Ulangtahun KAM yang Pertama…

11

Alhamdulillah…Puji dan syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi kesempatan kepada ana untuk terus berkarya dilaman blog ini. Selawat dan salam juga buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabatnya kerana telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia dari alam jahiliah kepada alam yang penuh dengan ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi pada hari ini.

Hari ini genaplah setahun ana terlibat dengan penulisan blog ini. Kewujudan blog ini adalah hasil dorongan seorang ustazah (pensyarah IPR) semasa ana kursus KPLI dulu. Katanya..Tulislah apa sahaja yang kita tahu..kerana dengan penulisan kita dapat mengasah minda supaya sentiasa berfungsi dan berfikir. Jadi atas dasar itu ana menjadikan blog ini tempat meluahkan apa sahaja ilmu yang insyaallah ianya akan berguna kepada semua pengunjung sebagai satu perkongsian dan amal jariah.

Di sini ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang menyokong kewujudan blog ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekalung penghargaan juga buat anda semua yang sudi memberi kritikan dan teguran membina yang menjadi kayu pengukur buat ana untuk menilai diri. Kerana setiap manusia ada kelemahan-kelemahannya. Tidak ada yang sempurna kecuali DIA.

Kepada pengunjung yang memberi komen, tidak kira apa bentuk komen anda, sama ada galakan atau kutukan semuanya ana terima dengan baik. Sekurang-kurangnya ana mengetahui kelemahan diri. Syukran tuk semua….

Sekarang sudah masuk tahun ke-2 blog ini berbicara dan mengukir kata di alam maya ini. Hanya kepada Allah SWT sahaja ana berserah, mudah-mudahan di beri kekuatan untuk terus menulis. Ameen…..

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 13 Februari 2009, in Tentang Aku. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. baru setahun dah ramai pengunjung cikgu… tahniah dan teruslah berkarya !

    ****KAM : Alhamdulillah…Semoga laman ini dapat memberi manfaat kepada semua….****

  2. Siti Fatimah Ahmad

    Assalaamu’alaikum…

    selamat ulang tahun blog Alwi. terima kasih kerana menghargai kata dorongan dari saya. saya amat menghargai kata penghormatan itu. Semoga Alwi akan terus berkarya untuk berkongsi ilmu. menambahkan kemahiran dalam menulis, menyusun kata dan mencerahkan minda semua pembaca. Hanya dengan cara berjuang melalui tinta taipan ini, kita dapat memeriakan dunia ilmu dan membantu manusia lain mencintai ilmu. menulis dan terus menulis hingga ke titisan dakwat.

    salam mesra selalu dari saya di UKM, bangi. doakan kejayaan untuk saya dan jangan lupa ziarahi saya di blog baru saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: