Salamku Untukmu Wahai Teman…

Dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim kalam ini mula berbicara kembali. Sudah sebulan lebih laman ini menyepi, bukan menyepi selamanya tetapi buat sementara waktu sahaja.

Di sini juga ana ingin mengucakan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan pengunjung setia Kalam Abu Musaddad yang sudi bertamu dengan memberi info serta komentar dilaman yang sederhana ini. Syukran jazilan…

Alhamdulillah sekarang kita sudah 4 hari melangkah ke tahun baru 2009 dengan meninggalkan 1001 kenangan sama ada pahit atau pun manis semuanya kita lalui dengan hati yang tabah dan sabar.

Mungkin ada di antara kita sudah mencapai segala hajat dan cita-cita serta impian pada tahun 2008 yang lalu, namun ada juga yang masih mengejar cita-cita dan impian yang belum tercapai sehingga kini. Walaupun begitu, perjuangan mesti diteruskan..InsyaAllah ianya akan berhasil suatu hari nanti.

Di posting kali ini ana tidak berniat untuk berbicara panjang lebar ianya sekadar bertanya khabar anda diluar sana sahaja semoga anda sentiasa mengunjungi laman ini setiap masa.

Akhir kalam..Ana ingin mengucapkan “SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH” buat adik-adik yang akan memulakan persekolahan pada 05 Januari 2009 (isnin) bagi sesi 2009 dengan azam dan semangat baru untuk memburu dan terus memburu KEJAYAAN dalam hidup sama ada di dunia dan juga di akhirat. Wassalam…

Sekian terima kasih.

kkk1Kalam Abu Musaddad / 03 Januari 2009
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 3 Januari 2009, in Tentang Aku. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Assalamualaikum cikgu.. lama x dengar berita. semoga cikgu sihat dan bertambah ceria selepas pulang dari kampung. Mesti byk cerita menarik sepanjang cuti sekolah lepas. boleh kongsi bersama dgn kawan2 kat blog ni. OK. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS SEMULA DAN SELAMAT PENGANTIN BARU !!!!!!!!!!! yeahhhhh

  2. Assalamualaikum,,,,, salam kenal pak dari Banjarmasin………

  3. Wah….sudah kahwin rupanya. Mengapa saya dilupakan ? hai…tak apa-apa tu. Selamat Pengantin Baharu, semoga berbahagia dan selamat menjalankan tugas dengan penuh semangat dan redha. Salam buat orang rumahnya.

    Saya sudah berpindah ke

    Laman Mennulis Gaya Sendiri
    http://websitifatimah.wordpress.com/

    KAM : Em bukan lupa ustazah, tapi hari tu kelam kabut sangat nak ngurus sbb buat last minit. Ana minta maaf banyak2 yea…O yeke…kiranya ustazah pun pindah ke wordpress jugakla sekarang ni..Doakan kebahagiaan kami.

  4. Cuma blogwalking…
    Salam kenal yah mas?:smile:

    KAM : Salam kenal juga buat saudara..Syukran kerana layari laman ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: