SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H/2009M

111

SEMPENA Hari Maulidur Rasul hari ini, 09 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiul Awal 1430H, ana ingin mengucapkan “SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1430H” kepada semua pelawat dan umat Islam seluruh dunia.

Marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk membuktikan kecintaan dan kerinduan kita kepada Baginda SAW.

Sehubungan dengan itu, Bandar Baru Tanjong Manis telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Zon Tanjong Manis 1430H/2009 pada tahun ini.

Antara program yang dianjurkan ialah pertandingan sepanduk dan kontinjen terbaik, persembahan nasyid dan forum perdana yang di adakan di Dewan Masyarakat Bandar Baru Tanjong Manis.

Bagi pertandingan sepanduk dan kontinjen terbaik, ia terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori 1 terdiri daripada sekolah rendah dan kategori 2 pula ialah terdiri daripada jabatan kerajaan, pertubuhan, kampung dan kilang.

Untuk Kategori 1, TAHNIAH diucapkan kepada SK Tanjong Manis kerana menjadi JOHAN bagi pertandingan sepanduk dan kontinjen terbaik pada tahun ini. Manakala NAIB JOHAN pula adalah SK ABANG GESA BELAWAI.

Selain itu, Gabungan JKKK Kampung & PPWS Belawai pula menjadi JOHAN bagi kategori 2, diikuti T.M.D Sdn. Bhd selaku NAIB JUARA. TAHNIAH sekali lagi kepada peserta yang BERJAYA, dan kepada peserta lain diharap mencuba lagi pada tahun hadapan.

Namun jangan kita lupa objektif utama diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah SAW. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Dibawah ini adalah gambar-gambar sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Zon Tanjong Manis 1430H/2009M :

nasyidPersembahan nasyid oleh PPWS Bandar Baru Tanjong Manis

nasyid-2Persembahan Nasyid oleh wanita kampng Rajang

forumforum-2

sktgmanisPenulis bersama Murid-murd dan Guru-guru SK Tanjong Manis : JOHAN kategori 1 Pertandingan Sepanduk & Kontinjen Terbaik 1430H/2009

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 9 Mac 2009, in SK TANJUNG MANIS, Tanjung Manis. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. mohamed hj hassan

    salam,
    ada gambar perarakan maulidur rasul,ustaz? gambar kumpulan yb dan dato. tkasih.
    mohamed hj hassan, tmd

    ***KAM : Emm tak ada banyak sangat gambar sambutan maulidur rasul hari tu, sbb masa tu saya jadi AJK pertandingan, tak ade masa tuk amik gambar…Cuma ada 2 3 keping jer gambar YB Norah dan Tuan Hj Lin ketika berucap…Tu jer saya ada…***

  2. lancau ilaw tanjung manis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  3. TENGOK SHAHMI ASA KMK CINTA NGAN KTK…………MUN NANGA NAS AK AWEK ASA SUKA NGAN KTK………I LOVE U MADAH NGAN KTK DUAK KKKKKKKKKK.KMK SUKA KTK AHI PESAAN BENCI

  1. Pingback: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H/2009M Video

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: