Menyingkap 1001 Rahsia Kejayaan Adik Nik Nur Madihah

KEMISKINAN DAN KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG MERAIH KEJAYAAN :

TERLEBIH dahulu kalam ini ingin mengucapkan “SELAMAT BERCUTI” kepada semua pelajar kerana cuti pertengahan semester 1 telah pun bermula.

nik-nur-madiahahKalam ini juga percaya pasti banyak program-program yang dirancang sempena cuti persekolahan ini. Apa pun program yang dirancang diharap ianya memberi faedah dan manfaat kepada diri anda sekeluarga. Mungkin ada yang merancang untuk pergi melancong, balik kampung dan sebagainya. Tetapi jangan dilupa untuk mentalaah buku khususnya kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini sama ada UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM.

Satu hal yang menarik untuk dikongsi bersama di sini ialah tentang KEJAYAAN adik NIK NUR MADIHAH pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu yang mendapat keputusan CEMERLANG dan PELAJAR TERBAIK SPM 2008 yang diumumkan baru-baru ini dengan mendapat 20A. Apakah rahsia kejayaan beliau?

Kejayaan adik Nik Nur Madihah menarik perhatian semua pihak. Ana difahamkan ramai wartawan pergi ke rumah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk menemuramah beliau. Ekoran daripada itu, kalam ini juga terpanggil untuk berbicara tentang rahsia kejayaan beliau.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Bagi beliau, kemiskinan dan kekurangan bukan penghalang meraih kejayaan. Malah kemiskinan, kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan kedua ibu bapanya.

Beliau adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Ayah dan ibu beliau bukannya orang berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayahnya pula bekerja sebagai nelayan.

Apa yang menariknya, adik Nik Nur Madihah tidak menganggap dirinya genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu. Beliau juga tidak mengikuti kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual. Tetapi kata beliau, “Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa.” Itulah rahsia kejayaan beliau.

nik-nur-madiahah-2

Cuba anda tengok (gambar di atas), itulah pondok kecil beliau yang menjadi tempat beliau sekeluarga berteduh daripada hujan dan panas. Rumahnya pula tak semewah rumah orang lain. Ayahnya menyewa dengan RM90 sebulan. Ruang untuk belajar juga adalah terhad. Malah tidak ada bilik khusus sebagai tempat beliau mentalaah pelajaran. Ruang tamulah menjadi tempat beliau mengulangkaji pelajaran setiap hari.

Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik. Moga-moga Allah SWT mempermudahkan segala urusan beliau.

Justeru itu, jadilah kejayaan adik Nik Nur Madihah pada hari ini sebagai dorongan untuk anda untuk memulakan langkah pertama untuk meraih kejayaan pada hari esok. Jangan jadikan kemiskinan, kesukaran dan kekurangan diri dan keluarga menjadi alasan dan penghalang untuk anda mencipta kejayaan. KALAU ORANG LAIN BOLEH BERJAYA, KENAPA ANDA TAK BOLEH ? Tanyalah diri anda pasti anda mengetahui jawapannya.

smile41
Kalam Abu Musaddad/Sabtu 14 Mac 2009
https://ibnismail.wordpress.com

171 Responses to Menyingkap 1001 Rahsia Kejayaan Adik Nik Nur Madihah

  1. khairul anuar berkata:

    tahniah untuk saudari nik nur madihah!!!!

    Like

  2. azaira, junizawati , sakinah berkata:

    kami pelajar matrikulasi johor ingin mengucapkan tahniah kepada adik nik nur madihah atas kejayaan adik…akak2 harap adik berjaya dunia akhirat…bahagiakn lah umi dan abi dengan kejayaan yang lebh besar…akademik no 1 tetapi agama sesekali bukan no 2…di samping tuntut ilmu bantulah agama Allah nescaya Allah bantu kamu…salam ukhuwah fillah ya ukhti…

    dari akhowat kmj 08/09

    Like

  3. yang prihatin berkata:

    tahniah bt adk nik nur madihah!!!!!!!truskan pjuangan anda!!!!!aja-aja fighting!

    Like

  4. Kak Azmah berkata:

    Tahniah diucapkan kepada adik Nik Nur Madihah.
    Semoga cemerlang di dunia dan akhirat.InsyaAllah.

    Like

  5. areniq berkata:

    tahniah kepada adik..

    Like

  6. nabilah berkata:

    assalamualaikum, nik nur madihah, congratulations 4 ur great success.may allah bless you, n try to improve ur family’s condition by using ur capabilities to the fullest.salam

    Like

  7. washangkarikala berkata:

    fantastic and superb,,,,tahniah dik,,,,tade ape yg boleh mengubah hidup melainkan agama dan pelajaran,,,,wassalam

    Like

  8. Nora berkata:

    Allah Akbar! Tahniah dik..

    Like

  9. iddin berkata:

    Tahniah abang ucapkan….abg memang tabik dgn kejayaan adik….kemewahan bukan segalanya…renungkanlah wahai orang2 kaya….

    Like

    • Azwan berkata:

      betoi tu…aku sokong..
      org kaye skang ni da lupe nak buat ibadat..blaja…
      asik2 nak blagak aje…tapi bknnye sume mcm tu…
      jgn terase plak…ade gak segelintir tu…

      Like

  10. shafifah berkata:

    Majlis Maulid Di Pusat Pengajian Ba’alawi, Kemensah
    Assalamu’alaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh

    Tarikh: 21 Rabi’ul Awwal 1430H/ 18 Mac 2009 (Rabu)

    Lokasi: Pusat Pengajian Ba’alawi, No 9, Jalan UP2A, Prima Ukay, Kemensah. (belakang Zoo Negara)

    Tetamu Khas: Habib Kazim as-Seggaf (dari Tarim, Hadramaut), Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid dan Tuan Guru Baba Abdul Aziz

    Aturcara:

    Sholat Maghrib berjemaah
    Bacaan Ratib al-Haddad
    Bacaan Maulid – Diyaul Lami’
    Ceramah oleh Habib Kazim
    Qasidah
    Ucapan oleh Tuan Guru Baba Abdul Aziz
    Ijazah Bacaan Dhiya ul Lame’ oleh Habib Kazim
    Tertib al-Fatihah oleh Habib ‘ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
    Sholat Isya’
    Jamuan

    Muslimin dan Muslimat di jemput hadir. Dan sila panjangkan jemputan ini kepada kenalan tuan-tuan/puan-puan.

    http://pondokhabib.wordpress.com

    Like

  11. alangtengahbirukundang berkata:

    Tahniah! Sangat berbangga!!

    Like

  12. Nizam Arjuna berkata:

    Maha Hebat-Nya Allah mencipta manusia itu..
    Semoga Nik Nur Madihah jadi insan yang terbilang suatu hari kelak. Amin…

    Like

  13. nashuha berkata:

    sy pernah sekelas dgn nik nur madihah,
    selalu masa belajar beliau tanya cikgu byk soalan, kadang2 soalan itu tak berkait langsung ngan apa sdg dipelajari…sehingga cikgu naik marah … nak buat macamana? jauh pemikirannya…
    beliau seorang yang pendiam tetapi ada kalanya lucu…
    setiap kali saya berbicara dgn beliau, ternyata pemikirannya sungguh kompleks dan suka tanya perkara2 yang luar pemikiran manusia biasa
    sy sudah menjangka beliau akan dpt semua A. terkejut pula tak dpt A1 dlm biology…
    beliau sungguh bertuah dan sy berharap dgn kejayaan ini beliau akan menaikkan status islam, melayu dan perempuan di mata dunia…insyaAllah….

    Like

    • Wan Nabihah berkata:

      Bagusnye Kak Madihah…saye doakan semoga Kak Madihah akan berjaya seumur hidup akak…Amin Ya Rabbal Alamin

      Like

  14. Wan kasmawawati berkata:

    Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah . Adik telah bangunkan semangat adik2 yang lain dan adik telah menjadi contoh kepada adik2 yang hidup dlm kemiskinan. Semoga Allah SWT memberi adik membuat keputusan yg tepat.salam

    Like

  15. pae berkata:

    gembira mendapat tahu, pelajar terbaik spm adalah seorang islam.
    tersentuh hati, bila melihat kediaman yg tidak sesempurna ana tapi kejayaan melangkaui segala2 yg ana miliki…

    semuga terus berjaya dan memartabatkan serta memperkasakan Islam di mata dunia.
    INSYALLAH.AMIN

    tahniah

    Like

  16. siti norbani berkata:

    Alhamdulillah..
    Tahniah buat adik Nik Nur Madihah..

    Like

  17. arny karisma spm 97 berkata:

    salam semua..
    1st2 tahniah buat adik madihah, teruja sgt nok jumpo adik genius sore ni.teerase bangga yg amat sgt bile junior x-sekolah akak dpt memartabatkan bahawa ugama+arab+scien BOLEH!!

    ikhlas,
    dari senior
    x-science(1st batch)spm’97
    mmp

    Like

  18. muhd shahmi asyraf berkata:

    tahniah kepada nik nur madihah…..teruskan perjuangan anda..

    Like

  19. azie berkata:

    awalan…
    tahniah d ucapkan kpd adik kerna berjaya dalam pelajaran. . satu yang akak pesan, bila belajar di luar nant,
    jgn tekejut dgn budaya luar shngga x dpt tmpukan pelajaran…
    ala kulli hal…
    ma’annajah fil imtihan
    amin………..

    Like

  20. hafizah berkata:

    kepada adik Nur Madihah,kak pijah ucapkan ribuan tahniah.sambunglah belajar seperti yang adik cita cita kan..jadilah orang islam intelek yang bijaksana dan solehah..semoga dijauhkan riak dari dirimu, dibekalkan iman yang utuh dan diberkati perjalanan hidupmu.
    -Salam perantauan dari universiti of Tasmania,australia.

    Like

  21. aisyaa_91 berkata:

    salam tahniah buat saudari nik nur madihah.. terasa diri ini sgguh kerdil dan jauh untuk mencapai kjayaan spt saudari..namun ..ana percaya semua hamba allah dimuka bumi ini dilahirkan untuk berjaya.. ana jadikan saudari sbg antara idola ana utk ana capai 4.00 dlm stpm 2009… kpd ssiapa yang ada ape2 amalan utk brjaya dalam pelajaran mhupun dalam khidupan..curahkanlah utk ana..kesudian anda ana hargai…wassalam………tiada kejayaan semanis MADU..tanpa pengorbanan sepahit HEMPEDU…

    Like

  22. puterialmashoor berkata:

    assalamua’laikum kak madihah… tahniah atas kejayaan yang dicapai… moga2, ana dapat menjadi seperti anti pada tahun hadapan… spm2010… doakan kejayaan ana… syukran… wassalam…

    Like

  23. Ayen berkata:

    Tahniah untuk akak madihah!
    saya akan berusaha dgn lebih gigih untuk mecapai kejayaan seperti akak madihah pada tahun hadapan(SPM)

    Like

  24. noni berkata:

    tahniah kepada adik madihah..
    sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah..
    hanya kepercayaan dan keyakinan kepadanya sahajalah yang dapat membuka pintu segala-galanya…
    semoga berjaya mendapat nobel lauraete in physics suatu hari nnt..insyaAllah..
    wslm..

    Like

  25. syafawati berkata:

    terharu bila terbaca tentang kejayaan adik..congrate!

    Like

  26. mas,fatin, nisa SMKAL berkata:

    TAHNIAH!!!
    KAKAK NIK NUR MADIHAH KERANA SUDAH BERJAYA MENDAPAT 20A. BUKAN MUDAH UTK MNGECAPI KEJAYAAN INI.KAKAK JUGA TELAH MENGHARUMKAN NEGERI KELANTAN,SY BANGGA DGN KAKAK.

    Like

  27. fasya berkata:

    salam….tahniah akak!!!saya nurfatihah bt abd latif…saye tahun nie calon upsr la kak!!!akak boleh tolong saya tak??saya selalu gagal dalam math dan sains skang ni saya tak tau nk buat ape rase mcm diri ngan otak ni tak leh pakai dah rase cam putus asa dah camner nak buat kekadang cakap diri saya ni b_ _ _ _ tak tau nak wat ape skang
    TOLONG SANGAT KAK NI E-MAIL SAYE NOR_TIHAH @YAHOO.COM ATAU AMILIYA_LIYA97@YAHOO.COM
    ASSALAMUALAIKUM…………TAHNIAH AKAK DAPAT20A

    Like

  28. fasya berkata:

    nor_tihah@bla…atau amiliya_liya97bla…yg atas tuh salah sume uruf kecil tau kak

    Like

  29. nurul aimi hazwani berkata:

    Congrats kak madihah……saya kagum sangat dgh akak….n congrats dpt g overseas….take care….doakn sya pun excellent mcm akk k….salam perkenalan…

    Like

  30. amira berkata:

    alhamdulillah…tahniah kak madihah..saya akan mengikuti jejak langkah akak dan semoga saya berjaya …sya tahu saya harus kuat utk semua ni dan sya akan buktikannya …..tapi saya rasa saya tak ada banyak masa lagi da lebih kurang 4 bulan lagi saya nak terima satu cabaran iaitu pmr .doakan saya berjaya …..semuanya(study hard for our success)…

    Like

  31. ustaz taufiq berkata:

    alhamdulillah..begitulah ALLAH mendidik, memberi pentarbiahan buat semua yang teruja akan kecemerlangan adik nur madihah..ustaz doakan agar ALLAH terus memelihara seorang insan yang amat CINTA akan ALLAH dan RASULnya.. doakan agar seluruh ummah ini bersatu…memiliki ciri pejuang seperti adik NUr Madihah…insya ALLAH hu TA’ala minal aminin..

    Like

  32. ana berkata:

    assalamualaikum…first skali,, tahniah kak madiha… kte pun nk jd mcm akak juga… kte akan berusaha… tahniah lgi skali dpt g oversea… salam…

    Like

  33. abdul mahfuz berkata:

    Allah sentiasa mengingati hambanya yang mengingatiNYA.

    Like

  34. assalamualaikum kak madihah…tahniah adik syahira ucapkan kepada kak madihah..adik syahira ingin sangat jadi macam kak madihah..berjaya dalam hidup…tidak menghampakan harapan ayah dan umi…kakak,,semoga Allah Taala menyelamatkan kakak di dunia dan akhirat..lebihan lagi…semasa di padang mahsyar..semoga Allah merahmati kakak..sekian..

    Like

  35. say ingin mengucapkan tahniah buat kak nik nur madihah kerana berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh amalina dan siti fatimah.saya berharap yang kak nik akan terus berjaya di dunia mahupun akhirat.tahniah kerana kak nik nur madihah dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.teruskan mengharumkan nama negara.(fatihah”spm 09″)

    Like

  36. zuraidah berkata:

    bagaimana nak jd pandai nih

    Like

  37. cikli berkata:

    salam.
    Tahniah kepada adik nur madihah. Alhamdulillah saya bersyukur atas kurnia Allah yang mentakdirkan seorang remaja Islam yang menjadi contoh kepada pencetus gerakan pembangunan insan remaja masakini. Saya sudah baca buku catatn hati nik nurmadihah.. tidak kurang dari 5 kali saya menitiskan air mata kerana merasakan kurangnya diri ini berbanding dengan kuatnya jiwa adik madihah dalam melaksankan amanah dan tangungjawab. sebagai kaunselor saya telah mempromote buku tersebut di sekolah dan lebih kurang 200 naskah terjual dan yang gembiranya kalangan ramai yang membeli ialah dari kelompok pelajar yang lemah dan sederhana pencapaian akademiknya. Alhamdulillah ini satu petandi jiwa fitrah mereka mula subur disirami contoh pekerti dan amalan mulia adik madihah.
    Moga Allah menjauhkan dirimu dari kemaksiatan dan aku bermohon agar Allah kekalkan adik madihah istiqamah dengan iman dan islam. wassalam.

    Like

  38. laki laki berkata:

    Madihah mmg seorang yang alim abis…. jd pelajar diluar sana mesti mencontohi kak medihah nie……ana baru skali jumpa dia dah rasa aura kealiman dia nie……rindu lak ana ngan die

    Like

  39. amrizal berkata:

    Dah baca buku kisah kejayaan Nik Nur Madihah.. antara amalan yang dilakukannya ialah selalu bangun solat tahajud.. (diakui oleh ibunya), melakukan solat dhuha, berpuasa pada Isnin dan Khamis dan selalu bertanya di dalam kelas.

    Bila baca buku tu..terharu dengan sifat bersyukurnya.. patut beli.. yang sy baca dari Hijjaz.. memang menarik dan mampu menggoncang jiwa.. semoga kita dapat mencontohi beliau.

    Moga kita jadi hamba Allah yang bersifat hamba seperti diri Nik Nur Madihah.

    Like

  40. ieka berkata:

    taniah kak madiha..
    krn telah mncipta nama..
    smge sgle impian kak madiha slpas ni akn trcapai..
    amin..

    Like

  41. meer berkata:

    tahniah buat kak madihah!!!!!!!!!!semoga akak terus cemerlang di dunia dan di akhirat.
    amin…………….

    Like

  42. Asma berkata:

    Assalamualaikum Kak Madihah and para pembaca sekalian…

    Tahniah kepada Kak Madihah… semoga Allah sentiasa memberkati akak… kejayaan Kak Madihah akan memberikan inspirasi kepada saya untuk mendapat 9As dalam SPM pada tahun ini.. InsyaALLAH.. amin… 🙂

    wassalam

    ****KAM : Waalaikummussalam Wbt….****

    Like

  43. enku nurul amilin berkata:

    salam..taniah sy ucpkn kpd
    kak madihah..smg kak madiahah
    bjaya..untk pgetahuan kak
    madihah sy lh idola kak madihah!!

    Like

  44. Zurri Eeman berkata:

    Ana terlalu kagum dengan semangat adik nor

    ****KAM : Ana pun kagum jugak….Ikutilah jejak dia…****

    Like

  45. mashitah berkata:

    assalamualaikum,kak madihah.sy rasa berbangga dgn kak madihah ats kejayaan yg tlh akak capai.doakan kejayaan sy utk pmr09 yg akn tiba tak lama lg.sy yakin Allah pasti menolong hambanya yang berusaha.

    ****KAM : Waalaikummussalam Wbt…..****

    Like

  46. nurul huda berkata:

    assalamualaikum w.b.t
    tahniah d ats kejayaan kak madihah!!
    adik terharu dan sgt b’simpati dgn kluarga akak
    d ats berkat dan usaha akak berjaya keluar dari kesulian hidup
    adik doa kan agar akak sntiasa berjaya
    insyaallah
    doa kan adik jugak utk pmr tahun nih
    salam!!

    ****KAM : Waalaikummussalam Wbt…****

    Like

  47. halimah smkabp berkata:

    Assalamualaikum kak,adik harap akak doakan adik dalam pmr kali ni dan spm 2 tahun lagi.Semoga adik dapat mengikuti langkah akak dengan memperoleh markah yang sangat cemerlang dalam setiap peperiksaan.Jangan lupa doakan adik tau.Itupun kalau akak buka blog ni. He..he..he.Kalau x pun harap akak doakan adik lah… HARAP ALLAH MENGABULKANNYA..

    Moga cantikmu seperti Ainul Mardhiah,
    Moga keimananmu seperti Sumayyah,
    Moga bijakmu seperti Saidatina Aisyah,
    Dan kasih sayangmu seperti Saidatina Khadijah.

    Like

  48. Lela berkata:

    saya skrg tgh cari maklumat pasal kak nik…..mungkin kolo saya cari kat cini pun leh gak……

    Like

  49. sharifah fatin nabila berkata:

    tahniah kak madihah…

    Like

  50. nabila and wani berkata:

    bestkan ada kakak macm ni………..u are my role model 4ever.good luck

    Like

  51. shuhada vs hasinah abbasiah ,sungkai berkata:

    assalamualaikum………

    kepada pembaca yang kami berdua sayangi,kami berdua sangat teruja dengan apa yang telah di capai oleh kak madihah.tahniah……..kami berdua ucapkan.insyaalah kami berjajnji akan mengikut jejak kak madihah untuk capai dalam semua matapelajaran.doakan kami berdua berjaya pada tahun ini .pmr 9a 1.amin…………..

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…InsyaAllah..anda berdua akan berjaya…Ameen…****

    Like

  52. khairul bariyyah berkata:

    tahniah……………..

    Like

  53. khairul bariyyah berkata:

    tahniah ana juga ore kelate tahniah yo kak doakan ana ye berjaye spt kak

    Like

  54. be the best beat the best

    Like

  55. mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

    Like

  56. Rozzer berkata:

    semoga Nur Madinah terus menjadi teladan kpd generasi2 akan dtg……………amin…………….

    Like

  57. alhafiz berkata:

    TAHNIAH SAYA UCAPKAN PADA KAK NUR MADIHAH..
    TERUSKAN PERJUANGAN…..

    Like

  58. SHADOWMANS berkata:

    KITA JMPA NANTI OK TAHNIAH BYE……….

    Like

  59. tahniah buat mu semoga segala amalannu diterima oleh allah saya cemburu dengan dengan kepandaian kamu tahun nie saya menghadapi peperiksaan pmr doakan saya berjaya dunia dan akirat……asalammualaikum

    Like

  60. noor ashikin berkata:

    tahniah…
    harap kak madihah dapat maju dan berjaya

    Like

  61. kak madihah nisa tanya sikit boleh tak apakah keistimawaan kak madihah?

    Like

  62. apakah keistimawaan kak madihah

    Like

  63. emak nisa minta alamat nombor telefon kak madihah boleh tak?

    ****KAM : Ustaz minta maaf, alamat dan nombor telefon madihah xder….****

    Like

  64. zulhafizi berkata:

    tengok naruto dan hayatila crite nya…….

    Like

    • Aleeya berkata:

      urm………i2lah manusia skang,,, sbuk mngjr hbrn sdh t’bkti skang…..contohilah akq madihah ny…..bknye hayati crita narut!!!!!!!

      Like

  65. hakim pettok smk Pelong berkata:

    Kejayaan awak sama sperti kejayaan Naruto mengalahkan Pain….. Semoga anda melakukan yang terbaik dan pejarilah banyak ninjutsu untuk jadi ninja yang terhebat………..

    Like

  66. hakim pettok smk Pelong berkata:

    Tolong doakan semua umat Islam di dunia untuk berjaya dalam hidup dan terpancar cahaya keimanan kepada umat Muhammad S.A.W yang bukan Islam……. ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kalau nak tenangkan fikiran, bacalah manga naruto di onemanga. com

    Like

  67. hakim pettok smk Pelong berkata:

    Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W berkata ” Janganlah kamu membenci bapamu. Sesiapa yang membenci bapanya, maka dia KAFIR.”

    Hadis Sahih Muslim

    Like

  68. HAKIM berkata:

    Anda harus ingat Nik Nur Madihah, Seorang ninja harus membuat pilihan yang payah serta susah….. Inilah yang dikatakan oleh Uchiha Itachi

    Like

  69. Radzi pelong berkata:

    Terima kasih kerana bagi nasihat kat kami semua.Semoga allah merahmati kak madihah.semoga berjaya………………………………….

    Like

  70. Radzi pelong berkata:

    kak ade lagi nasihat kak kat kami semua?

    ****KAM : Buat yang terbaik….Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung…..Semoga anda semua berjaya dunia dan akhirat****

    Like

  71. Asyaf pelong berkata:

    Tahniah kpd kak madihah kerana berjaya.Asyraf nk tanya kak buat mcm mane nk berjaya?setakat tu untuk hari ini.harap kak jawa soalan saye tadi…….

    Like

  72. AMIRAH berkata:

    Tahniah!
    Teruskan perjuangan Kak Madihah
    Doakan saya berjaya seperti Kak Madihah

    Like

  73. Mohamad Syaiful Riduan Bin Hasnizam berkata:

    Tahniah saya ucapkan pada akakkkkkkk!!!!!!!!!

    Like

  74. Asyaf pelong berkata:

    Tahniah kerana kak telah berjaya ke luar negara

    Like

  75. pakjib berkata:

    i got 9 a’s in spm 07 but it went for nothing when i register for matriculation.so,i advice for those who got good result in spm,please,go oversea or study a level or anything suitable with it.remember…..

    Like

  76. khairul berkata:

    assalamualaikum,sye nk tnye.sye mushkil bila tengok wajah kakak.semuanya berbeza-beza.bleh x kakak jelaskan.

    Like

  77. AINUL MARDHIAH berkata:

    SYE TERINGIN NK JD MCM AWK!!!
    MESTI BEST JD MCM AWK…
    TAPI USAHA KNE WAT GAK KAN… KLU JUST DOK DIAM JER PON X GNER GAK…
    PAPER PON GOOD LUCK SYER UCAPKAN PD

    NIK NUR MADIHAH……….

    Like

  78. KAK MADIHAH!KAMI INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN KAK MADIHAH.
    SEBENARNYA KAMI NAK JUGA JADI MACAM KAK MADIHAH.MESTI BESTKAN DAPAT 20A.

    Like

  79. IMRAN DIN S.A.F berkata:

    Assalamualaikum,kali pertama saya membaca suratan ini saya berasa bersyukur ke hadrat ilahi kerana dgn limpah kurnianya telah memberikan kjyaan yang cemrlang kepada saudari nur madihah ,seorang pelajar islam dan anak melayu…kejayaan saudari tlh mgharumkan martabat agama kita yang smmgnya mgtamakan kptgn ilmu dlm khdpn…kjyaan saudari tlh memberi suntikan smgt dlm diri saya untk trus berusaha dan bersabar dlm mghdapi ujian tuhan…..kemiskinan bknlah pghalang………..sesuai dgn firman allah dlm surah AL INSYIRAAH;BAHAWA SSGHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KMDHN

    imran din s.a.f 04-08

    Like

  80. poknik berkata:

    terimakasih atas komen yg membina dari anda semua. Madihah hanya dilahirkan dari zuriat kami tp dia adalah milik anda semua, dia adalah saudara kepada anda semua,jadi marilah kita sama-sama mendoakan semoga segala urusannya dipermudahkan, pembelajarannya dipersenangkan, ketakwaannya dipeliharakan semoga pulangnya nanti ketanah air membawa berjuta kejayaan yang boleh dimanafaatkan oleh seluruh makhluk dimuka bumi tuhan, dapat membantu menaikkan imej islam dapat membantu islam yang dizalimi dapat menghukum israel yang durjana amerika yang laknat dan segalanya untuk islam ugama kita yang suci.

    Like

  81. AIN NURSALSABILA BINTI BAHRUL berkata:

    KAK MADIHAH SAYA NAK TANYA BEST TAK DAPAT 20A.SEBENARNYA SAYA DAH PERNAH HANTAR E-MEL KAT AKAK TAPI TU GUNA NAMA SAYA DAN KAWAN-KAWAN SAYA.TAK BEST LA KAN KALAU HANTAR GUNA NAMA RAMAI-RAMAI.SAYA NAK SORANG JE.OKEYLAH TU JE YANG SAYA NAK CAKAPKAN PADA AKAK.WASSALAM.SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT HARI RAYA….

    Like

  82. yuil berkata:

    tahniah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Like

  83. […] Cuba anda baca – Menyingkap 1001 Rahsia Kejayaan Adik Nik Nur Madihah – dan ambil pengajaran daripadanya. https://ibnismail.wordpress.com/2009/03/14/menyingkap-1001-rahsia-kejayaan-adik-nik-nur-madihah/ […]

    Like

  84. nurul fatihah berkata:

    askum,semoga kak madihah berjaya di dunia dan akhirat k…

    Like

  85. nurul fatihah berkata:

    tahniah atas kejayaan anda k..happy always..saya sngt kagum ngan kak nik..

    Like

  86. henry berkata:

    tahniah kepada kak nur madihah, saya gembira kerana mendapat inspirasi dari kakak…smoga gembira d cuti ini…saya ada beberapa soalan yg mungkin dipersoalkan oleh setiap murid yang lemah dalam matematik…semua matapelajaran saya, agak ok lah…tapi matematik saya lemah…walaupun saya meminatinya…namun agak sukar saya selesaikan setiap masalah matematik…solan ini saya harap dapat dijawab…jika tidak tak mengapa…

    Like

  87. cheryl berkata:

    tahniah kepada kak nur madihah, saya gembira kerana mendapat inspirasi dari kakak…smoga gembira d cuti ini…saya ada beberapa soalan yg mungkin dipersoalkan oleh setiap murid yang lemah dalam matematik…semua matapelajaran saya, agak ok lah…tapi matematik saya lemah…walaupun saya meminatinya…namun agak sukar saya selesaikan setiap masalah matematik…solan ini saya harap dapat dijawab…jika tidak tak mengapa…

    Like

  88. cheryl berkata:

    tahniah kepada kak nur madihah, saya gembira kerana mendapat inspirasi dari kakak…smoga gembira d cuti ini…saya ada beberapa soalan yg mungkin dipersoalkan oleh setiap murid yang lemah dalam matematik…semua matapelajaran saya, agak ok lah…tapi matematik saya lemah…walaupun saya meminatinya…namun agak sukar saya selesaikan setiap masalah matematik…solan ini saya harap dapat dijawab…jika tidak tak mengapa…terima kasih sekali lagi…

    Like

  89. tizz_trgganu berkata:

    saya amat berbangga dgn kejayaan kak madihah….saya juge ingin menjadi sprti kak madihah kelak…amin..

    Like

  90. farisha berkata:

    assalamualaikum…
    tahniah kak..kak tlg doakan kejayaan saya dlm spm 2010..kak,tlg bagi saya semangat…saya rasa diri ini lemah sgt..saya rasa saya tak mampu kak..kak tlg la…

    Like

  91. sya berkata:

    kak madihah..kak sungguh hebat..
    agaknya bagaimana akak boleh berfikir bgitu kompleks skali??
    sungguh hebat ciptaan tuhan kan???
    tahniah.kak!!
    semoga langkah akak akan sentiasa dirahmati Allah.

    Like

  92. shima berkata:

    TAHNIAH!! BUAT AKAK NIK SEMOGA KEJAYAAN ANDA DAPAT MENJADI PENDORONG
    SEMANGAT UNTUK SEMUA..ASSALAMUALAIKUM

    Like

  93. anis berkata:

    tahniah ana ucpkn atas kejayaan kak madihah. Kak madihah boleh tak kasih ana sedikit semangat untuk UPSR 2010…. Ana rase diri ana terlalu lemah tpi ana tetap akn usaha untuk mencipta kejayaan seperti kak madihah insya -allah…. Ana turut kagum dgn semangat kak madihah untuk membantu keluarga kak madihah yg serba kekurangan…….anywhere tahniah sekali lgi atas kejayaan kak madihah….ana hrp kak madihah dapat membantu ana untuk meningkatkn rase keyakinan dlm diri ana …… sekian wassalam….

    Like

  94. Hana Syakirah berkata:

    Assalamualaikum w.t.h……..akak….saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan akak ……insya-Allah…..saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk jadi macam akak…..saya pun bakal murid tingkatan satu di sekolah akak tu…….sekolah menengah agama maahad muhammadi kota bharu kelantan……dan bakal jadi ore klate…….good luck!!!

    Like

  95. rabiatul berkata:

    salam..
    sye jge rse amt bngga akn kak madihah yg tlh brjya dlm spm yg lalu…
    saya harap smoga kejayaan ini dpt membakar semangt sye utk brjya dlm kehidupan

    Like

  96. izam berkata:

    ok

    Like

  97. athirahyusoff berkata:

    assalamualaikum…tahniah atas kejayaan kak long..bangga angah dapat sepupu mcm kak long..study kat Jordan tu jg lupekan keluarga kat sini k…blaja la elok2…angah doakan kak long berjaya dunia akhirat…aminn

    Like

  98. shafiq aiman b. usof berkata:

    bagus, saya pun nak jadi macam tu teruskan perjuangan anda

    Like

  99. Sofia Bt Mohd Ahsanuddin ( SMA Al-Ihsan,Kuantan). berkata:

    Assalamualaikum w.t.h,
    Tahniah saya ucapkan atas kejayaan akak.Kalau boleh saya pun nak jadi pelajar cemerlang macam akak.Saya dah baca buku ” Catatan hati Nik Nur Madihah”.Kakak tabah dalam mengharungi hidup walaupun dalam keadaan sederhana.Alangkah baiknya kalau saya ada kakak macam akak.Saya doakan kakak supaya kakak berjaya di dunia dan akhirat.amin.

    Like

  100. Shamimi berkata:

    Assalamualaikum,
    saya kagum dgn kak nik nur madihah….wlu pn hidupnya susah, dia membuktikan yg kemiskinan itu bkn penghalang baginya untuk mencapai kejayaan..malah,mungkin salah satu pendorongnya untuk mencapai kejayaan..anyway,tahniah kak nik nur madihah!!

    Like

  101. hisyam 654 berkata:

    Semoga awak sihat dan sejahtera di bumi Jordan sana. Jangan lupakan kita. Jangan berubah hati. Teruskan langkah awak sebagai Srikandi Islam yang semua umat Islam nantikan. Bangganya saya dengan awak. Alhamdulillah…..

    Like

  102. Nina berkata:

    tahniah kakak nik nur madihah.. saya bangga dgn kakak.. sy harap sy akn mnjadi seperti kakak kelak..amin

    Like

  103. azieygreen berkata:

    assalamualaikum,,.. YA ALLAH!!! best nye law sy jdy akak Nik Nur Madihah…
    Thniah akak!!

    Like

  104. anis berkata:

    assalamu’alaikum..tahniah kak madihah..sy pon nk jd cm kak madihah..insyaAllah..smoga kak madihah brjaya duniawi dan ukhrawi..

    Like

  105. afiqah zahari berkata:

    Taniah atas kejayaan akak nik .akak tolong doakan adik untuk berjaya macam akak….

    Like

  106. AUDRA berkata:

    tahniah kpd kakak.
    saya mnjdkn akak sbg teladan….
    doakan saya juga…..

    Like

  107. nadiah berkata:

    askum……..kak madihah..saya nak jadi macam akak…..

    Like

  108. Aiman berkata:

    Assalamualaikum kak….saya sebenarnya akan menduduki peperiksaan UPSR tahun 2010.Saya ni budak yang pemalas nak belajar,belajar apabila disuruh dan saya juga sering melayari Internet yang tidak berfaedah.Sya terharu dengan kejayaan kakak.Saya juga ingin jadi macam kakak.”Belajar bila terasa nak belajar dan bukan dipaksa”.Saya akan ingat itu sampai bila-bila.Terima kasih kak.Tahniah………….!!!!!!!!!!!!

    Like

  109. dina berkata:

    congrates to kak MADIHAH…..
    kak MADIHAH hebat!!!!

    Like

  110. wanie pinky berkata:

    sy bbangge dgn kaq madi..arap2 kak bek2 aje kt Jordan…adk sbnrny nk mntk nsht dr akak ttg stdy..camne nk succes lam exam??akak leh tlg kn..k bbbyee

    Like

  111. intan berkata:

    assalamualaikum ,, tahniah atas kejayaan akak ,, akak saya pelajar tingkatan 3 ,, tahun nie akan menghadapi peperiksaan pmr ,, kak boleh tolong bagi tips cara akak belajar boleh tak ,,

    Like

  112. anis berkata:

    tahniah kak madihah..semoga berjaya di dunia dan di akhirat..
    akak,saya student kat ipta..nak tnye akak macam mana nak lahirkan semangat belajar tp agama pun berjalan seiring…kalau blh akak kongsikan rahsia kejayaan akak….

    Like

  113. Siti Munirah berkata:

    Terharu dengan Kejayaan Akak Madihah

    Like

  114. Azera berkata:

    Assalamualaikum……tahniah atas kejayaan kak nik nur madihah…..saya berbangga dgn kejayaan kak dan menjadikan kak sebagai idola saya utk mendapat keputusan yg terbaik dlm spm pada thn hadapan…

    Like

  115. amarina berkata:

    bijook mung!!!x seko aku ,mu buleh 20A.TAHNIAHHH AHHH…………..

    Like

  116. asnielah berkata:

    asalamualaikum…alhamdulila…syukur pada Allah,ada juga org separti kak nik madiha ni…TAHNIAH!!!!sy brbangga dgn kejayaan kak….semoga berkekalan kejayaan dan keimanan bersama…Amin…

    Like

  117. intan muhainee berkata:

    saya mengucapkan tahniah kepade kakak nik nur madihah…..
    kerana berjaya mendapat kejayaan dalam SPM…
    akak adelah idola saye sampai bila-bila….
    🙂

    Like

  118. nurul tasnim husna bt mohd zidi berkata:

    saya suka cara awak belazar saya ni murid tahun 5.

    Like

  119. MuHd KhaLid berkata:

    SALAM….madihah tahniah atas keputusan yang cemerlang yang telah awk capai.:)

    Like

  120. myzatul.. berkata:

    tahniah ya kak..tringin jdi cam kak…tpi tak taulah…doakan sya jdi cam kak ye..:)

    Like

  121. watashe muslimah berkata:

    alhamdulillah&tahniah 4 k.madihah 4 your excelent result

    Like

  122. Tanpa Nama berkata:

    oooo….hebat la akak…20A sume rembat…
    tahniah akak…doa2 la untk org kite ye kak…
    kita org pon doa gak…

    Like

  123. Muslim berkata:

    oooo…..hebat la akak..skali 20A akak rembat….
    tahiah ye kak….doa2 la untk org kite ye….
    kita org pon doa sesame..pape pon akak mmg tebaik…

    Like

  124. Muhammad Azwan berkata:

    akak…nolong doakan saye skaliye kak…
    harap2 dpt bejaye mcm akak…
    kalo dpt syukur alhamdulillah kuucapkan padaMu Ya Allah..

    Like

  125. Muhammad Azwan berkata:

    ooooo….hebat nye akak..sampe 20A akak rembat…
    alhamdulillah…syukur….akak..nolong2 sakli doa2
    untk org kite ye….tahniah kat akak sbb bejaye…

    Like

  126. Tanpa Nama berkata:

    wow…..tahniah akak madiah…..sampai dapat 20 A……pergh….hebatnyer….syukur kepade allah…

    Like

  127. Faridzuan berkata:

    Salam. Saya cukup2 terharu membaca entri ini. Walaupun akak Madihah berasal drpd keluarga yg kurang bernasib baik, tapi akak Madihah telah memberi insprasi yang kuat kepada saya bahawa sesiapa pun boleh berjaya, tidak kiralah dia anak siapakah apa. Tahniah atas kejayaan akak Madihah!!! Semoga akak berjaya di luar sana! Dan doakan agak saya lulus cemerlang untuk SPM 2012 nanti! 🙂

    Like

  128. WA berkata:

    CONGRATE FOR KAK NIK NUR MADIHAH..SAYA BERHARAP AGAR SAYERR DAPAT MENJADI SEPERTI AKAK SUATU HARI NANTI….AKAKLAH IDOLA SAYERR DALAM PELAJARAN…SAYERR BERHARAP AGAR AKAK BERJAYA KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI LAGI DAN AKAK JUGA BOLEH MENGHARUMKAN NAMA NEGARA MALAYSIA…AMIN….

    Like

  129. nurul zana berkata:

    sye pon nak jadi mcm kakak,bijak,rajin dan banyak lagi keistimewaan yg kakak ade.. tahniah kak madihah….

    Like

  130. HIDAYAH berkata:

    TAHNIAH KRANE TLH BUAT YG TERBAIK .SAYA RASA .SAYA MAHUKAN KAKAK SEBAGAI IDOLA SAYA YG SYE KAGUMI

    Like

  131. HIDAYAH berkata:

    DO THE BEST

    Like

  132. wan..anok yah pa berkata:

    salam..mufo2 kito sam2 berjaya..ana bnggo jd 2 pupu enti,,mudh2 kturan kito terus maju ke depn..jgn pk hok ore nok kato kito..okk

    Like

  133. iqa berkata:

    macam mana buat widget senyum pensil berpusing………..

    Like

  134. adibah berkata:

    cikgu slalu cakap ikut conttoh kak madihah yang berjaya mlaupun dri keluerga yang susah..smoga kak madihah berjaya selalu…

    Like

  135. Tanpa Nama berkata:

    akak semoga sukses…akak tlh menaikan semagat diri saya nie..:)
    i hope you all pray me okey because saya thun nie ambil PMR doakan saya k…terima kasih…

    Like

  136. sasa berkata:

    tahniah

    Like

  137. Tanpa Nama berkata:

    kemiskinan bkn penghalang utk berjaya

    Like

  138. shinsami berkata:

    spm 2011 tinggal 12 hari aje lagi…………persedian tak seberapa,banyak lagi tak ulangkaji… nak sangat dapat keputusan cemerlang macam kak madihah….

    Like

  139. nurul zahirah berkata:

    tahniah kak madihah..harap saya dapat mngikuti jejak kakak

    Like

  140. zue berkata:

    salam. akak hebat!

    Like

  141. fasha berkata:

    apa rahsia kak madihah selain yang ada kat dalam petikan diatas….ceritakan lah sedikit- demi sedikit….please…

    Like

  142. Tanpa Nama berkata:

    taniah kak sye rse sye akn jdkan akq idola

    Like

  143. Cikgu ICT berkata:

    Tahniah diucapkan kepada adik Madihah, semoga adik terus berusaha mengejar cita-cita dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

    Like

  144. Tanpa Nama berkata:

    tahniah sy ucapkan ya btl kemiskinan bkn pnghalang utk trus maju tp semangat utk trus bjya dlm hdup keluar dr kemiskinan

    Like

  145. ila berkata:

    Kjayaan adik Madihah memberikan titik semangat kpd saya untuk terus berusaha wlpun diri ini memiliki kekurangan yg perlu diperbaiki…..

    Like

  146. shahrafi berkata:

    saya harap saya dapat memiliki kejayaan dalam spm seperti kak madihah 🙂

    Like

  147. nursyahirah berkata:

    akak sy nak UPSR tahun ni..mintak2 sy dapat jadi pelajar cemerlang macam kak madihah
    “tahniah kak madihah”

    Like

  148. Tanpa Nama berkata:

    akak nik mardihah,nie memang terbaik kraa tlah mengharumkan nama negara kita.Adik fiq hrap kak madihah sihat dan tahniah……all the best….from adik fiq…

    Like

  149. Tanpa Nama berkata:

    salam…ukhti nik, semoga dlm keadaan sihat…syabas ukhti dpt 20A ….. ukhti… ana teringin berjumpe dgn ukhti…ana harap suatu ari nnti kite bertemu…insyaallah….amin..smile..ukhti nik…salam….

    Like

  150. qeema berkata:

    salam…kak madihah…tahniah yer…atas kejayaan akak tu..kalau boleh..teringin saya nak berjumpa dengan akak…tapi apakan daya saya…nak contact pun tak boleh..akak juga menjadi sumber inspirasi dan juga semangat saya untuk trus berjaya seperti akak…and saya doakan semoga akak berjaya di dunia dan di akhirat…amin…

    Like

  151. najib berkata:

    tahniah atas kjayaan!!!takbir

    Like

  152. Tanpa Nama berkata:

    Assalamualaikum,tahun niy,2012,saya akan menghadapi pmr….harap semua doakan saya dapat straight A….kalaw boleh doakan skali untuk trial…..terima kasih

    Like

  153. Nur Zhafiqah berkata:

    Assalamualaikum semua,doakan saya dapat straight a untuk pmr niy….2012 nak amek pmr….kalaw boleh,doakan skali untuk trial…terima kasih

    Like

  154. Tanpa Nama berkata:

    Salam akak tahniah ye.kalau akak sudi akak dtg la sekolah saya.sekolah kebangsaan sungai nibong. Parit 12 sungai nibong sekinhan selangor

    Like

  155. manisha binti harun berkata:

    assalamualaikum akak ,,, sya manisha binti harun,,, sya berasa kagum dengan kelebihan akak dalam plajaran dan agama,, sesungguhnya akak tlh mnjdi seorang insan yg menyinari mata dunia ciptaan allah ,, sebenarnya akak adalah idola sya ,,, akak membuat sya lbih bersemangat untk trus berusha , beljar dri ksilpan sblumnya, kuatkn lgi iman sya ,,, sya berhrp akak akn doakn sya untk brjya mndpt kptusn yg cmrlang dlm upsr, sya jga berhrp agr akak dpt doakn sya mnjdi seorang insan yg berguna suatu hari nnti ,,,, sya doakan agr akak bahagia disisi kluarga trcinta ,,, assalamualaikum

    Like

  156. alia berkata:

    salam,tahun nie saya akn menduduki pmr.susah betul nak atasi penyakit malas.saya dah byk kali muhasabah diri tapi duk mcm tu jugak.lagi sebulan setengah nak pep.saya masih malas mengulangkaji pelajaran.kalau saya betul2 berubah adakah saya boleh berjaya?

    Like

    • mmm berkata:

      tahniah adik madihah..walaupun dah 5 tahun berlalu,namun kejayaan anak melayu yang serba kekurangan ni patut dijadikan contoh pelajar sekarang.Pelajar sekarang ni bila nak belajar ja asyik menunding kekurangan sana sini tapi belajar dak juga..adab dengan guru pun dah tak ada..

      Like

  157. wan nur nazihah berkata:

    Assalamualaikum warahmatullahi
    W.b.t.. Subhanallah.. Allahu akbar.. Semoga kejayaan selalu mengiringi akak di dunia akhirat..
    Insya
    Allah..amin3x..ya rabbal ‘alamin.. 🙂
    A

    Like

  158. nur syazwana berkata:

    saya sedik melihat rumah nik nur mardihah

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada Tanpa Nama Batal balasan