Azab Bagi Mereka Yang Meringan-ringankan Solat

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…Salam buat semua pembaca setia Kalam Abu Musaddad :

Solat merupakan salah satu rukun Islam yang lima yang wajib dilaksanakan bagi setiap orang mukmin. Bagi mereka yang sering sibuk dengan tugas-tugas harian janganlah hendaknya mengabaikan solat, apatah lagi meninggalkannya. Kerana solat itu adalah tiang agama. Jika runtuh solat, maka runtuhlah agama. Luangkanlah masa untuk bersolat dan mengingati Allah SWT kerana Allah akan memberi rahmat yang bukan sedikit untuk mereka yang patuh mengerjakan solat.

Seperti Ubadah bin Samit R.A meriwayatkan : Sahabatku yang dikasihi, Rasulullah SAW ketika memerintahkan aku membuat tujuh amalan yang baik telah bersabda :

“Jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, walaupun anda akan dibunuh dan dibakar hidup-hidup atau disalib, jangan tinggalkan solat dengan sengaja sampai anda dimurkai-NYA, jangan minum arak kerana itulah ibu segala maksiat.”

Manakala Muaz bin Jabal R.A. juga meriwayatkan :“Rasulullah SAW memerintahkan, sepuluh perkara iaitu : Jangan menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, walaupun aku akan dibunuh atau dibakar hidup-hidup, jangan membantah ibu bapa walaupun aku akan berpisah dari isteriku atau kekayaanku, jangan melengah-lengahkan waktu solat dengan sengaja, jangan minum minuman keras kerana itulah punca maksiat dan keburukan, jangan mengingkari Allah kerana itulah yang dimurkai-NYA, jangan lari dari pertempuran walaupun teman-teman telah gugur, jangan lari dari tempat di mana wabak sedang merebak. Berbelanja atas kaum keluarga, rotanilah anak-anak agar mereka jadi baik dan berilah amaran kepada mereka mengenai kecuaian terhadap kewajipan-kewajipan kepada Allah SWT.”

Solat yang wajib tidak perlu diringan-ringankan kerana sibuk dengan kerja atau mengerjakan kekayaan. Bagi mereka yang meringan-ringankan solat akan menerima lima macam azab di dunia lagi, manakala tiga azab di alam kubur dan tiga semasa kebangkitannya.

Azab di dunia :

  • Tidak dirahmati oleh Allah SWT di dalam kehidupannya.
  • Dia kehilangan nur yang mana muka orang-orang yang soleh penuh dengannya.
  • Dia tidak mendapat pahala bagi amalan-amalan yang baik.
  • Doanya tidak dimakbulkan.
  • Tidak dapat baginya doa-doa orang yang soleh.

Azab ketika dia hendak mati :

  • Dia mati dalam keadaan mengaibkan.
  • Dia mati dalam keadaan kelaparan.
  • Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air dalam laut pun tidak dapat menghilangkan dahaganya.

Azab di dalam kubur :

  • Dia dihimpit di dalam kubur hingga tulang-tulangnya berceragah
  • Api dibakar dalam kubur dan dia diguling-gulingkan siang dan malam.
  • Ular yang berapi dan berkuku besi akan dilepaskan ke atasnya.

Azab selepas kebangkitannya :

  • Hisabnya dan hukuman Allah SWT amat keras.
  • Allah SWT murka kepadanya.
  • Dia dicampakkan ke dalam api neraka.

Bagi orang-orang yang sentiasa memelihara solatnya, mereka akan mendapat pahala dan pemeliharaan dari Allah SWT :

  • Rezakinya dipermudahkan baginya.
  • Dia selamat dari azab kubur.
  • Dia akan melintasi titian Siratul-mustaqim dengan pantas.
  • Dia akan masuk syurga tanpa dihisab.

Oleh itu harus berusaha dengan kerasnya untuk bersolat. Berusaha dengan ikhlas untuk mengerjakan perintah yang wajib dari Allah SWT. Bersolat dan berdoa kepada Allah supaya DIA memberi taufik dan hidayah. Ameen…

Kalam Abu Musaddad / 04 November 2008
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 4 November 2008, in Bicara Agama, Tazkirah. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Terimak kasih postingannya. Saya mungkin termasuk kategori ini; mohon ampun Ya Allah. Maksih atas peringatannya Mas Abu. terima kasih.

    ****KAM : Saya juga mungkin tergolong dalam golongan ini…Sama2lah kita ingat-mengingati antara satu sama lain…Agar kita tidak mengabaikan ibadah kita kepada Allah SWT****

  2. mcam mana nk senbahyang kalau kita sibuk?

  3. try amalkan ngar lagu kumpulan saujana…
    sepohon kayu…
    mcm saye sendiri…
    bila ngar…
    mesti malu….
    bukan malu ngan Allah…
    tapi malu ngan DIRI SENDIRI…
    malu sgt2….try laaaa….mesti boleh jaga solat sikit2….sabar kena kuat….
    selamat Mencuba….😛

  4. lgi pun kalau tgk yahudi n kristian pun taat…
    apetah lgi kite nie…
    die org bangga ngan jesus…
    knpe kite xbolehhhh…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: