan atau pendapat anda tentang arahan ini ?

smile44
Kalam Abu Musaddad/Rabu 18 Mac 2009
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 18 Mac 2009, in Isu Semasa, PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Selaku pendidik yang terlibat dalam mengendalikan kes ini..tindakan ini amat tepat dan wajar untuk dikuatkuasakan kembali demi mengelakkan perkara lain yang akan timbul selepas ini.

    -Andeh-

  2. setuju dgn peraturan KPM. ada jugak pelajar yang membawa hp tp minta guru tolong simpankan sehingga habis P&P baru diambilnya. sebab ada setengah ibubapa yang mengambil anak2 lewat menyebabkan mereka risau keselamatan anak2 disekolah. OK ke cam tu ! x ke menyusahkan guru pulak nak simpan byk2 hp pelajar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: