ARAK PEROSAK MANUSIA

22 Februari 2009

arak ORANG yang mabuk selalunya tidak dapat berdiri dengan stabil, berjalan terhuyung-hayang, bercakap bukan-bukan, bahkan yang jelas kelihatan samar dan yang jauh nampak dekat.

Gambaran fizikal itu sudah jelas menunjukkan penggunaan arak lebih banyak memberikan kesan negatif, walaupun ada mendakwa ia memberikan kebaikan dari sudut lain.

Arak atau minuman keras ialah alkohol dalam bentuk ‘ethyl alcohol’ yang bertindak ke atas otak manusia dan sering kali menyebabkan ketagihan. Biasanya ia dihasilkan sel ragi yang bertindak ke atas karbohidrat di dalam buah dan bijian.

Tiga jenis arak popular di pasaran iaitu bir seperti ale dan lager, wain dan liquor atau spirit. Jenis spirit paling popular seperti brandi, gin, rum, tequila, vodka dan whiski.

Bir diperbuat daripada bijian, mengandungi empat hingga enam peratus alkohol, wain daripada buah (sembilan hingga 16 peratus alkohol) dan spirit dihasilkan dengan memeram atau mendidihkan bahan (sekurang-kurangnya 20 peratus alkohol).

Baca baki entri ini »

Advertisements

Ulangtahun KAM yang Pertama…

13 Februari 2009

11

Alhamdulillah…Puji dan syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi kesempatan kepada ana untuk terus berkarya dilaman blog ini. Selawat dan salam juga buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabatnya kerana telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia dari alam jahiliah kepada alam yang penuh dengan ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi pada hari ini.

Hari ini genaplah setahun ana terlibat dengan penulisan blog ini. Kewujudan blog ini adalah hasil dorongan seorang ustazah (pensyarah IPR) semasa ana kursus KPLI dulu. Katanya..Tulislah apa sahaja yang kita tahu..kerana dengan penulisan kita dapat mengasah minda supaya sentiasa berfungsi dan berfikir. Jadi atas dasar itu ana menjadikan blog ini tempat meluahkan apa sahaja ilmu yang insyaallah ianya akan berguna kepada semua pengunjung sebagai satu perkongsian dan amal jariah.

Baca baki entri ini »


Semakan Program Matrikulasi Sesi 2009/2010

8 Februari 2009
  • Semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memohon program matrikulasi boleh mengemaskini permohonan masing-masing mulai hari ini sehingga 20 Februari ini.
  • Semakan itu terbuka kepada permohonan yang dihantar dengan mengisi borang secara manual atau menerusi Internet. Semakan itu membolehkan pemohon membuat pembetulan alamat, nombor telefon dan e-mel.
  • Pemohon yang memenuhi syarat dan berminat ke kolej matrikulasi yang menawarkan jurusan teknikal pada sesi 2009/2010 boleh menambah pilihan jurusan dan kolej yang diingini.
  • Kolej berkenaan ialah Kolej Matrikulasi Kedah (Cawangan Pendang), Kolej Matrikulasi Pahang (Cawangan Jengka) dan Kolej Matrikulasi Johor (Cawangan Pontian).
  • Semakan dan pindaan boleh dibuat dengan melayari laman web http://www.moe.gov.my dan terus ke pautan Prauniversiti dengan memasukkan nombor MyKad dan angka giliran. SILA Klik di sini untuk semakan.
  • Pelajar juga boleh menghubungi talian 03-8884 4100 sepanjang tempoh semakan bagi mengemukakan sebarang pertanyaan mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang (hari bekerja saja).

KEMASKINI : Pada Khamis 09 Mac 2009

MAKLUMAT KEPADA PEMOHON PROGRAM MATRIKULASI BAGI LEPASAN SPM

Keputusan boleh disemak mulai 17 April 2009 melalui tiga cara :

1) Layari laman sesawang – http://www.moe.gov.my

2) Sistem Pesanan Ringkas(SMS) – Taip MOE (Jarak-space) MAT (jarak-space) No KP(tanpa ada tanda sempang) dan hantar kepada 15888.

Contoh:    MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888

3) Telefon ke nombor 0388844100

Sumber : http://www.moe.gov.my/bmkpm/


Bicara Sang Guru…

7 Februari 2009

Suatu ketika dulu

Bicara Sang Guru

Dihirup gelojoh di kedai kopi

Dijemput hormat di kepala majlis

Di pakai santun di segala tubuh

Di simpang kejap dan ketat di kamar minda

Segalanya hikmat dan nikmat

 

Pada masa kini

Bicara Sang Guru

Diluah-luah bagaikan juadah meloyakan

Terpinggir terperosok tanpa siapa menghirau

Tak lagi sudi jadi penghias santun diri

Bersepai bersepah tak siapa peduli menyimpannya

Segalanya omongan kosong belaka

Dan bicaranya kian tenggelam

Oleh hilang tanggap kemuliaan sejati

Oleh : Yahaya Suip

SMK Linggau, Kota Tinggi, Johor.


SATU AMALAN NILAINYA SYURGA

4 Februari 2009

Di padang Mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah. Mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa dihumban ke neraka.

Seorang hamba Allah didapati kurang satu amalan (mata) saja untuk melayakkan dia masuk ke syurga. Jika mengikut perkiraan, dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya.
Allah memerintahkan orang itu mencari satu lagi mata untuk melayakkan dia ke syurga. Puas dia merayau dan mengemis dari seorang ke seorang untuk mendapatkan satu kebajikan saja namun hampa. Masing-masing memerlukan walau satu kebajikan. Kesemuanya mengatakan nasib mereka belum menentu, bagaimana hendak memberikan satu pahala.

Namun dia tidak berputus asa. Akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. Dia mengatakan hidupnya bergelumang dengan dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan saja.

Padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna, kerana menyangkakan dia akan masuk ke neraka akhirnya. Oleh sebab simpatinya kepada orang itu, dia memberikan satu pahala itu kepadanya.

Dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali menghadap Allah membawa pahala tersebut. Dia menerangkan apa yang berlaku. Oleh sebab sikap penderma yang pemurah itu, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.