Semakan Program Matrikulasi Sesi 2009/2010

  • Semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memohon program matrikulasi boleh mengemaskini permohonan masing-masing mulai hari ini sehingga 20 Februari ini.
  • Semakan itu terbuka kepada permohonan yang dihantar dengan mengisi borang secara manual atau menerusi Internet. Semakan itu membolehkan pemohon membuat pembetulan alamat, nombor telefon dan e-mel.
  • Pemohon yang memenuhi syarat dan berminat ke kolej matrikulasi yang menawarkan jurusan teknikal pada sesi 2009/2010 boleh menambah pilihan jurusan dan kolej yang diingini.
  • Kolej berkenaan ialah Kolej Matrikulasi Kedah (Cawangan Pendang), Kolej Matrikulasi Pahang (Cawangan Jengka) dan Kolej Matrikulasi Johor (Cawangan Pontian).
  • Semakan dan pindaan boleh dibuat dengan melayari laman web http://www.moe.gov.my dan terus ke pautan Prauniversiti dengan memasukkan nombor MyKad dan angka giliran. SILA Klik di sini untuk semakan.
  • Pelajar juga boleh menghubungi talian 03-8884 4100 sepanjang tempoh semakan bagi mengemukakan sebarang pertanyaan mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang (hari bekerja saja).

KEMASKINI : Pada Khamis 09 Mac 2009

MAKLUMAT KEPADA PEMOHON PROGRAM MATRIKULASI BAGI LEPASAN SPM

Keputusan boleh disemak mulai 17 April 2009 melalui tiga cara :

1) Layari laman sesawang – http://www.moe.gov.my

2) Sistem Pesanan Ringkas(SMS) – Taip MOE (Jarak-space) MAT (jarak-space) No KP(tanpa ada tanda sempang) dan hantar kepada 15888.

Contoh:    MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888

3) Telefon ke nombor 0388844100

Sumber : http://www.moe.gov.my/bmkpm/

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 8 Februari 2009, in PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. 30 Komen.

  1. terimakasih cikgu. kak aida pun nak semak keputusan anak jugak!

    ****KAM : Ye ker…Mudah-mudahan anak akak berjaya k…****

  2. salam…….web ni ok utk bdak2 yg ada masalah……..

  3. Bosan tul….laman web pa ni???? bagus ko x payah buat ni blog la! Bikin panas……..

    ****KAM : O ye ker blog ni membosankan…So saya nak tanya Terry, apa yang bikin panas tu…???****

  4. no matter what anybody said….. xpayah kesah la Abu Musaddad e… this blog is very gud… while sharing da latest news… u also blh berdakwah…. gud job!!!!!!!!!!!!!!

    ***KAM : Syukran saudari sofia kerana menyokong blog ini….***

  5. saye btoi2 nak tau tarikh semakan ke matrikulasi sesi 2009/2010 yg sebenarnya?coz saye ney bz sket ngan research so don’t have enough time to recheck the result 4 my cousin soon..can u help me please??

    ***KAM : Untuk makluman semua pelajar, Para lepasan SPM 2008 yang telah membuat permohonan ke Matrikulasi KPM Sesi 2009/2010 dijadualkan boleh menyemak keputusan permohonan mereka pada 17 April 2009 ini bagi program satu tahun.

    Mereka yang berjaya akan dikehendaki mendaftar ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 11 Mei 2009. Di sana satu Program Minggu Pengurusan Pelajar Baru akan berlangsung selama tujuh hari.

    Mereka yang tidak berjaya boleh membuat rayuan mulai 17 April sehingga 30 April 2009. Keputusan permohonan rayuan dijangka akan diumumkan pada 22 Mei 2009.

    Mereka yang berjaya dalam proses rayuan ini akan dikehendaki mendaftar ke Kolej Matrikulasi masing-masing di antara 25 Mei sehingga 29 Mei 2009. Mereka yang menangguhkan pengajian dan pelajar yang mengulang juga akan mendaftar dalam tempoh yang sama.

    Sementara itu mereka yang diterima masuk ke Matrikulasi bagi program dua tahun pula akan mengetahui keputusan permohonan mereka pada 3 Jun 2009. Mereka yang berjaya perlu datang mendaftar ke Kolej Matrikulasi yang telah ditentukan pada 15 Jun 2009.

    Semua semakan keputusan permohonan ke Matrikulasi sesi 2009 ini boleh dibuat di laman web Pra Universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sumber : http://eputra.com/tarikh-keputusan-permohonan-ke-matrikulasi-sesi-2009/) ATAU
    Pelajar juga boleh menghubungi talian 03-8884 4100 untuk bertanya terus apa2 masalah yang berkaitan permohonan tersebut. Harap maklum.***

  6. assalam…
    thanx ntk mklumat berguna
    sya ada soalan
    matrik tu dipilih dari segi apa???
    klau amik sci stream
    dpat 4 a-bm , sej .math,agama
    4b-kim,bi,add math , bio
    1c-fizik

    bleh lepaz tak matrik setahun???

    ****KAM : Waalaikummussalam…TAHNIAH kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Berkaitan dengan pemilihan program matrikulasi, pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi dan keputusan SPM calon yang layak. Anda layak memohon. InsyaAllah…Ustaz doakan semoga anda berjaya menjejak kaki ke menara gading…****

  7. salam,

    program satu tahun BIASANYA untuk pelajar yg mendpat keputusan yg bagaimana???kalau A-bm,mm,pai B-mt,fz,km,bio,sj C-bi,est..
    cam ne?agak2 b’dasarkan pengalaman thn2 lps,boleh x degn result cam nih? :)tq

  8. emm..sya nk tnya,kalo result sya 4A(bm,math,pi,sej) 2B(bi,bio) 4C(kim,mat tam,est,ict) dan 1D (fiz)..bleh x msuk matrik…
    tpi sya krang ykin dngan keputusan trsebut..kal0 nk wat rayuan camna ek????

    ****KAM : Emm untuk soalan Nurin dan Yanie, ustaz kurang arif tentang result tu…Saran ustaz, apa pun result anda cubalah memohon…Tak salah dan tak rugi kalau kita mencuba…Kemudian berkaitan rayuan tu, Yanie boleh rujuk di laman ini http://www.moe.gov.my/bmkpm/ Semoga anda semua berjaya…****

  9. salam…
    sye nieyh dpt c 4 +m3…
    leh msok m3x ke?
    y len a n b laa

  10. ASSALAMUALAIKUM WTB, HARAP USTAZ SIHAT SENTOSA,
    SAYE NAK TANYE, KEPUTUSAN SPM SAYE(2008) LALU MENDAPAT
    BM 2A
    PAI 2A
    MATH 4B
    BI 4B
    SEJARAH 3B
    KIMIA 5C
    FIZIK 6C
    BIO 6C
    + MATH 8E

    ADE TAK PELUANG NAK IKUT PROGRAM PENGAJIAN 2 TAHUN? KALAU MISALNYE BOLEH MCM MANE SAYE NAK MEMOHON, SAYE DAH ISI PERMOHONAN MATRIX MELALUI MANUAL TAHUN LALU.

  11. Assalamualaikum..
    saya nak tanye,dalam kursus teknikal matrikulasi,
    adakah kursus ini berkaitan dengan kejuruteraan?
    Boleh tolong terangkan tentang kursus teknikal?

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Kalau tak silap ustaz memang kursus teknikal ada kaitan dengan kejuruteraan. Ini adalah Syarat kemasukan minimum bagi Kursus Sains Teknikal ialah :
    Pelajar mesti mendapat sekurang-kurangnya :
    1. Bahasa Melayu 6C
    2. Bahasa Inggeris 6C
    3. Matematik 4B
    4. Matematik Tambahan 6C
    5. Fizik 6C
    6. Kimia 6C
    7. Lukisan Kejuruteraan 6C
    8. PKA / PKM / PKE 6C
    atau
    Teknologi Kejuruteaan 4B

    Manakala Mata pelajaran teras yang dipelajari dalam Kursus Sains Teknikal ialah :
    Semester 1 – Matematik, Asas Kejuruteraan dan Sains Kejuruteraan
    Semester 2 – Matematik, Sains Kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik.

    Untuk maklumat lanjut : Sila layari laman http://www.moe.gov.my/bmkpm/****

  12. laman web bagus, but better more colourful n letak gambar yg cantik2. lg tarik perhatian…

  13. salam.. sy nk tanya,ada x pluang utk saya msk matrik kalau kptsn kimia sy D. bio & fzk alhmdllh,krdt.kmia ni jela mslh bsr sy skrg.cm xyakin je dpt..kmia sy 7D.

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Ustaz sarankan agar syamimi mohon jer dapat or tak itu bukan kerja kita. Allah SWT sahaja yang dapat menentukanya…Semoga syamimi dan kawan2 lain berjaya..Ameeen…****

  14. SALAM USTAZ..
    PAI A1
    MAT A1
    BM A2
    PA A2
    SEJ A2
    BI B3
    FIZ 5C
    BIO 5C
    ADDMT 5C
    KIM 6C
    EST 6C

    SY XDPT MTRIK SETAUN..
    ALIRAN SAINS
    TP DH WAT RAYUAN..
    USTAZ….
    ALLAH SENTIASE MERANCANH YG TERBAIK UTK HAMBENYEKAN
    KITE CUME MMPU BERDOA…

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…TAHNIAH ! Result yang bagus…Em betul tu..Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan berusaha. Allah SWTlah yang akan menentukan segalanya…Kita hendaklah selalu berdoa dan mendekatkan diri kepada-NYA, mudah2an apa yang kita hajati dimakbulkan oleh-NYA. Baguslah klau dah buat rayuan, jangan mudah putus asa. Setiap yang berlaku itu ada hikmah dan rahmat-NYA….Ustaz doakan semoga Nur berjaya k….****

  15. salam ustaz.
    sy telah mendapat tawaran matrikulasi aliran teknikal.
    sy nak tanya kalau aliran teknikal ni maknenye sy tidak perlu belajar fizik lah ye?hanya perlu belajar subjek2 teknikal saja kan?
    lagi satu adakah aliran teknikal ini juga perlu belajar kimia?
    harap ustaz sudi menjawab.sekian.terima kasih.

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…TAHNIAH ! di atas kejayaan zuria..sebelum tu ustaz nak tanya..Zuria dapat tawaran aliran sains teknikal kan ?Kalau dapat aliran sains teknikal, maknanya m/p kimia n fizik perlu belajar rasanya sbb mengikut syarat2 minimum kemasukan aliran tersebut m/p kimia n fizik sekurang2nya 6C..Tetapi ia bukan m/p teras…****

  16. assalamualaikum.. bleh sy tau plajar PST sesi 09/10 diberi pilihan utk memilih kursus(sains hyt/sain fzkl) ke?

  17. Salam ustaz,

    adik sy m’dpt kputusn yg baik & jika mngikut syarat & kelayakn dia spatutnya lyk utk progrm mtrik 1 thun… smsa m’buat semakan, adik sy xb’jya & tlh m’buat ryuan… rmy rkn2 nya tidak m’buat ryuan memilih utk hanya ke ting.6… ttpi smsa semakan ryuan hri ini, dy xb’jaya jugak… yg sy musykilnya ialah ad slh seorg rakan adik sy m’dpt mtrik utk calon jaya ryuan 1thun wlupn tidak m’buat ryuan, malah kputusn spm adik sy lg baik b’bnding rakannya…

    Kita merancang, Allah juga merancang… Allah akn m’beri yg t’baik utk stiap hmba-Nya… dan smua kjadian itu tntu ad hikmahnya…

    Sbg abg kpd seorg adik, sy hnya dpt b’doa & mudh2 an dy m’dpt program 2thun yg akn klua rsultnya pd 6jun ini…insyaAllah…

    **** KAM : Wsalam…OOO gitu ceritanya…Syukri…setiap yang berlaku ke atas diri kita itu adalah ketentuan Allah SWT (Qada’ dan QadarNYA), kita sebagai hambanya yang beriman hendaklah menerima apa jua keputusan yang ditetapkan dengan hati yang terbuka, tetapi jangan sesekali kita berputus asa untuk berusaha dan terus berdoa kepadaNYA, mudah2an adik syukri berjaya nanti…InsyaAllah…sama2 kita doakan di atas kejayaannya…Ameen….****

  18. saya nak semak permohonan matrikulasi saya dan saya ikut cara awak ke pautan matrikulasi tetapi tiada tempatnya untuk mengisi KP dan agka giliran untuk semakan….ada cara lain kah??

  19. saya amat berminat.saya merayu.bantulah saya untuk ……..

  20. macam mana nK check keputusan kemasukan matrikulasi 2010 ye

  21. nur izatul akmam bt abdul karim

    mcm mana utk semak kemasukan ke matrikulasi?????

  22. assalamualaikum ustaz..
    sy nak tanya la..apa beza DIPLOMA dengan ASASI ye??
    sy kurang faham la..
    terima kasih..

  23. camne nk check keputusan matrik sesi 2010 ek?

  24. saya dapat 6A dlm spm 2009 iaitu BM,KIM,AGAMA,BIO,MT,SEJ.SY DPT A-BG KIM DAN BIO.FIZIK DAN ADD MATH,BI SY DPT B.BOLEH KE SAYA AMBIL FAKULTI PERGIGIAN ATAU PERUBATAN??

  25. assalamualaikum,,
    nk tya,,bila klua rsult utk kmasukan ke mtriks??

  26. trima ksih bnyak2 encik..!!!!

  27. shaidatul idayu azahar

    sy dpat 5a,2b,2c,1d..d ialah kimia…sy lyk msuk matrix atau tdk..ble rsult matrix akn kluar..

  28. rkn2 sy yg len sume dah dpt twrn temuduga mlalui upu…sy rsau dan yakin x terpilih ke upu..sy mghrpkn msuk ke matrix atau mkhtb..mslhny kimia sy d…ad effect x rsult kmia sy dgn pngmbilan ke matrix..hrp dpt dijelaskn …..

  29. kenapa post ni tarikh dia tahun lepas, ni info tahun 2010 ke?

    ****KAM : Untuk makluman saudara Aiman, post ni adalah yang tahun lepas punya. Tetapi saudara boleh membuat semakan untuk tahun 2010/2011….Dengan klik pada link yg telah disediakan…………..semoga berjaya!****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: