YouTube Kes Buli Pelajar

buliDipetik : Dari Kosmo! Online

SEMALAM ana juga sempat melihat aksi buli sekumpulan pelajar ala-ala muai dalam filem Ongbak yang disiarkan buletin Tv3. Tindakan berani sekumpulan pelajar tersebut merakam dan memasukkan aksi buli mereka ke atas pelajar lain dilaman YouTube mungkin memeranjatkan semua pihak. Walaupun sebelum ini sudah banyak kes-kes seperti ini berlaku.

Di dalam klip video selama 3.05 minit itu, mangsa yang dikatakan seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat dilihat disepak, diterajang dan dipukul walaupun mangsa kelihatan cuba merayu agar tidak diapa-apakan, tetapi dia terus dibelasah tanpa belas kasihan.

Hari ini pula akbar kosmo! juga menyiarkan laporan yang sama, untuk baca klik di sini. Tindakan berani sekumpulan pelajar ini menimbulkan banyak persoalan kepada kita. Adakah mereka tidak mengetahui kesan dan akibat di atas kelakuan mereka dan siapakah sebenarnya merakam dan memasukkan aksi tersebut dilaman YouTube. Semuanya masih dalam siasatan polis.

Sebenarnya kisah buli ini bukan kes yang pertama berlaku, sebelum ini pun banyak kes seperti ini berlaku melibatkan pelajar sekolah sama ada diperingkat menengah atau IPTA/IPTS. Kenapa masalah ini sampai sekarang masih tidak dapat dibendung ? Adakah peraturan yang digunapakai sekarang sangat longgar ? Atau peredaran masa dan zaman serta pengaruh luar menyebabkan pelajar-pelajar kita menjadi liar ?

Marilah sama-sama kita fikirkan apakah sebenarnya faktor dan penyebab kes ini berterusan berlaku sehingga hari ini. Sekiranya ada di antara rakan-rakan dan teman yang ada pandangan dan pendapat, silakan beri komentar di bawah ini.

Advertisements

7 Responses to YouTube Kes Buli Pelajar

  1. soulharmony berkata:

    salam dari KalSel

    Like

  2. shafifah berkata:

    MAJLIS SEMPENA MAULIDURRASUL 2009

    aturcara @ 7 Mac 2009:
    1) KULIAH SUBUH oleh:
    AL-HABIB SOLEH BIN MUHAMMAD AL-JUFRI

    2) MAJLIS UTAMA bermula 6.00 PTG :
    – CERAMAH oleh HABIB SOLEH AL-JURFI .
    – bacaan WIRDUL LATHIF
    – Solat Maghrib
    – bacaan MAULID & QASIDAH
    – CERAMAH UTAMA oleh :
    HABIB KAZIM BIN JAAFAR AS-SAGGAF
    (Pendakwah dari Tarim , Hadramaut, Yaman)

    anda juga turut dijemput
    ke QIYAMULLAIL & BACAAN BURDAH
    bermula pada :
    3.30 pg ISNIN (9 MAC 2009)

    ANDA SEMUA DI JEMPUT HADIR
    ————————————————————
    JADUAL MAJAALIS HABIB KAZIM AS-SAGGAF
    TARIKH
    mASa
    PROGRAM
    TEMPAT MAJLIS

    5/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid AlBukhari K.Lumpur

    6/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid Nahdatul Islam Sek 18 Shah Alam

    7/3
    6 mlm
    Maulid
    Masjid Al-Falah USJ 9

    8/3
    12 t/hari
    Kelas
    Madras An-Nur di Pantai Dalam

    8/3
    7 mlm
    Maulid
    Baitul Qurra,Sg.Udang Melaka

    9/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid Baitul Aman,K.Lumpur

    10,11,12/3
    Program di Pulau Pinang,Kedah dan Perlis

    13/3
    12 t/hari
    Khutbah
    Di Masjid UIA

    14/3
    11 pagi
    Bahas
    Perbahasan di Jenderam

    14/3
    7 mlm
    Maulid
    Di Jenderam

    15/3
    12 t/hari
    Kelas
    Madras An-Nur

    di Pantai Dalam

    15/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid Kg.Kuala Tekal,Temerloh,

    Pahang

    16/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid Seremban N.Sembilan,

    17/3
    7 mlm
    Maulid
    Melaka

    18/3
    7 mlm
    Mauid
    Rumah Ben Alawi di Kemensah Heights

    biodata ringkas pencramah utama

    Ø Nama : al-Habib Musa al-Kazim bin Ja’far bin Muhammad as-Saggaf

    Ø kelahiran : di Tarim , Hadramaut , Yaman . Tahun 1960

    Ø menghafaz al-Quran dan lain-lain ilmu yang berkaitan d Bandar Tarim daripada Para Masyayih dan para Habayib di sana , khususnya di pusat pengajian al-Quran Abi Maryam[1] , di Ribath Tarim[2] .

    Ø Seterusnya mendalami ilmu agama dengan bertalaqqi di hadapan para Ulama di Ribath al-Baidha’ , Bandar al-Baidha’, Yaman.

    Ø Apabila pulang ke Tarim , diberi tanggungjawab yang berat memimpin Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , cawangan Bandar al-Syihr[3], selama 6 tahun .

    Ø Seterusnya melebarkan dakwahnya mengajar di Ribath ar-Raudhah dan ribath an-Nuur di Bandar Mukalla[4]
    Ø sekarang ini menjadi guru di Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , Kampus Induk di Tarim . Juga sebagai ahli jawatankuasa Ifta’ di sini .

    Ø Beliau sering dijemput ke luar Negara bagi menyampaikan dakwah yang mulia di majlis-majlis ceramah, multaqa’, seminar dan sebagainya di serata dunia . Antaranya ksering ke Jerman , UK, Amerika , Norway dan lain-lain Negara di Benua Eropah , Afrika, termasuklah ke Asia Tenggara ini khususnya ke negara ini.

    Ø Tidak ketinggalan juga , banyak mengarangkan kitab-kitab agama bagi menyebarluaskan kebenaran Islam ke seluruh pelusuk Dunia .

    ——————————————————————————–

    [1] Abi Maryam : Terkenal sebagai pusat pengajian al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya (seperti Tajwid, Qiraat dsbg) . Terletak di Bandar Tarim. Telah diasaskan lebih daripada 100 tahun yang lalu. Melahirkan ramai penghafaz al-Quran khasna di kalangan para Ulama.

    [2] Didirikan pada tahun 1304h (1886m). Dipimpin oleh Mudir yang pertamanya: al-Habib Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur, kemudian al-Habib Abdullah bin Umar asy-Syathiri, seterusnya al-Habib Hasan bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri dan kini dipimpin oleh al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri. Dibina di tengah Bandar Tarim menjadi tumpuan ahli ilmu bagi mendalaminya. Melahirkan ramai para Ulama termasuk daripada rantau nusantara ini .

    [3] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.

    [4] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.

    http://pondokhabib.wordpress.com

    ***KAM : Syukran di atas informasi ini…****

    Like

  3. Khairuddin berkata:

    Aiseh man.. Budak2 ni suka suki buli orang.. tak pe2.. tunggu dia masuk U.. Siap la.. Huhu.. (kasi gertak skit..)

    Like

  4. aida berkata:

    emmm… terkenang anak lelaki kak aida yg baru masok SM Teknik… selalu telepon nak balik….x tahan dok asrama….. sabau ajelah…..

    Like

  5. NOOR berkata:

    bebudak yg suke buli nie xde otak ker?? korg berani sbb korg ramai.. cuba klu ko idup sorg2 kt tmpat org nti.. kene lak buli mcm tu cane??? msti ko rase terseksa ko kn??? mse 2 ko xpayah lah nak merayu2 k.. ingat ckit mak bapak yg bsrkan ko pn x abis ilang lg penat lelah jg ko!! pk la mak bpak org lain yg ko buli ank dorg nape?? korg sakit mentel ke?? klu sakit g lah rumah sakit jiwa!! jan myusahkan idup org nk cari kebahgian kt bumi yang suci nie..

    Like

  6. Asma berkata:

    remaja sekarang semakin ganas.. kawan lelaki saya dekat sekolah tue pun ganas gak.. apa nak jadi dengan remaja sekarang???????

    ****KAM : Beri nasihat…Kalau boleh jangan dekati kawan2 yang ganas…****

    Like

  7. Ibrahim berkata:

    Salam;

    Saya rasa masaalah buli ni terlalu diperbesarkan biasalah adik dengan abang anak jantan pulak. Saya rasa mereka yang masuk sekolah asrama sekitar tahun 70 an dan 80 an boleh memberi komen yang bernas. Jadi kes ini perlu ditangani dengan bijak tak perlu lah nak bawa sampai ke mahkamah masuk surat kabar. Cuba tanya bekas pelajar tahun 70 an dan 80 an berapa ramai yang kena sebat, kena pumping, kena ketuk ketampi, kena lari pusing padang waktu malam sebab kes beramah mesra senior dan junior. Tapi sorang pun tak pernah cerita kat emak bapak masing masing sebab takut kena tambah sekali ganda lagi dan tak ada pulak yang pergi mengadu sebab kena sebat.

    Saya cadangkan agar hukuman rotan dilonggarkan semula agar warden asrama pun boleh sebat pelajar, guru besar dan guru disiplin pun boleh, jadi walaupun pelajar nakal tapi dispilin boleh dikawal. Budak budak belasan tahun memang suka mencuba itu dan ini..

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: