Benarkah Chelsea ‘tiada’ Pemain Istimewa ?

chelsea-wallpapers-chelseafc-wallpapers-5

BENARKAH pasukan Chelsea tiada pemain yang istimewa sepertimana yang diperkatakan oleh bekas pengurusnya iaitu Scolari. Ataupan pengurusnya yang kurang menyengat ? Ekoran pasukan itu agak merundung prestasinya dalam persaingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dakwa Scolari lagi, di Chelsea, kami tidak ada pemain yang boleh membuat perbezaan sesama mereka dan melakukan ‘keajaiban’ ketika di padang.

“Robinho mungkin pemain seperti itu. Dia tidak takut membawa bola dan mengelecek dan seorang pemain yang akan mengambil risiko ,” katanya membezakan pemainnya dengan penyerang Brazil milik Manchester City itu.

Penyerang Ivory Coast, Didier Drogba sebelum ini menjadi bintang di Chelsea tetapi Scolari mengetepikannya sebagai pemain yang mampu memberi kelebihannya dalam pasukannya.

“Dalam skuad pilihan saya, sukar bagi mereka untuk bermain bersama Drogba.

“Jika Drogba dan (Nicolas) Anelka di depan, siapa yang akan bermain di sayap? Di tengah? Jadi saya perlu pilih antara turunkan Drogba atau Anelka.

“Drogba nampak kurang keyakinan ketika itu. Selepas dua dan tiga kecederaan, dia masih ‘kehilangan’ sentuhan,” katanya.

Scolari, yang akan digantikan Guus Hiddink juga membayangkan bahawa kapten Chelsea, John Terry juga kekurangan sokongan dalam skuad itu.

“Saya menyokongnya dan saya kira hanya dua atau tiga pemain dalam skuad itu juga seperti saya,” katanya.

APA PENDAPAT ANDA ?

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 14 Februari 2009, in BICARA SUKAN. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: