Kursus Pemantapan Guru Pendidikan Islam Program j-QAF

Bismillahirrahmanirahim…

Assalamualaikum wbt…Salam ukhwah buat semua pengunjung dan pembaca Kalam Abu Musaddad, alhamdulillah bertemu kembali setelah beberapa hari kalam ini tidak berbicara. Sebenarnya ana baru sahaja balik daripada berkursus pemantapan guru pendidikan Islam bagi program j-QAF yang diadakan di hotel Kingwood, Mukah Sarawak. Kursus ini bermula pada 30/10/2008 (khamis) hingga 01/11/2008 (sabtu) iaitu selama 3 hari 2 malam.

Kursus pemantapan guru pendidikan Islam program j-QAF adalah bertujuan untuk memastikan pendidikan Islam dan bahasa arab dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dengan pendekatan baru yang berfokuskan kepada ketamadunan dan kemajuan sains dan teknologi bagi melahirkan insan yang berilmu dan berkemahiran.

Seterusnya mampu menghadapi cabaran semasa dan akan datang. Guru j-QAF diharapkan dapat mengemblingkan tenaga untuk mengembangkan kefahaman Islam yang sebenar kepada murid dengan lebih berkesan serta dapat menyampaikan dan mengamalkan ilmu yang diterima dalam kehidupan dengan ilmu yang betul, seterusnya menjadi amalan yang berterusan dan pembudayaan dalam kehidupan harian sepanjang hayat.

Kursus ini juga merangkumi aspek pengembangan isi kandungan kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti ko-kurikulum dan pengurusan kurikulum pendidikan Islam dan bahasa arab.

Komitmen yang tinggi dan bimbingan yang berterusan daripada guru j-QAF akan memantapkan usaha meningkatkan kualiti pendidikan Islam dan bahasa arab di Malaysia agar pendidikan Islam dan bahasa arab terus releven dengan perkembangan semasa serta menjadi subjek yang diminati dan disukai oleh golongan pelajar.

Di kesempatan ini ana merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan kursus kali ini semoga ianya diberkati Allah SWT. Kepada rakan-rakan kursus ana memohon jutaan kemaafan sekiranya ada salah dan silap sepanjang berkursus.

Kalam Abu Musaddad / 03 November 2008
https://ibnismail.wordpress.com

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 3 November 2008, in BICARA INSAN GURU, PENDIDIKAN, Tentang Aku. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Asslamualaikum cikgu. Dah balik pun. Mesti seronok sesekali dpt keluar ye. Dapat ilmu, dapat kawan. lepas ni x der lagi kursus ye, akaun dah nak tutup. dah nak hujung tahun ni. tunggu tahun depan pulak!

    ****KAM : Wslm…Yelah seronok sangat dapat kuar dari pulau ni..he he he…Bersedia untuk buka akaun baru tahun depan plak…he2..****

  2. Assalaamu’alaikum….

    Seronok dapat melihat wajah- wajah yang ceria berkursus. Tahniah atas kejayaan mendidik anak bangsa ke jalan yang benar. Semoga usaha anda semua diredhai Allah. Sebarkan ilmu, tingkatkan prestasi. Salam gembira selalu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: