Lirik Lagu “ALLAH PEDULI” Boleh Memesongkan Akidah Umat Islam

“JELITA”– Pasti ramai yang meminati drama ini yang disiarkan melalui TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis (kalau tak silap ana la), malah ada yang menunggu-nunggu dan tidak melepaskan walaupun satu episod untuk menonton drama bersiri ini.

monicaDengan penampilan pelakon cantik Indonesia “AGNES MONICA” (Gambar) pasti tidak berkelit mata bagi sesiapa yang melihat penampilannya. Dalam drama tersebut, lagu “MATAHARI” pasti menjadi siulan ramai peminatnya sama ada di Indonesia atau Malaysia. Tetapi kita perlu berhati-hati dengan lagu yang disampaikan penyanyi ini. Mungkin peminat tidak perasan khususnya yang beragama Islam dengan lirik lagu “ALLAH PEDULI” nyayian AGNES MONICA, kerana liriknya boleh menimbulkan keraguan dan boleh memesongkan akidah umat Islam.

Perhatikan lirik lagu “ALLAH PEDULI” – AGNES MONICA di bawah ini :

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti

Mereka menggunakan kalimah “Allah Yesus” itulah yang boleh menimbulkan keraguan kepada kita. Ana percaya pasti ramai yang meminati lagu ini, namun sama ada kita perasan atau tidak ini persoalannya. Mungkin ini adalah taktik untuk mengelirukan dan memesongkan akidah umat Islam.

Oleh itu, kita perlu berhati-hati agar kita tidak mudah terpedaya dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah.

Hari ini Harian Metro ada melaporkan bahawasanya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyarankan agar lagu tersebut diharamkan kerana boleh merosakkan akidah umat Islam. Untuk membaca selanjutnya, sila KLIK DI SINI.

Kalam Abu Musaddad/Jumaat 13 MAC 2009
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

5 Responses to Lirik Lagu “ALLAH PEDULI” Boleh Memesongkan Akidah Umat Islam

  1. hendri berkata:

    Ass.
    Kaka Abu memang apa tidak boleh orang kriten pangil tuhanya dengan Allah,setahu saya orang kristen sama Allah cuma dengan bacaan yang beda??? Atau bagai mana

    Like

  2. hisyam 654 berkata:

    saudara hendri,
    maaf saya tidak tahu sama ada anda muslim atau bukan. di sini kita terhimpit di dalam persoalan yang sangat panjang dan berkait. saya tidak punya kesempatan menerangkan kesemuanya. kami yang berada di dalam rumpun bangsa melayu suatu ketika pernah dimuliakan oleh Allah dengan kemuliaan yang terlalu besar dan agung.

    kemuliaan itu adalah kemasukan bangsa kami ke dalam agama yang benar iaitu agama islam secara seluruhnya. sehingga bagi kami, melayu itu pasti islam. ini menggambarkan bahawa pada suatu masa bangsa melayu pernah dimuliakan oleh Allah hanya kerana islam yang dipegangnya.

    setakat ini, hanya bangsa melayu dan maldives sahaja yang pernah memiliki keadaan demikian. tetapi kini keadaan sudah berbeza. memang di mana-mana negara di dunia ini pun kalimah Allah boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. tetapi itu kerana mereka tidak mengalami apa yang kami pernah alami. kami telah mewartakan bangsa melayu sebagai wajib beragama islam. kerana ingin memelihara anak cucu kami.

    itu salah satu caranya.
    kerana Allah sememangnya menerima ISLAM sahaja dan tidak bersedia menerima yang lain kerana hanya ISLAM yang Allah pelihara sesuai dengan zat dan sifat Allah itu sendiri sementara fahaman lain telah merosakkan makna ALLAH itu dengan kerosakan yang tidak dapat diterima.

    Kepada ALLAH jua kita kembali.

    Like

  3. Lo berkata:

    Semua agama di dunia boleh menggunakan perkataan Allah. Allah maksudnya Tuhan juruselamat manusia. Tidak ada sesiapa pun agama di dunia ini melarang agama kristian
    menggunakan Allah atau memuji Allah. Jika bible menggunakan Allah kenapa ada agama lain yang marah.Fikirkanlah.

    Like

  4. nurkasih berkata:

    assalamu alaikum.. Kita sbgai umat Islam perlu sedar tgjawab kita dalam memelihara Islam.. Jangan la kita lalai lagi wahai muslimin n muslimat.. Fitnah akhir zaman ini terlalu hebat.. marilah kita bersatu agar kita selamat dr fitnah dunia.. wallahualam..

    Like

  5. ALYA NIZAINA berkata:

    SAYA SUKE LAGU NIE SEBAB IA MENGINGAT SAYA KEPADA ALLAH S.W.T I LOVE THE SONG

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: