Monthly Archives: Januari 2009

Resolusi Baru Menjadi Ibu Bapa yang Lebih Efektif…

115Kita sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

ibu-bapaMungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?

Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan :

Read the rest of this entry

Keturunan Yakjuj wal Makjuj

114

KISAH mengenai Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka.

yakjuj1
“Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah:47)

Dalam kamus Inggeris orang Yahudi atau Israel dikenali sebagai Jew, dari istilah Perancis giu. Jew asalnya istilah Hebrew, merujuk kepada orang Yahudi, etnik dari Israel atau Hebrew (ahli kaum Semit Arab dan Yahudi).

Read the rest of this entry

Kesempurnaan Iman…

113

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain.” (Hadis riwayat Ahmad).

Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya.

Oleh itu, manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti berzakat serta membelanjakan ke jalan yang bermanfaat pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat melimpah ruah.

Read the rest of this entry

Hancurkanlah Rejim Zionis…

112Wahai Saudara Islam Ku…
Anak ini mencuba untuk menyelamatkan ibunya yang dalam keadaan kritikal.

1

2

3

att74038
Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimanakah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?

Read the rest of this entry

Kesilapan: Pengalaman ke arah kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim…

Sebagai manusia yang penuh dengan kekerdilan, kesilapan sering dialami. Walaupun tiada siapa yang inginkan kesilapan, tetapi jika berlaku ia akan membawa keruntuhan dan kemusnahan dalam kehidupan. Kesilapan dalam tindakan, kesilapan dalam menentukan keputusan atau kesilapan dalam sesuatu perkara teknikal membawa padah bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga melibatkan keluarga dan masyarakat.

Namun kesilapan bukanlah satu noktah dalam kehidupan. Oleh kerana kesilapan itu adalah hasil daripada sesuatu keterlanjuran, maka terdapat ruang dan masa untuk diperbetulkan agar “pisang tidak berbuah dua kali”. Justeru, setiap kesilapan yang dilakukan harus dilihat secara positif bukan sekadar merintih dengan penuh penyesalan tetapi menjadikannya sebagai pengajaran dan pengalaman untuk bangun semula dalam usaha mengejar kejayaan.

Read the rest of this entry

Yahudi dan Israel makin buas dan Ganas…

BANDARAYA GAZA: Tentera Zionis terus mengganas dengan pertempuran sengit berlaku antara tentera rejim itu dan pejuang Hamas di pinggir bandar raya ini semalam, ketika pasukan infantri Israel semakin hampir ke kawasan paling ramai penduduk.

Sementara itu, anggota perubatan Palestin yang sering terlewat menuju lokasi serangan berikutan bedilan yang berterusan, melaporkan dalam beberapa kes mayat mangsa yang ditemui didapati sudah dimamah tikus dan anjing.

Pesawat tempur Israel terus melancarkan serangan bom di sepanjang sempadan Mesir dan Gaza semalam, berhampiran bandar Rafah menyebabkan tingkap terminal imigresen pecah.

Read the rest of this entry

Salamku Untukmu Wahai Teman…

Dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim kalam ini mula berbicara kembali. Sudah sebulan lebih laman ini menyepi, bukan menyepi selamanya tetapi buat sementara waktu sahaja.

Di sini juga ana ingin mengucakan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan pengunjung setia Kalam Abu Musaddad yang sudi bertamu dengan memberi info serta komentar dilaman yang sederhana ini. Syukran jazilan…

Alhamdulillah sekarang kita sudah 4 hari melangkah ke tahun baru 2009 dengan meninggalkan 1001 kenangan sama ada pahit atau pun manis semuanya kita lalui dengan hati yang tabah dan sabar.

Mungkin ada di antara kita sudah mencapai segala hajat dan cita-cita serta impian pada tahun 2008 yang lalu, namun ada juga yang masih mengejar cita-cita dan impian yang belum tercapai sehingga kini. Walaupun begitu, perjuangan mesti diteruskan..InsyaAllah ianya akan berhasil suatu hari nanti.

Di posting kali ini ana tidak berniat untuk berbicara panjang lebar ianya sekadar bertanya khabar anda diluar sana sahaja semoga anda sentiasa mengunjungi laman ini setiap masa.

Akhir kalam..Ana ingin mengucapkan “SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH” buat adik-adik yang akan memulakan persekolahan pada 05 Januari 2009 (isnin) bagi sesi 2009 dengan azam dan semangat baru untuk memburu dan terus memburu KEJAYAAN dalam hidup sama ada di dunia dan juga di akhirat. Wassalam…

Sekian terima kasih.

kkk1Kalam Abu Musaddad / 03 Januari 2009
https://ibnismail.wordpress.com