Obama Presiden AS Pertama Berkulit Hitam

obama-11WASHINGTON – Senator Barack Hussein Obama semalam dipilih oleh pengundi untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44 dan menjadi penduduk kulit hitam pertama menduduki jawatan berkenaan.

Obama yang berumur 47 tahun daripada Parti Demokrat menang besar dan turut memperoleh 349 undi untuk badan perwakilan pemilih berbanding pesaingnya Senator John McCain mewakili Parti Demokrat memperoleh hanya 157 undi.

Beliau turut mencipta sejarah sebagai calon Parti Demokrat pertama dalam beberapa dekad berjaya mendapat undi popular 52 peratus berbanding McCain yang mendapat 47 peratus.

Setakat berita ini ditulis, Obama yang berumur 47 tahun mendapat sebanyak 57,3888,144 undi popular manakala McCain hanya memperoleh 52,013,745 undi.

Obama menang di negeri California, Colorado, Connecticut, Delaware, District of Columbia, Florida, Hawaii, Illinois, Iowa, Indiana, Maine, Maryland, Massachusetts, Michigan, Minnesota, Nevada, New Mexico, New Hampshire, New Jersey dan New York.

Beliau turut menang di Ohio, Oregon, Pennsylvania, Rhode island, Vermont, Virginia, Washington dan Wisconsin.

McCain hanya menang di negeri Alabama, Alaska, Arizona, Arkansas, Georgia, Idaho, Kansas, Kentucky, Louisiana, Mississippi, Nebraska, North Dakota, Oklahoma, South Carolina, South Dakota, Tenessee, Texas, Utah, West Virginia dan Wyoming.

McCain yang berumur 72 tahun dan bekas tahanan perang selepas ditangkap di Vietnam mengaku kalah pada pukul 11 malam kelmarin waktu tempatan dengan berkata, rakyat AS telah bersuara dengan jelas.

“Walaupun kita mengalami kekalahan tetapi kegagalan itu berpunca dari saya bukannya anda,” katanya.

Presiden AS, George W. Bush yang mentadbir selama lapan tahun turut mengucapkan tahniah kepada Obama.

“Encik Presiden, tahniah kepada anda,” kata Bush menerusi telefon.

Obama akan mengangkat sumpah jawatan bagi menggantikan Bush pada 21 Januari tahun depan.

“Ia merupakan satu malam yang menakjubkan untuk anda,” kata Bush.

“Saya berjanji untuk membuat satu peralihan kuasa yang lancar,” kata Bush kepada Obama pada pukul 11.12 malam waktu tempatan.

Bush menghubungi Obama sebaik sahaja senator Illinois itu berjaya memperoleh undi untuk badan pemilih yang cukup untuk melayakkan beliau dipilih sebagai Presiden AS.

“Tahniah, anda akan menjalani salah satu pengembaraan yang hebat dalam hidup dan saya harap anda bergembira,” ujarnya. – Agensi

Sumber Berita : Kosmo Online

Apa pandangan pembaca ?

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 6 November 2008, in BICARA GLOBAL, Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: