Monthly Archives: Mac 2009

Perokok Lebih Hina Daripada Lembu

APA KATA TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT :

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

perokokBerkata Tuan Guru lagi, amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

Read the rest of this entry

ENGKAU PERMATA HATI

puisi-kalam-abu-musaddad-21

Mahu Murtad Kerana Dihina

KENAPA MURTAD JADI PILIHAN ???

TERSENTUH hati ini bila membaca kisah 11 beranak di Kampung Jaya Gading Kuantan, Pahang, yang dilaporkan oleh Harian Metro hari ini dikatakan nekad mahu keluar Islam sebagai jalan terakhir membebaskan diri daripada belenggu derita akibat tidak tahan dengan kejian dan cacian masyarakat setempat gara-gara mereka adalah keluarga miskin. Klik di sini untuk baca.

Adakah ini jalan yang terbaik buat keluarga ini ? Adakah dengan cara murtad boleh menyelesaikan segala masalah ? Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Azmah, sepertimana yang dilaporkan oleh Harian Metro, dia dan suami, Rahim, 40, begitu nekad sekali untuk mengambil keputusan menukar agama kerana tidak sanggup sering menjadi bahan cacian dan penghinaan masyarakat, malah sembilan anak mereka juga turut menjadi mangsa buli rakan sekampung.

“Saya kecewa dan tak tahu apa salah keluarga kami hingga ada kaki buli anak saya tergamak memotong saluran paip yang menyalurkan air dari surau berhampiran ke rumah kami selain melemparkan batu ke cermin,” luah Asmah ibu kepada sembilan anak berusia antara lima bulan hingga 14 tahun.

Read the rest of this entry

Ayam Cucuk…Halal atau Haram ?

HALALKAH AYAM YANG ANDA MAKAN ?

ayam-cucuk

Foto dipetik : Harian Metro

AL-KISAH ayam cucuk ini sebenarnya pernah didedahkan beberapa tahun yang lalu. Tetapi hari ini sekali lagi kisah yang sama terbongkar ekoran penyerbuan yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sekitar Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, awal pagi semalam. Hasil serbuan itu, pihak JAIS menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syara’.

Persoalan yang timbul di sini ialah halalkah ayam yang kita makan hari ini ? Lebih mengejutkan apabila 38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.

Read the rest of this entry

Tarikh Rebat Tunai Dilanjutkan Sehingga 14 April Ini

KEPADA mana-mana pemilik kenderaan yang belum membuat tuntutan rebat tunai, kerajaan telah melanjutkan tarikh akhir sehingga 14 April ini tempoh tuntutan rebat tunai bagi subsidi petrol kepada pemilik kenderaan, yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac.

Pemilik kenderaan yang layak, adalah digalakkan memperbaharui cukai jalan kenderaan di mana-mana 691 pejabat pos di seluruh negara untuk membolehkan mereka menerima rebat tunai pada hari yang sama.

Read the rest of this entry

Pihak Sekolah Diarah Rampas Telefon Bimbit

telefon

BERKUATKUASA hari ini, pelajar sekolah tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Pihak sekolah khususnya guru disiplin diarahkan supaya merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Antara sebab kenapa arahan merampas telefon bimbit ini hendaklah dilaksanakan ialah pergaduhan sering berlaku dikalangan pelajar akibat kehilangan telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka.

Read the rest of this entry

20A Telah Mengubah Nasib Keluarga Nik Nur Madihah

Dapat Rumah, Ditaja Biasiswa Belajar di London :

BAK kata pepatah, ” TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA TIADA SIAPA YANG TAHU”. Begitu juga dengan keluarga pelajar cemerlang SPM 2008, adik Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal.

NIK NUR MADIHAH NIK MOHD KAMAL / NIK AZIZ / KOTA BHARU

Nik Mohd. Kamal Hussien, 41, mungkin tidak pernah bermimpi untuk mendiami rumah bernilai RM130,000 dan menghantar anaknya belajar ke luar negara.

Dengan pendapatannya sebanyak RM500 sebulan sebagai nelayan, tidak mungkin nelayan dari Pengkalan Chepa, Kelantan itu dapat berbuat demikian.

Namun, semua itu bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi hanya kerana kecemerlangan anaknya Nik Nur Madihah, 18, yang memperoleh 19 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Read the rest of this entry

Menyingkap 1001 Rahsia Kejayaan Adik Nik Nur Madihah

KEMISKINAN DAN KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG MERAIH KEJAYAAN :

TERLEBIH dahulu kalam ini ingin mengucapkan “SELAMAT BERCUTI” kepada semua pelajar kerana cuti pertengahan semester 1 telah pun bermula.

nik-nur-madiahahKalam ini juga percaya pasti banyak program-program yang dirancang sempena cuti persekolahan ini. Apa pun program yang dirancang diharap ianya memberi faedah dan manfaat kepada diri anda sekeluarga. Mungkin ada yang merancang untuk pergi melancong, balik kampung dan sebagainya. Tetapi jangan dilupa untuk mentalaah buku khususnya kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini sama ada UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM.

Satu hal yang menarik untuk dikongsi bersama di sini ialah tentang KEJAYAAN adik NIK NUR MADIHAH pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu yang mendapat keputusan CEMERLANG dan PELAJAR TERBAIK SPM 2008 yang diumumkan baru-baru ini dengan mendapat 20A. Apakah rahsia kejayaan beliau?

Kejayaan adik Nik Nur Madihah menarik perhatian semua pihak. Ana difahamkan ramai wartawan pergi ke rumah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk menemuramah beliau. Ekoran daripada itu, kalam ini juga terpanggil untuk berbicara tentang rahsia kejayaan beliau.

Read the rest of this entry

Lirik Lagu “ALLAH PEDULI” Boleh Memesongkan Akidah Umat Islam

“JELITA”– Pasti ramai yang meminati drama ini yang disiarkan melalui TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis (kalau tak silap ana la), malah ada yang menunggu-nunggu dan tidak melepaskan walaupun satu episod untuk menonton drama bersiri ini.

monicaDengan penampilan pelakon cantik Indonesia “AGNES MONICA” (Gambar) pasti tidak berkelit mata bagi sesiapa yang melihat penampilannya. Dalam drama tersebut, lagu “MATAHARI” pasti menjadi siulan ramai peminatnya sama ada di Indonesia atau Malaysia. Tetapi kita perlu berhati-hati dengan lagu yang disampaikan penyanyi ini. Mungkin peminat tidak perasan khususnya yang beragama Islam dengan lirik lagu “ALLAH PEDULI” nyayian AGNES MONICA, kerana liriknya boleh menimbulkan keraguan dan boleh memesongkan akidah umat Islam.

Perhatikan lirik lagu “ALLAH PEDULI” – AGNES MONICA di bawah ini :

Read the rest of this entry

TAHNIAH! BUAT ADIK NIK NUR MADIHAH PELAJAR TERBAIK SPM 2008

Tidak terlambat rasanya kalam ini mengucapkan TAHNIAH kepada semua calon SPM, STAM dan STPM 2008 yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan masing-masing yang telah di umumkan kelmarin.

nik-nur-madihahTAHNIAH juga diucapkan kepada adik Nik Nur Madihah (Gambar), pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan yang mendapat keputusan CEMERLANG dalam SPM dan selaku PELAJAR TERBAIK sekolah tersebut dengan mendapat 19 A1, 1A2 .

Menurut sumber Utusan Malaysia, seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau lebih dalam mata pelajaran yang diambil.

Sebanyak 1,676 calon atau 0.43 peratus pula berjaya mendapat gred 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan seorang calon berjaya mencatat 16 1A, 15 1A (dua orang) dan 14 1A (enam orang).

Mereka yang memperoleh 9 A pula seramai 5,863 calon, manakala 5,909 lagi mendapat 8 A.

Read the rest of this entry

SENARAI TERBARU 20 TERKAYA DI DUNIA

NEW YORK: Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:

1. Bill Gates (AS$40 bilion – Microsoft – Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion – Berkshire Hathaway – AS)

3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion – Telecoms – Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) – Oracle – AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion – Ikea – Sweden)

6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) – Aldi – Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) – petrokamia – India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) – besi – India

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) – Aldi – Trader Joe’s – Jerman

10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) – Zara – Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) – Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) – Wal-Mart – AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) – Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) – Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) – LVMH – Perancis.

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) – Hong Kong.

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) – Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) – Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, AS$14 bilion – pembuatan, tenaga – AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) – pembuatan, tenaga – AS) – AFP

Sumber Berita : Berita Harian Online.

Keputusan STPM Merosot Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Jumlah pelajar cemerlang yang mendapat 5A berkurangan sedikit dalam keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 yang diumumkan semalam.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Dzulkifli Abdul Razak berkata, pada tahun lalu seramai 13 pelajar telah mencapai prinsipal A dalam lima mata pelajaran berbanding 25 orang pada tahun 2007.

“Jumlah itu meliputi 10 orang pelajar aliran sains manakala tiga orang lagi ialah pelajar aliran sastera.

“Secara keseluruhan bilangan pelajar yang mendapat gred A dalam lima dan empat mata pelajaran ialah seramai 267 orang pada tahun 2008 berbanding tahun 2007 iaitu seramai 445 orang daripada kedua-dua aliran,” katanya selepas pengumuman keputusan STPM 2008 dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang di sini semalam.

Read the rest of this entry

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H/2009M

111

SEMPENA Hari Maulidur Rasul hari ini, 09 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiul Awal 1430H, ana ingin mengucapkan “SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1430H” kepada semua pelawat dan umat Islam seluruh dunia.

Marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk membuktikan kecintaan dan kerinduan kita kepada Baginda SAW.

Sehubungan dengan itu, Bandar Baru Tanjong Manis telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Zon Tanjong Manis 1430H/2009 pada tahun ini.

Antara program yang dianjurkan ialah pertandingan sepanduk dan kontinjen terbaik, persembahan nasyid dan forum perdana yang di adakan di Dewan Masyarakat Bandar Baru Tanjong Manis.

Read the rest of this entry

Contohi Semangat Semut

semut1

SEMUT adalah serangga bertubuh kecil tetapi hidup dalam satu komuniti kukuh bersatu padu. Semut dapat dilihat di tempat lembap dan mengandungi sisa makanan. Ada pelbagai spesies semut di dunia dan kehadirannya dalam jumlah yang banyak pasti menggawatkan manusia lantas pelbagai kaedah dilaksanakan untuk menghapuskannya.

Sikap rajin dan dedikasi semut boleh dijadikan iktibar dan pedoman dalam menelusuri roda kehidupan di dunia ini. Perhatikan bagaimana semut apabila mencari makanan, mereka begitu tekun, gigih malah cukup tabah meneroka kawasan dianggap mempunyai sumber makanan.

Meskipun kawasan itu terletak jauh dari sarangnya, namun mereka masih sanggup mencari dan terus mencari sehingga berjumpa dengan sasaran dikehendaki. Semangat kegigihan yang membara itu ternyata ada pada diri setiap semut. Tiada pengecualian kerana semua perlu berusaha mencari sumber makanan keperluan harian.

Read the rest of this entry

YouTube Kes Buli Pelajar

buliDipetik : Dari Kosmo! Online

SEMALAM ana juga sempat melihat aksi buli sekumpulan pelajar ala-ala muai dalam filem Ongbak yang disiarkan buletin Tv3. Tindakan berani sekumpulan pelajar tersebut merakam dan memasukkan aksi buli mereka ke atas pelajar lain dilaman YouTube mungkin memeranjatkan semua pihak. Walaupun sebelum ini sudah banyak kes-kes seperti ini berlaku.

Di dalam klip video selama 3.05 minit itu, mangsa yang dikatakan seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat dilihat disepak, diterajang dan dipukul walaupun mangsa kelihatan cuba merayu agar tidak diapa-apakan, tetapi dia terus dibelasah tanpa belas kasihan.

Read the rest of this entry